Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Digimon Story Time Stranger Akan Tiba 11 September, Data Boleh Dipindahkan Ke Game Penuh

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2025
in Artikel, Berita, Demo, PC, PS5, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo Digimon Story Time Stranger Akan Tiba 11 September, Data Boleh Dipindahkan Ke Game Penuh
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco telah mengumumkan bahawa demo percuma untuk Digimon Story Time Stranger, akan tersedia pada 11 September 2025, untuk PC (melalui Steam), PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

Previu ini menawarkan pemain peluang untuk melihat lebih awal game Digimon Story terbaharu dalam tempoh lapan tahun dan turut menyertakan kelebihan penting di mana save data boleh dipindahkan ke game penuh sebaik sahaja ia dilancarkan.

Heads up, Agent – looks like there's something going on in Shinjuku. Ready to go check it out?

The Digimon Story #TimeStranger demo will be available soon, on September 10/11. pic.twitter.com/jYr24TpKju

— Digimon Games (@digimon_games) September 9, 2025

Demo Digimon Story Time Stranger akan dibuka pada waktu yang berbeza bergantung pada platform.

  • PlayStation 5 dan Xbox Series X|S: Demo akan tersedia bermula jam 12:00 pagi (tengah malam) waktu tempatan pada 11 September. Bagi pemain di Malaysia, ini bermakna ia akan dibuka pada jam 12:00 pagi MYT.
  • PC (Steam): Demo ini akan dilancarkan serentak di seluruh dunia pada jam 7:00 pagi JST pada 11 September. Ini bersamaan dengan jam 6:00 pagi MYT untuk pemain di Malaysia.

Demo ini direka untuk memberi pemain merasai sebahagian besar jalan cerita dan mekanik gameplay. Ia akan merangkumi bahagian awal naratif utama dan mod khas yang membolehkan penerokaan Central Town, sebuah hab utama yang terletak di Dunia Digital: Iliad.

Paling penting, sebarang kemajuan yang dicapai, termasuk Digimon yang dikumpul dan dilatih, boleh dipindahkan ke versi penuh permainan. Ciri ini membolehkan pemain yang berdedikasi untuk bermula lebih awal dalam membina senarai Digimon mereka sebelum pelancaran rasmi.

Kisah Baharu untuk Siri Digimon Story

Digimon Story Time Stranger merupakan siri utama yang ketujuh dalam siri Digimon Story yang digemari dan yang pertama sejak Digimon Story: Cyber Sleuth – Hacker’s Memory pada tahun 2017.

Game ini menampilkan lebih 450 Digimon untuk dikumpul dan dilatih, serta menandakan beberapa pencapaian pertama untuk francais ini: ia adalah judul Digimon Story pertama yang dilancarkan di platform Xbox dan yang pertama menampilkan alih suara Bahasa Inggeris penuh.

Kisahnya bermula selepas letupan dahsyat yang memusnahkan sebuah bandar. Pemain, seorang ejen dari organisasi rahsia ADAMAS, sedar lapan tahun di masa lalu dengan misi untuk menghalang keruntuhan yang akan memusnahkan dunia.

Berlatarkan Tokyo moden (memberi tumpuan kepada daerah seperti Shinjuku dan Akihabara) dan Dunia Digital: Iliad, naratifnya boleh diakses oleh pemain lama siri ini dan juga pemain baharu.

Gameplay telah dimodenkan dengan sistem symbol encounter, di mana pertempuran dimulakan dengan menyentuh musuh di peta, bukan melalui pertemuan rawak (random encounter).

Bandai Namco menyifatkan sistem combat turn-based ini sebagai yang “paling komprehensif” dalam siri ini, mengimbangi strategi dengan elemen klasik membesarkan raksasa. Pada permulaan, pemain boleh memilih antara dua ejen yang berbeza, satu keputusan yang akan memberi kesan kepada jalan cerita dan interaksi watak.

Digimon Story: Time Stranger akan dilancarkan bermula 2 Oktober 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan 3 Oktober untuk PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi mereka.

Tags: DemoDigimon Story Time Stranger
ShareTweetSend
Previous Post

Misteri di Sebalik Order – Kontroversi Di Sebalik Animasi Janaan AI Pertama TV3!

Next Post

“Walaupun Berdua, Masih Seram” – Bagaimana Mod Co-Op Mencorakkan Little Nightmares III, Menurut Produser

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
“Walaupun Berdua, Masih Seram” – Bagaimana Mod Co-Op Mencorakkan Little Nightmares III, Menurut Produser

"Walaupun Berdua, Masih Seram" - Bagaimana Mod Co-Op Mencorakkan Little Nightmares III, Menurut Produser

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd