vivo secara rasminya melancarkan telefon terbaharu mereka, vivo V27 5G di Malaysia dan ia sudah tersedia untuk didapatkan! Smartphone ini menampilkan Aura Light Portrait System yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Ditambah dengan reka bentuk yang elegan dan bergaya, cip canggih untuk gaming serta pengalaman selfie yang hebat, ia seperti berbaloi untuk dimiliki. Kami juga telah berpeluang untuk menggunakannya dan berikut adalah review kami untuk vivo V27 5G!
Reka bentuk & Paparan
Memandangkan V series terkenal dengan rupanya yang bergaya, V27 5G hadir dengan reka bentuk menawan yang memberikan rupa yang dinamik, artistik, ringkas dan elegan. Setiap warna menawarkan pengalaman visual yang berbeza. Model yang kami gunakan ialah edisi Emerald Green yang boleh bertukar warna di panel belakangnya, terima kasih kepada Fluorite AG Glass yang digunakan. Apabila ia menangkap cahaya matahari, warna hijau yang biasa pada phone akan bertukar untuk kelihatan seperti warna Emerald.
Untuk port pula, terdapat USB-C untuk mengecas tanpa headphone 3.5mm. Kedua-dua butang power dan volume pula berada di posisi kanan. Dengan berat 180g serta kenipisan 7.36mm, memang selesa betul apabila anda memegang phone ini dengan lama. Lenguh pun tiada.
Menampilkan paparan melengkung 3D 6.78”, anda boleh mendapatkan pengalaman visual yang sungguh menarik, lebih-lebih lagi dengan refresh rate 120 Hz berserta 1.07 bilion warna dan kecerahan dan kontras ultra tinggi. Kalau main game atau tonton filem, memang syok habis!
Kehebatan Aura Light Potrait System dan Kamera
Kami pasti ramai antara anda yang suka mengambil gambar di mana-mana sahaja, tidak kiralah siang atau malam. Tetapi kalau tangkap gambar masa malam, sudah pastinya gambar kelihatan agak malap kerana kekurangan cahaya. Jangan risau, kerana vivo V27 5G boleh membantu anda dalam hal ini.
Dengan adanya teknologi Aura Light Portrait System, anda boleh mendapatkan hasil gambar malam yang lebih terang malah kelihatan semula jadi. Terima kasih kepada kamera ultra-sensing utama pada belakang telefon serta efek pencahayaan lembut yang tersedia pada smartphone ini. Anda boleh nampak perbezaan yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan penggunaan flashlight biasa. Untuk phone mid-range, agak terkejut juga apabila sensor Sony IMX766V tersedia. Jadi memang tidak peliklah mengapa hasil gambar kelihatan hebat.
Selain itu, kamera belakang V27 mempunyai OIS, yang membolehkan exposure yang lebih lama dan meningkatkan pengambilan cahaya sebanyak enam kali ganda, menghasilkan snapshot yang lebih stabil dan meningkatkan kualiti gambar.
Night Mode untuk kamera vivo V27 juga bukan calang-calang. Dengan gabungan antara Real-Time Extreme Night Vision serta algoritma RAWHDR vivo, anda boleh melihat preview gambar anda. Ia juga membolehkan anda untuk laraskan exposure dan kecerahan secara manual semasa preview ini. Jadi tiada halangan untuk anda rakamkan detik-detik indah anda pada waktu malam.
Berikut adalah gambar-gambar yang ditangkap menggunakan kamera V27 5G:
Mahu gaming? Tiada masalah
V27 5G tampil dengan cip pemprosesan canggih 4nm MediaTek Dimensity 7200 memberikan kelajuan yang lebih tinggi serta prestasi yang ketara jika nak dibandingkan dengan model terdahulu. Nak tukar antara aplikasi memang cepat tanpa masalah. Ia turut dilengkapi dengan extended RAM sehingga 8GB. Ditambah dengan model 12 GB RAM bermakna anda mempunyai 20 GB RAM! Jadi tidak peliklah mengapa kami boleh mainkan game serta pergi ke aplikasi lain dengan begitu cepat.
Antara game yang kami mainkan pada phone ini ialah Genshin Impact, Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile. Kesemua game ini kami main dengan setting yang tertinggi. Berikut adalah prestasi untuk setiap game:
- Genshin Impact
- Kami telah sempat menghabiskan beberapa boss fight dan juga menyelesaikan daily quest. Cuma terdapat beberapa bahagian yang mungkin lag, serta motion blur yang melampau. Jadi kami syorkan anda untuk menggunakan setting “High” dan kebawah untuk mendapatkan gameplay yang lebih lancar. Alang-alang hidupkan mode “Boost” pada game sidebar phone.
- PUBG Mobile
- Walaupun bermain dengan setting Ultra, sepanjang bermain sangatlah lancar. Segala perincian dalam game kelihatan sangat baik tanpa sebarang cacat cela. Siap dapat Chicken Dinner pula.
- Mobile Legends: Bang Bang
- Mobile Legends mungkin tidak begitu pentingkan grafik tetapi phone ini mampu menampung grafik “High” game. Sepanjang bermain tidak ada lag langsung mahupun crash. Lancar sahaja sehingga habis satu match.
Yang menariknya, kami telah bermain ketiga-tiga game ini secara berterusan dan suhu phone tidaklah terasa panas yang membakar. Ia terasa suam-suam sahaja. Bateri juga tidaklah makan dengan begitu banyak. Kalau nak gameplay yang lebih lancar, kenalah gunakan Ultra Game Mode dengan sepenuhnya.
Hayat bateri yang panjang
Phone ini dilengkapi dengan bateri 4,600mAh (TYP). Bolehlah anda lakukan apa-apa sahaja dengan phone ini dengan tempoh yang lama. Agak lama juga kami menonton YouTube dengan phone ini, hampir 3 jam begitu. Tetapi bateri phone masih lagi banyak. Rasanya kalau anda hanya menggunakannya dengan biasa seperti mendengar lagu atau layari internet, mungkin baterinya akan tahan sepanjang hari.
Kalau sudah menonton Youtube, main game, skrol media sosial, sudah tentu bateri akan habis. Nasib baik vivo V27 dilengkapi dengan teknologi FlashCharge, yang membenarkan kuasa pengecasan 66W. Kami telah cas tanpa bermain fon dan membiarkan skrin dimatikan, tidak sampai 30 minit bateri phone sudah hampir penuh.
Pendapat
Untuk sebuah phone mid-range, vivo V27 5G memang mengagumkan kami. Bukan setakat kamera sahaja yang mantap malah untuk gaming juga bagus. Kalau anda yang suka bergambar atau merakam video, phone ini memang berbaloi untuk didapatkan. Ditambah pula dengan cip pemprosesan yang laju serta RAM yang tinggi, anda akan dapat melakukan apa sahaja dengan lancar.
Baterinya juga boleh bertahan sepanjang hari untuk kegunaan biasa. Tetapi kalau anda jenis yang banyak menghabiskan masa dengan phone, tiada masalah jika kehabisan bateri kerana phone ini mempunyai pengecasan pantas FlashCharge 66W.
Jadi berapa harga untuk vivo V27 5G ini? Anda boleh rujuknya dibawah:
- V27 12+256 GB: RM1999
- V27 8+256 GB: RM 1799
Sempena pelancaran, dari 1 April sehingga 1 Mei 2023, anda yang membeli V27 di kedai konsep vivo boleh mendapat hadiah percuma bernilai RM957! Antara hadiah tersebut ialah waranti lanjutan 1 tahun + perlindungan skrin 1 tahun + pelindung skrin tambahan + baucar promosi silang bernilai sehingga RM636.
Kalau anda membeli model V27 12+256 GB, anda boleh mendapat hadiah tambahan sehingga RM 321 yang terdiri daripada speaker Bluetooth, earphone TWS dan Powerbank 10000mAh
vivo V27 5G melaksanakan tugasnya dengan begitu hebat sebagai phone mid-range untuk fotografi malam. Anda yang berminat untuk mendapatkannya, ia telah tersedia untuk dibeli di kedai digital dan pengedar rasmi vivo. Boleh rujuk pautan di bawah untuk membelinya:
Untuk mendapatkan review lain mengenai game, teknologi dan filem, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post