gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Platform Mobile Android

Vivo V15 Review – Pandangan menawan yang memikat hati!

Wakambing by Wakambing
June 27, 2020
in Android, Artikel, Berita, Mobile, Review, Review Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Vivo V15 Review – Pandangan menawan yang memikat hati!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekilas pandang, mungkin telefon pintar ini kelihatan biasa-biasa sahaja seperti telefon-telefon lain di luar sana. Namun, apabila popup kamera Vivo V15 ini dibuka, ramai mata yang akan terpegun melihat. Bukan sekadar kamera, ciri-ciri terbaru yang ada pada telefon ini akan membuatkan pengguna tidak berfikir panjang untuk membelinya. Selain dari reka bentuknya yang menawan, ada lagi beberapa perkara yang korang perlu tahu mengenai telefon pintar terbaru oleh Vivo iaitu Vivo V15.

Kamera hadapan yang terpesona

Lupakan kamera hadapan yang biasa. Vivo V15 bawakan kamera hadapan 32MP pertama di dunia yang boleh dinaikkan, dan digandingkan dengan paparan Ultra FullView. Gambar selfie dengan kamera gandaan tiga AI yang diambil ternyata sangatlah cantik dan hebat, ditambah lagi dengan ciri-ciri yang ada seperti AI Face Beauty. Selain itu, terdapat ciri lain seperti AI Shaping Beauty yang membolehkan pengguna melaraskan gambar pada badan mengikut pilihan masing-masing.

Tidak lupa juga terdapat potret pencahayaan yang akan menambah lagi sentuhan artistik pada gambar korang! Kamera belakang hadir dengan 12MP dan 24 juta unit fotosensitif. Tambahan lagi, ia mempunyai 8MP untuk sudut ultra-wide dan 5MP untuk effect mendalam. Gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera ini sebenarnya cukup baik dan sangatlah jelas ketika zoom.

Paparan meluas memberikan pengalaman menakjubkan

Vivo V15 mempunyai nisbah skrin-ke-badan iaitu 90.95% dan paparan 16.58cm (6.53 inci) serta resolusi skrin sebanyak 1080×2340. Ketiadaan paparan notch pada telefon pintar ini memberikan pengguna satu pandangan skrin yang meluas dari segi sudut, yang membuatkan pengalaman menonton, bermain sebarang permainan atau apa-apa sahaja aplikasi lebih menakjubkan. Selain rekaannya yang menarik, telefon pintar ini juga agak kukuh, terutamanya dengan pelindungan Corning Gorilla Glass 5.

Prestasi dan ketahan bateri

Telefon pintar ini dihadirkan dengan CPU okta MTK P70 2.1GHz, dengan penyimpanan 128GB dan 6RAM. Ia akan membuatkan pengguna menikmati gameplay yang lancar serta boleh buka beberapa aplikasi yang lain pada masa yang sama. Dengan sistem operasi Android 9.0 dan Funtouch 9, pengurusan bateri boleh dioptimumkan untuk pengunaan yang berpanjangan. Bateri telefon pintar ini mampu bertahan seharian serta masih boleh diteruskan pada keesokan hari dengan purata penggunaan beberapa jam untuk melayari Internet, sosial media, teks mesej ataupun menelefon.

NFC dan pengecasan tanpa wayar tidak dilengkapi pada telefon ini, dan ia sebenarnya sudah cukup dengan harga yang ditawarkan, iaitu standard dengan telefon-telefon biasa di luar sana. Vivo V15 juga mempunyai kemampuan bluetooth dan WiFi yang kuat. Terdapat pengecasan Dwi-enjin Vivo yang membolehkan telefon ini caj dalam masa yang singkat dan pantas. Setelah bateri berkurangan, caj dalam masa sejam setengah, dan telefon itu sudah boleh digunakan seperti biasa!

Rekaan yang menarik

Reka bentuk secara keseluruhan sangatlah sama seperti V15 Pro, yang membezakannya hanyalah tempat pengesan cap jari. Untuk Vivo V15 Pro, pengesan cap jari terletak di paparan hadapan manakala Vivo V15 terletak di bahagian belakang telefon. Di bahagian belakang telefon ini terdapat warna gradien yang memukau serta glossy dengan kombinasi 3D. Tidak dinafikan, skim warna telefon adalah salah satu cara untuk memikat hati pembeli. Terdapat dua warna mengancam iaitu Glamour Red dan Topaz Blue. Namun demikian, rekaan seperti ini membuatkan telefon ini agak licin apabila dipegang, terutamanya ketika tangan berpeluh. Tapi jangan risau sebab Vivo akan sediakan cover case sekali untuk telefon ini!

Pengagihan berat untuk Vivo V15 adalah memuaskan, kerana telefon pintar ini betul-betul muat untuk tapak tangan tetapi, pengguna yang mempunyai tapak tangan yang kecil, telefon ini mungkin agak kurang selesa untuk dipegang. Terdapat juga shortcut untuk Google Assistant dan Jovi Smart Scene (boleh mengenalpasti situasi langsung pengguna dan memberikan maklumat seperti menyemak cuaca pada hari tersebut).

Tambahan lagi, Vivo V15 juga mempunyai port untuk Micro USB dan 3.5mm headphone jack. Dengan harga yang ditawarkan, segala ciri-ciri ini boleh diterima kerana kebanyakan pelanggan akan mempunyai pengecas dan kabel yang menyokongnya. Pembesar suara pada telefon ini telah pun diuji dan ia mempunyai kualiti suara yang sederhana dan cukup kuat.

Impian para gamers

Vivo V15 juga dilengkapi ciri Game Mode 5.0 yang membawa mobile gaming ke peringkat seterusnya. Terdapat Dual-Turbo yang memastikan gameplay lancar dan mengurangkan frame-drop sebanyak 300%. Ini sedikit sebanyak akan memberikan pengalaman bermain yang seronok dan bebas gangguna untuk para gamers. Selepas diuji Vivo V15 dengan game seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends, ia boleh bermain dengan tetapan grafik yang tinggi dan hampir ketiadaan kejatuhan frame rate apabila menggunakan payung terjun. Walapun bermain dalam tempoh yang berpanjangan seperti 5 hingga 6 jam, telefon pintar ini tidak berasa terlalu panas. Malah, korang pasti akan terkejut betapa bagusnya V15 dalam mengendalikan aplikasi-aplikasi dan permainan yang berat.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, V15 memberikan pengalaman yang sangat memuaskan, daripada elemen yang unik seperti kamera popup sehinggalah prestasi telefon pintar ini yang mampu bertahan selama beberapa jam selepas penggunaan sederhana. Tidak dinafikan ini adalah telefon pintar yang mempunyai paparan yang cantik serta meluas, sesuai untuk pengguna yang banyak bergantung kepada multimedia. Gambar-gambar yang dihasilkan adalah berkualiti dan mempersona oleh kameranya yang dilengkapi ciri-ciri AI tersendiri. Namun, kekurangan yang mungkin ada adalah dari segi ketiadaan pengecas type-C , dan rekaannya yang kurang premium walaupun kita sudah berada pada tahun 2019. Apa-apa pun, dengan harga yang ditawarkan iaitu RM1399.00, ia sebenarnya adalah berpatutan dengan segala spesifikasi yang hadir dalam telefon ini.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website Vivo dan like Facebook page mereka!

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: popupreviewV15Vivo
Previous Post

Game battle royale, Call of Duty’s Blackout adalah percuma untuk bulan April ini!

Next Post

Nintendo Switch Online akan tambah beberapa game lama seperti Super Mario Bros: The Lost Level dan banyak lagi!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Space for Sale & AEW: Fight Forever diumumkan di THQ Nordic Digital Showcase
Berita

Space for Sale & AEW: Fight Forever diumumkan di THQ Nordic Digital Showcase

August 13, 2022
THQ Nordic buka playtest Stuntfest – World Tour pada 13-14 Ogos 2022
Berita

THQ Nordic buka playtest Stuntfest – World Tour pada 13-14 Ogos 2022

August 13, 2022
RPG Gothic 1 Remake pamerkan visual baru, musuh Minecrawler dapat reka bentuk moden
Berita

RPG Gothic 1 Remake pamerkan visual baru, musuh Minecrawler dapat reka bentuk moden

August 13, 2022
Next Post
Nintendo Switch Online akan tambah beberapa game lama seperti Super Mario Bros: The Lost Level dan banyak lagi!

Nintendo Switch Online akan tambah beberapa game lama seperti Super Mario Bros: The Lost Level dan banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) – Giliran Frieza untuk menyerlah!

Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) – Giliran Frieza untuk menyerlah!

by Razin Syafiq
August 12, 2022
0

Bagi mereka yang tidak tahu, baru-baru ini Bandai Namco Entertainment telah mengadakan Closed Network Test untuk Dragon Ball: The Breakers yang...

“Speak. Name your wish” – Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

“Speak. Name your wish” – Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

by safwan
August 12, 2022
0

Selepas membuat kolaborasi dengan salah satu anime popular iaitu Naruto, Fortnite kini kembali dengan membuat kolaborasi bersama anime yang tidak...

Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai

Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai

by safwan
August 12, 2022
0

Square Enix London baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan "soft launch" game RPG percuma baharu iaitu Avatar: Generations di Android...

Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

by Maira
August 12, 2022
0

Animasi Malaysia kini semakin hebat dengan adanya siri-siri animasi seperti Upin & Ipin, BoBoiboy, dan Ejen Ali. Bukan setakat itu...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In