Baru-baru ini di Nintendo ada buat announcement yang mereka akan letak 3 game dalam Nintendo Switch Online mereka, iaitu Super Mario Bros: The Lost Level, Punch-Out!! dan Star Soldier pada 10 April ini yang pastinya ramai akan teringat pada zaman mereka dulu main game itu.
#SuperMario Bros.: The Lost Levels, Punch-Out!! Featuring Mr. Dream, and Star Soldier are coming to Nintendo Entertainment System – #NintendoSwitchOnline on 04/10! #NEShttps://t.co/tpOrxPHBYZ pic.twitter.com/tkujK8RNzZ
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) April 3, 2019
Super Mario Bros: The Lost Levels dikeluarkan kat Jepun sebagai Super Mario Bros 2, Game ini pernah keluar di bahagian barat yang tidak lama dalam kedai. Dengan gameplay yang diperbaiki, cabaran baru dengan musuh yang peminat mario pastinya kenal seperti Poison Mushrooms. Kemudiannya Punch-Out yang mempunyai sejarah yang terpahat didalam hati peminat nostalgia yang pemain menggunakan karekter Little Mac yang berlawan dari si keding Glass Joe sehingga Si juara WVBA itu sendiri.
Kemudian yang terakhir adalah Star Soldier yang adalah game scrolling shooter yang amat terkenal dengan bentuk yang pelik sehingga amat sukar untuk dielakkan. Jadi ianya adalah satu game boleh memberikan kenangan yang manis yang pemain pernah dulu!
Anda disini boleh dapatkan game ini tersebut pada 10 April di Nintendo Switch Online, anda boleh merasakan kenangan lama apabila main ke-tiga tiga ini tidak lama lagi! Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik sini!
@gamersantaimy
Discussion about this post