Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown kini tersedia PERCUMA di PS4 untuk pelanggan PS Plus!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 1, 2021
in Artikel, Berita, DLC, Fighting, Game Baru, Genre, Platform, PS4
0 0
0
Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown kini tersedia PERCUMA di PS4 untuk pelanggan PS Plus!
Share on FacebookShare on Twitter

Sega hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown, untuk platform PlayStation 4 dan tersedia secara percuma bermula 1 Jun 2021 sehingga 2 Ogos 2021 di PlayStation Plus. DLC Legendary Pack game ini mengandungi pelbagai ciri seperti item untuk penyesuaian watak juga akan mula tersedia untuk pembelian. Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown dan DLC Legendary Pack akan mengandungi game serta DLC boleh dibeli bagi bukan ahli PS Plus.

Game ini merupakan tajuk terbaru dalam siri Virtua Fighter dan mempunyai ciri grafik terkini serta pelbagai fungsi baru. Selain dari mod Standard, Virtua Fighter 5 turut mempunyai mod Tournaments, League Matches dan juga online battle bagi meningkatkan pengalaman e-Sukan setiap pemain. Ia juga turut ditambah dengan fungsi spectator, dimana penonton boleh menonton perlawanan, menghantar sticker dan berkomunikasi dalam real-time.

Grafik terkini

Sega telah menghasilkan semula sepenuhnya grafik untuk Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown dengan grafik terkini.

Mod Online Battle yang dipertingkatkan 

Selain dari mod Classic seperti Ranked, Arcade, Training dan Online VS., pemain juga boleh mencuba mod eSukan seperti Tournament yang menggunakan peraturan sama seperti Double-Elimination serta boleh dimainkan sehingga 16 pemain, dan League Matches yang dimainkan secara round-robin.

Tournament

Perlawanan Tournament menggunakan dua jenis format, iaitu mod Single-Elimination dan Double-Elimination dimana pemain yang tewas sebanyak dua kali akan disingkirkan

League 

Siri perlawanan ini dimainkan secara round-robin, dimana mata akan diberikan berdasarkan menang dan kalah pemain dalam perlawanan. Pemain yang mengumpul mata tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.

Ranked

Pemain akan bermain mod online battle dimana mereka bertarung mengikut rank. Anda perlu mengumpul mata yang banyak untuk maju ke rank seterusnya.

Arcade

Pemain akan bermain secara mod single-player dan bertarung menentang CPU dengan 8 peringkat.

Training

Terdapat 3 jenis mod dalam training, iaitu Command Training, Free Training dan Tutorial. Mod ini tersedia untuk pemain berlatih mengikut keperluan mereka.

Online Vs.

Mod ini merupakan online battle

Pengalaman penonton dipertingkatkan

Dengan grafik yang telah direka semula, animasi dan kesan khas menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Terdapat Spectator Function baru yang membenarkan penonton untuk menonton perlawan di dalam room mengikut real-time. Penonton juga boleh menonton bersama serta bersorak untuk pemain dan menghantar sticker kepada mereka.

DLC Legendary Pack

DLC Legendary Pack akan mula tersedia untuk pembelian, dengan membawakan pelbagai set pakaian karakter serta pelbagai ciri baru dari Virtua Fighter asal, seperti model watak, pentas dan UI.

Item penyesuaian

Terdapat 2000 item untuk disesuaikan kepada semua 19 karakter yang ada dalam game ini.

Spectator Sticker

DLC ini mengandungi sticker khas untuk penonton menghantar ke pemain semasa menonton perlawanan.

Watak dan pentas dari Virtua Fighter asal

Pemain boleh menikmati penampilan karakter dalam bentuk classic polygon serta terdapat watak serta pentas dan UI dari Virtua Fighter asal boleh disetkan.

Senarai Watak

 

1 of 19
- +

Virtua Fighter 5 Ultimate Showdown di PS4 kini boleh didapati secara percuma untuk pelanggan PS Plus. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Virtua Fighter 5 serta Facebook dan Blog Sega.

Tags: PlayStation 4PlayStation plussegaVirtua Fighter 5: Ultimate Showdown
Previous Post

EA membuang semua game lama Need for Speed di kedai digital! Tamatkan perkhidmatan pada Ogos!

Next Post

Peminat kecewa Aloy semakin “hodoh” & “gemuk” di Horizon Forbidden West!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Peminat kecewa Aloy semakin “hodoh” & “gemuk” di Horizon Forbidden West!

Peminat kecewa Aloy semakin "hodoh" & "gemuk" di Horizon Forbidden West!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd