Valve telah mengeluarkan aplikasi mudah alih baru yang menghadirkan banyak ciri-ciri chat pada desktop, ke telefon pintar. Ini adalah salah satu inovasi yang dibuat usaha untuk bersaing dengan Discord. Aplikasi mudah alih ini tersedia untuk iOS dan Android, termasuk ciri berbual, bersembang dalam kumpulan, notification yang boleh diubahsuai dan banyak lagi. Voice chat bagaimanapun masih belum ada, dan Valve mengatakan yang mereka masih dalam usaha untuk menhadirkannya.
Ini adalah pelancaran aplikasi iOS utama kedua Valve dalam masa kurang dari tujuh hari. Minggu lalu, aplikasi Steam Link ditangguhkan, membolehkan pengguna mengalihkan permainan Steam dari PC desktop mereka ke iPhone, iPad, atau Apple TV, yang akhirnya diluluskan oleh Apple selepas ditolak hampir setahun sebelum ini. Adakah Steam Chat mampu menjadi pesaing Discord? Jom kita cuba aplikasi ini!
Link download: Steam Chat
@gamersantaimy
Discussion about this post