Penerbit permainan video 505 Games telah membuka pre-order digital dan retail untuk game side-scrolling action RPG diinspirasikan daripada gothic horror oleh Koji Igarashi, Bloodstained: Ritual of the Night di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.
Game yang ditunggu-tunggu ini akan dilancarkan secara digital di seluruh dunia dan di kedai retail utama di Amerika Syarikat bagi pelantar PlayStation 4, Xbox One, dan Pc pada Selasa, 18 Jun. Keluaran di Nintendo Switch juga menyusul pada Selasa, 25 Jun di Nintendo eShop dan kedai retail utama lain. Setiap versi standard dinilai pada harga RM146.70.
Pada tempoh masa terhad, pemain yang pre-order Bloodstained: Ritual of the Night di Steam akan menerima diskaun 10% pada pembelian mereka. Pemain PS4 yang pre-order game ini secara digital di PlayStation Store pula akan menerima tema dinamik eksklusif Bloodstained: Ritual of the Night berserta subscriber semasa PlayStation Plus yang menerima diskaun 10%.
505 Games juga ingin menawarkan pilihan kepada pemain dan para pengumpul untuk pre-order salinan fizikal game Bloodstained di PlayStation 4, Xbox One dan Nintendo Switch agar mereka berpeluang untuk mendapatkan Collector Novobox Futurepak eksklusif yang hanya boleh didapati melalui pre-order di kedai retail Best Buy.
Sumber – nintendotimes.
@gamersantaimy
Discussion about this post