Dengan secara rasmi ujian beta tertutup Valorant ditamatkan 28 Mei 2020 lalu, secara rasmi detik per detik mengikut daerah, Valorant permainan FPS Free-to-play dari Riot Games ini secara rasmi boleh dimuat turun bermula 8 pagi tadi di Asia!
Dalam pelancaran rasmi ini, Valorant akan tersedia untuk PC dahulu dan ada yang menyatakan ianya akan tiba di platform lain pada tarikh lain yang termasuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan Mobile.
Lebih menarik dalam pelancaran Episode 1 Valorant ini diberi nama Ignition yang terdapat pelbagai kemaskini terbaru dari ujian beta sebelum ini! Jadi apa antara yang baru didalam Episode pertama ini?
APA TAMBAHAN BARU DALAM VERSI PENUH VALORANT?
Paling menarik dalam Episode 1: Ignition ini, pemain yang log masuk pada permainan penuh Valorant akan melihat Hero baru, Peta baru dan juga Mod game terbaru! Hero baru yang dimaksudkan adalah Reyna, treler rasminya turut dikongsikan di Twitter Valorant pada 30 Mei 2020 lalu. Nampaknya Reyna tidaklah begitu kuat tetapi dia dapat menjadi halimunan dan mencuri nyawa dari orang lain!
REYNA /// Mexico
"What hope do these criaturas have?"#VALORANT pic.twitter.com/inO8bR5cto— VALORANT (@PlayVALORANT) May 30, 2020
Treler Reyna juga memberikan gambaran ringkas mengenai peta baru oleh Riot Games. Tetapi nak tahu apa yang ada dalam peta terbaru boleh tengok bawah ni;
MEMPERKENALKAN PETA TERBARU – ASCENT
- Ascent adalah peta yang ditetapkan di Itali yang menampilkan kawasan tengah terbuka dan luas yang dapat diatasi oleh kedua-dua pasukan. Mid adalah taman permainan untuk penggunaan kemampuan yang pelbagai dan berjaya mengawal kawasan membuka laluan tambahan untuk Attackers ke kedua-dua laman Spike.
- Ascent akan sedikit lebih biasa dalam Matchmaking rotation untuk beberapa hari pertama sehingga anda dapat memperoleh lebih banyak peluang untuk bermain di peta.
KEMASKINI DALAM MOD COMPETITIVE
- Mod ini tidak akan ada dalam pelancaran ini!
- Sama seperti pelancaran beta tertutup, fokus awal adalah memastikan perkhidmatan stabil sebelum mengaktifkan matchmaking yang kompetitif. Ini juga merupakan cara untuk memberi pemain baru tujuan yang sama dengan pemain beta tertutup harus belajar permainan sebelum mengaktifkan Competitive. Beberapa penyesuaian juga akan dibuat pada Competitive berdasarkan maklum balas pemain beta tertutup yang masih ada. Rancangannya adalah untuk menghidupkan Competitive dengan beberapa patches.
Ini antara yang lain turut ada perubahan dalam Valorant Episode 1: Ignition
- GAMEPLAY dan BALANCE
- Kemaskini AGENT
- VISUALISASI SUARA (PERHATIAN AUDIO)
- HAVEN/BIND/SPLIT/ASCENT
- KEMASKINI PRESTASI
- KUALITI HIDUP
- HUD & UI
- BUG FIX dalam permainan dan Game client
Pada anda yang ingin tahu maklumat penuh untuk Patch Notes ini boleh ke laman web rasmi Valorant.
SPESIFIKASI PC – VALORANT |
|||
Windows//7/8/9/10 64-Bit | RAM 4GB | VRAM 1GB | |
Specs Minimum | Rekomendasi | Specs High-End | |
CPU | Intel Core Duo E8400 | Intel i3-4150 | Intel Core i5-4460 3.2GHZ |
GPU | Intel HD 4000 | GeForce GT 730 | GX 1050 Ti |
@gamersantaimy
Discussion about this post