Baru-baru ni, Developer Bluehole baru saja buat update tentang PUBG untuk XBox One. Update apa korang tanya? Diorang update untuk map Sanhok yang akan ada cave yang available untuk XBox One nanti dan lepas tu baru PC pulak. Jadi tak kan tu satu je kan? dan apa lagi diorang tambah? sebenarnya, banyak la jugak diorang tambah. Jom kita tengok apa diorang tambah.
Sanhok ni map terbaru dalam PUBG yang luas dia 4km x 4km (luas dia 1/4 dari Erangel dan Miramar) tak besar mana pun tapi diorang tambah caves yang banyak dalam map dan bukan tu je, keadaan cuaca pun boleh berubah secara dramatik dalam map tu, setiap player akan dapat 20 biji epal untuk dibaling dan katanya untuk “practice throwing skills” dalam in-game lobby dan ada weapon baru iaitu QBZ (AR-Bullpup) dan QBU (BAR), mesti suka bagi peminat head-on combat.
Seterusnya diorang tambah kenderaan baru yang bernama Ronny (Pickup Truck), truck ni boleh bawa 4 orang sahaja dan truck ni boleh didapati hanya di Sanhok je, so memang limited. kemudiannya PUBG tambah Parachute skins yang bertemakan “Bengal Tigers“. Dan ada penambahan terbaru adalah G-Coin! Korang boleh beli Loot crate, jangan risau, ni takde Microtransaction cuma In-game currency je, untuk beli weapon atau barangan komestik.
Selain tu, diorang hanya update Bug fixes, Performance, dan War Mode telah kembalikan War Mode! Mode yang semua telah minta untuk kembalikan dan sekarang ni boleh main semula di PUBG. Tapi ni just untuk XBox One sahaja, so PC, dan Mobile boleh bersabar la ye. Dan PS4 mohon bertabah dan berdoa la keluar untuk PS4 nanti.
aku letak link Forum PUBG untuk korang baca penuh apa update diorang.
@gamersantaimy
Discussion about this post