Patch #18 PUBG untuk version PC sekarang boleh di main dalam test server dan memperkenalkan senjata dan kenderaan Eksklusif Sanhok bersama dengan tweak dan ciri yang lain kepada game Battle Royale yang popular ni.
Senjata yang aku sebutkan adalah QBU, senjata DMR baru yang hanya korang boleh dapatkan di Sanhok, kira macam QBZ la. Ia akan mengambil tempat Mini 14 di Sanhok, dan menggunakan peluru 5.56mm, 10 round, dan akan menjadi 20 round jika memakai extended magazine. Bermaksud di sini, Mini 14 tidak akan muncul lagi dalam Sanhok.
Juga, penambahan kenderaan baru untuk Sanhok adalah pickup truck bernama Rony. Ianya merupakan kenderaan Eksklusif di Sanhok. Rony boleh membawa sehingga empat orang penumpang dan mengikut kenyataan PUBG Corp.
“Rony merupakan kenderaan yang bagus, cemerlang bergerak melintasi landskap berbukit-bukau di Sanhok”
Mereka juga mengatakan yang Rony merupakan kenderaan terbesar yang ada di Sanhok, menjadikan ia sesuai untuk berlindung, dan juga pengangkutan. Korang boleh tengok Rony dan QBU di bawah:
Senjata Baru – QBU
Kenderaan Baru – Rony
Tambahan lagi, PUBG Corp. sekarang telah melaksanakan kebolehan untuk membuat Custom Match. Ciri ini masih lagi dalam work-in-progress, tapi, ianya sudah boleh dimainkan untuk semua pemain dalam Open Beta di Test Server dan membenarkan pemain untuk mengubah pelbagai setting dan buat custom mode korang sendiri. PUBG Corp. berkata yang mereka akan kembangkan Custom Match ke Live Server setelah ianya terbukti stabil.
Akhir sekali, macam biasa Tweak untuk beberapa bug dan masih lagi aku tertanya tanya, bagaimana dengan server? Adakah semakin stabil, semakin elok, dan akhir sekali, Hacker dah clear ke belum?
@gamersantaimy
Discussion about this post