Memandangakan sekarang ni kepoh tentang Realm Crossover diantara Monster Hunter: World dan juga Final Fantasy XIV, tambahan pula dengan kemunculan Behemoth di Monster Hunter: World, Final Fantasy XIV tidak ketinggalan dengan membawa masuk Rathalos kedalam dunia Final Fantasy. Nak lagi best, pemain Final Fantasy boleh lawan dengan Rathalos, dapatkan armor dan juga mount.
Trailer terbaru mempamerkan 4 orang pemain sedang berlawan dengan Rathalos. Kalau korang berjaya menumpaskan Rathalos, korang akan dapat armor set Rathalos, tetapi ianya berbeza dari set armor Monster Hunter, dan juga korang akan dapat menunggang Rathalos! Ini bermaksud, korang boleh jadikan Rathalos sebagai Mount korang. Menarik bukan? Korang boleh mula untuk mencari dan berlawan dengan Rathalos di Azim Steppe pada Ogos 7.
Untuk mereka yang akan berlawan dengan Behemoth dalam Monster Hunter: World pula, setelah berjaya menumpaskan Behemoth, mereka akan diberi Behemoth Armor set. Jadi, apa lagi, hunter semua sudah bersedia? Oh, sekali lagi diingatkan yang Monster Hunter: World akan datang ke PC pada Ogos 10. Dan aku jugak ada tulis pasal kat mana nak dapatkan Monster Hunter: World dengan murah. Cekidaut gais!
@gamersantaimy
Discussion about this post