Hari ini, Insomniac Games telah mendedahkan suit bonus pertama untuk Spider-Man: Miles Morales, yang percuma bermula sekarang untuk semua pemain di PS4 dan PS5! Miles Morales tidak mempunyai sejarah yang panjang dalam buku komik (wataknya diperkenalkan tidak hampir 10 tahun lalu), jadi ramai tidak tahu Insomniac sebenarnya perlu membuat beberapa reka bentuk asli untuk pakaian dalam permainan.
Sudah tentu kerja ini bukan senang, tetapi mereka berjaya menghasilkan sebuah lagi kostum baru yang sangat menawan. Dengan kombinasi antara perisai dan pakaian tradisional, kostum Advanced Tech memang antara yang paling menonjol dalam senarai. Seperti namanya, kostum itu adalah versi kostum hitam dan merah ikonik milik Miles yang lebih baru dan canggih.
Satu lagi ciri eksklusif PlayStation 5 juga disertakan dengan update ini, di mana Insomniac menambah ciri “deformasi otot yang realistik” pada permainan. Walaupun Insomniac tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana ia berfungsi, ramai menjangka bahawa pemain dapat melihat otot-otot Miles melentur setiap kali dia menarik, mengangkat, menumbuk, atau membuat apa-apa aksi yang berkaitan. Walaupun ciri ini hanya berfungsi pada pakaian tertentu, tambahan kecil ini menunjukkan bahawa Insomniac memanfaatkan sepenuhnya teknologi perkakasan PS5.
Walaupun mereka tidak mengumumkan apa-apa expansion untuk Spider-Man: Miles Morales, sekurang-kurangnya kita dapat beberapa kostum tambahan melalui kemas kini percuma seperti ini di masa depan. Bagi mereka yang ingin mencuba kostum Advanced Tech, anda hanya perlu memuat turun kemas kini terbaru di permainan, dan semuanya sudah tersedia untuk kita cuba!
Untuk segala liputan kami tentang Spider-Man: Miles Morales termasuk ulasan saya, sila tekan pautan ini.
Sumber – Insomniac Games
@gamersantaimy
Discussion about this post