Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah melancarkan update terbaharu untuk PlayStation 5 (PS5), yang menambahkan sokongan Discord voice chat, sokongan VRR untuk 1440p dan banyak lagi ciri-ciri tambahan. Berikut adalah info lengkap:
Sertai Discord Voice Chat pada konsol PS5 Anda
Korang boleh menyertai Discord voice chat pada konsol PS5 dan bersembang dengan mudah dengan rakan di platform gaming lain. Untuk bermula, link akaun Discord dan PlayStation Network, PlayStation.com atau aplikasi Discord pada Windows, Mac atau mobile di konsol PS5 mengikut langkah-langkah ini.
Kemudian, gunakan aplikasi Discord pada peranti mobile atau komputer untuk buka Discord voice chat pada konsol PS5 anda. Korang juga boleh membiarkan rakan Discord melihat apabila diri sedang ‘online’ dan game yang sedang dimainkan.
Perhatian: jika anda telah link akaun PlayStation Network dan Discord pada masa lalu, anda perlu link semula akaun untuk memberikan kebenaran baharu yang diperlukan bagi Discord voice chat.
Muat naik screenshot secara manual ke PlayStation App
Korang boleh memilih dan memuat naik screenshot atau klip permainan secara manual ke PS App daripada konsol PS5 anda, kemudian berkongsinya dengan mudah di media sosial atau dengan rakan-rakan. Sebelum ini, fungsi auto-upload sudah wujud pada PS App.
Sokongan Variable Refresh Rate (VRR) untuk 1440p
Korang boleh menikmati prestasi visual yang lebih lancar apabila menggunakan paparan HDMI 2.1 yang serasi dengan VRR pada resolusi 1440p, apabila bermain game yang menyokong VRR.
PlayStation juga telah membuat beberapa update pada parameter ujian output 1440p di PS5, yang membolehkan sokongan 1440p untuk julat paparan HDMI yang lebih luas. Untuk menyemak sama ada peranti HDMI anda serasi, pergi ke [Settings] > [Screen and Video] > [Video Output] > [Test 1440p Output].
Pemindahan ‘save data’ PS4 ke PS5
Sony memudahkan kita mengakses save data di PS4 pada konsol PS5 melalui dua cara:
- Apabila memuat turun atau install game PS4 di konsol PS5, notifikasi tentang “save data di PS4 tersedia dalam PlayStation Network cloud storage” akan dipaparkan (jika konsol PS5 belum mempunyai save data untuk gamete). Tekan notifikasi untuk memuat turun save data tersebut.
- Apabila memuat turun atau install game PS5 yang boleh memuatkan data PS4, notifikasi yang sama akan muncul.
- Online cloud storage memerlukan langganan PlayStation Plus.
Update wayarles untuk DualSense
Korang boleh mengemas kini peranti DualSense tanpa sambungan wayar USB. Jika anda menghadapi masalah mengemas kini secara wayarles, sambungkan controller ke konsol PS5 menggunakan kabel USB.
Sekali lagi saya ingatkan, update PS5 ini sudah dilancarkan secara rasmi bermula hari ini. Jadi buat pemain yang ingin menyembang bersama rakan-rakan di Discord memakai PS5, korang tidak perlu bersabar lagi. Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk analisis bab baharu, game dan anime, sila tekan pautan ini.
Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post