Update 1.2 Cyberpunk 2077 sebesar 40GB tapi masih gagal memperbaiki permainan!

Update 1.2 Cyberpunk 2077 telah keluar secara rasmi untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One, di mana ia sepatutnya membawa pelbagai penambahbaikan, termasuk meningkatkan masa tindak balas polis dan memperbaiki banyak misi bermasalah.

Update ini berukuran lebih kurang 40 GB, dan ya.. ia memang sangat besar. Matlamat utama update ini adalah untuk memperbaiki kebanyakan bug dan masalah teknikal yang dijumpai oleh pemain. Walaupun dikeluarkan untuk semua platform, kemas kini ini lebih tertumpu untuk PS4 dan Xbox One.

Antara penambahbaikan termasuk, radius spawn NCPD yang ditingkatkan. Ini bermaksud polis tidak akan begitu kerap muncul secara rawak. Terdapat juga slider “steering sensitivity” baru di menu pilihan. Tujuannya adalah untuk mengemaskan lagi mekanik pemanduan, supaya dapat menawarkan lebih banyak keseimbangan kepada pemain.

Beberapa tambahan menarik lain adalah seperti “buff” kepada Gorilla Arms yang kini membuat kerosakan 20% lebih banyak, mengubah barangan yang dijual ke lokasi yang lebih sesuai, dan mengurangkan harga Tabula e-Rasa. Pada masa yang sama, isu di setiap lifepath, misi utama, misi sampingan, dan banyak lagi telah diselaraskan.

Sudah tentu, tujuan update ini adalah untuk menyelesaikan kebanyakan masalah di semua versi permainan. Namun, dari memperbaiki masalah, ada beberapa pemain yang mengadu update ini membuatkan keadaan bertambah teruk sehingga permainan pun tidak boleh dibuka.

Di perbincangan Reddit rasmi r/cyberpunkgame, beberapa pemain PC melaporkan masalah mereka berikutan patch 1.2 seperti skrin yang tiba-tiba hitam, isu crash semasa memulakan permainan, penurunan frame rate, dan masalah “CPU bottleneck“. Seorang pengguna melaporkan bahawa sebelum update Cyberpunk 2077, semuanya berjalan lancar, tetapi kini mendapat pelbagai masalah seperti skrin hitam dan seumpamanya.

Seorang pengguna bernama u/Russian_Bass, melaporkan bahawa permainan kini berjalan pada 17 fps, tetapi sebelum update, mampu berjalan pada 90 fps pada tetapan grafik Ultra. Ada juga yang melaporkan isu yang berkait dengan misi sampingan Delamain, lantas menghalang mereka daripada menamatkan permainan 100%.

Berikutan pelancaran Cyberpunk 2077 yang mengecewakan pada bulan Disember lalu, CD Projekt Red masih berusaha keras untuk memperbaiki Cyberpunk dan menebus kesalahan mereka. Adakah rancangan mereka untuk fokus pada pemulihan Cyberpunk 2077 sepanjang tahun 2021? Atau adakah mereka bersedia untuk mengaku Cyberpunk gagal? Apa pendapat anda tentang update 1.2 Cyberpunk 2077?

Cyberpunk 2077 kini boleh didapati di PC, PlayStation 4, dan Xbox One, manakala versi PlayStation 5 dan Xbox Series X akan keluar pada hujung tahun ini. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – Cyberpunk 2077 Patch 1.2

Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.