Versi beta PUBG Mobile akhirnya menerima peta Erangel 2.0 dengan update 1.0. Kemas kini itu dikongsi oleh pasukan PUBG Mobile di server Discord di mana mereka juga memberi pengenalan ringkas kepada Erangel 2.0. Di dalam, terdapat beberapa perubahan penting tetapi yang paling menonjol adalah peta Erangel 2.0 yang sangat dinanti-nantikan. Harus diingatkan bahawa kerana ini adalah versi beta, mungkin ada beberapa perubahan ketika versi stabil dikeluarkan.
Peta Erangel 2.0 mempunyai beberapa perubahan estetik untuk membawanya setaraf dengan peta Livik terbaru dan peta Miramar 2.0. Pertama sekali yang anda patut tahu ialah Erangel 2.0 akan memperkenalkan banyak perubahan visual pada lokasi-lokasi utama. Ini termasuk Mylta Power Plant, Quarry, dan Prison. Struktur beberapa bangunan akan diubah dan akan ada bunker tersembunyi di bawah bangunan yang menawarkan sejumlah loot yang bagus.
Selain itu, terdapat parit tambahan, benteng, dan kereta kebal hancur yang tidak dapat digunakan dan pengenalan senjata baru – M1014 – bersama dengan sedikit perubahan keseimbangan dan perbaikan bug. Cheer Park juga telah diubah dengan lebih banyak “showdown“, aktiviti dan lain-lain. Bagi mereka yang berminat, versi beta kini boleh dimuat turun untuk peranti Android di sini. Malangnya, pengguna iOS perlu menunggu kerana ia masih belum tersedia.
Itu sahaja yang saya tahu tentang kemas kini PUBG Mobile 1.0. Jika ada apa-apa berita baru tentang Erangel 2.0, saya akan terus laporkan anda semua! Untuk segala berita kami tentang PUBG Mobile, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post