Korang tahu kan yang Dark Souls Remastered dah nak keluar. Bukan setakat kat PC, tapi setiap platform yang ada, termasuk Nintendo Switch sekali. Tapi, yang bestnya, kepada korang yang main Dark Souls dekat PC (bukan yang crack punya tau) akan dapat harga diskaun untuk upgrade kepada remastered. Wuuuuu~ boiek nihh.
From Software mengumumkan berita ini di Twitter mereka, menawarkan sehingga 50% diskaun kepada mereka yang dah ada Dark Souls: Prepare to Die Edition dan ingin upgrade kepada versi Remastered. Mereka juga umumkan tentang pelancara Dark Souls Remastered ini pada 9 Mei di Steam.
Owners of the PC version of "Dark Souls Prepare to Die Edition" will be able to upgrade to "DARK SOULS REMASTERED" at a discounted price. Please feel free to take advantage of this campaign. pic.twitter.com/A3mEXG2tmi
— FROMSOFTWARE (@fromsoftware_pr) April 24, 2018
Jadi, apa lagi, kepada peminat Dark Souls semua, mesti korang tunggu kan versi remastered ni? dan mesti korang tertanya-tanya, apa beza dia? nah, aku tunjuk video perbandingan dia.
@gamersantaimy
Discussion about this post