Maklumat baru dan screenshots Code Vein dah dikeluarkan oleh Bandai Namco. Menampilkan orja (orang jahat) Juzo Mido, serangan Combo Drains, variasi senjata. Oh dan partner actions untuk Mia dan Louis.
Juzo Mido
Juga dikenali sebagai kepala Revenant researcher. Sebelum the Great Collapse, mamat ni keje dia culik anak yatim pastu buat eksperimen keji. Dah tu anta diorang pegi perang. Dia guna diri sendiri gak untuk ekperimen, dan sebab tu dia jadi Revenant yang kuat nak mampos.
Kau tengok sendiri, serangan sepenuh tenaga Yakumo dia block camtu je. Power tak power?
Combo Drains
Korang boleh buat Drain attack lepas serangan non-Drain; tapi tengok senjata apa gak korang guna. Combo-kan dari standard attack, special attack dengan charge attack.
Contohnya Stinger Combo Drain. Serangan Drain bermula selepas serangan combo bayonet yang sempurna. Combo ni memang betul-betul pakai langkauan senjata bayonet ni.
Banyak lagi serangan Drain lain macam The Hound’s Combo Drain, Aerial Stinger Combo Drain dengan Aerial Hound’s Combo Drain.
Variasi Senjata
Ni memang cun, sebab senjata yang sama kategori pun ada perbezaan.
Contoh macam 2 jenis pedang One-handed; Broadsword dengan Sunset Sword. Dua-dua special attack diorg berbeza:
Broadsword – sekali hayun memang power
Sunset Sword – korang akan lompat then hempas pedang tu ke tanah
Kalau Two Handed Swords plak:
Zweihander – Korang meluru ke depan sambil acu pedang ke musuh
Monstrous Cursed Sword – serangan slash ke atas, diikuti dengan tembakan shockwave.
Partner Action Mia dan Louis
Watak dua orang ni akan support korang masa lawan. Masing-masing boleh guna senjata dan Gifts (macam magic kot). Kalau guna Gifts ni akan consume Ichor points. Bila Ichor abis, diorg akan serang guna senjata. Ada masa gak diorang akan bertahan dan mengelak. Tapi kalau lawan musuh yang power, korang kena tengok-tengok gak diorg ni..
Gifts
Louis – Dimulakan dengan serangan Drain dari senjatanya. Kalau Ichor dia abis, korang kena bantai orang jahat sekali dengan dia.
Mia – Serangan dari Stinger Blood Veil. Bila menembak, akan guna Ichor point. Aksi Drain Mia ni bagus sket sebab dia halang musuh dari overwhelm korang.
Boss Battle
Yang ni spesel. Sebab diorg ada serangan Gift yang kuat yang hanya akan dipakai masa lawan boss. Contohnya Mia ada serangan “Guard of Honor”, pedang-pedang ais yang terlancar kepada boss.
Exploration
Diorg ni gak akan bantu exploration, dimana commentary diorg akan berubah mengikut persekitaran korang. Diorang akan warning korang pasal persekitaran, ingatkan korang untuk recover kalau health dah low dan suruh korang berjaga-jaga kat tempat yang tanahnya mungkin rapuh. Kalau korang berhenti bergerak plak, diorang akan scout sekeliling dan bila kena serang, diorang yang akan respon dulu..
Video kat atas tu ada la tunjuk sikit-sikit pasal info ni, ihsan daripada RyzingENT Gaming dari YouTube.
@gamersantaimy
Discussion about this post