Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kita lihat game gacha mobile yang menutup servisnya. Ada juga game yang baru dilancarkan tidak sampai tiga bulan ditutup. Rasanya ramai yang sudah tahu sebab utama game mobile ini banyak ditutup adalah kewangan. Memang susah untuk tampung segala perbelanjaan untuk kekalkan servis jika kutipan bulanan tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Baru-baru ini, ada satu game gacha mobile yang telah masukkan satu sistem untuk mengekalkan servis tersebut. Sudah tentu pemainnya juga memainkan peranan yang besar. Game yang kami maksudkan adalah Itsuwari no Alice, sebuah game idle yang dihasilkan oleh VISUAL ARTS.
Melalui Automaton, selepas penyelenggaraan terakhir game selesai, ia telah memperkenalkan sistem baru untuk iaitu “paid Gold Coin counter”. Sistem tersebut telah pun di acah pada bulan tersebut dan akhirnya dia tersedia secara rasmi.
Rupa-rupanya sistem tersebut diperkenalkan untuk mengumpul data jumlah mata wang dalam game yang dibelanjakan, di mana ia akan meningkat setiap kali pemain membelanjakan Gold Coin mereka. Game gacha itu nampaknya beroperasi bergantung pada Gold Coin counter tersebut.
Jika jumlahnya lebih rendah berbanding kos server, ada kemungkinan besar game itu bakal ditutup. Jadi asalkan jumlah yang dibelanjakan pemain-pemain tinggi, ia boleh menampung kos operasi game itu.
Akaun rasmi Itsuwari no Alice turut mengongsikan kos operasi game itu untuk bulan Ogos yang mencecah 1,956,331 yen (anggaran RM 62,457). Boleh tahan mahal juga. Hampir separuh daripada jumlah tersebut digunakan untuk membayar server game. Tidak peliklah mengapa banyak game gacha mobile banyak ditutup kalau tidak mendapat kutipan yang baik.
Pemain yang setia sudah tentu mahu kekal bermain game yang mereka suka, betul tidak? Itsuwari no Alice telah memperkenalkan “kedai fundraising”, di mana pemain boleh menyokong pasukan pembangun dengan membelanjakan Gold Coin mereka untuk item yang tersedia dalam kedai itu. Menarik juga rancangan yang digunakan syarikat tersebut, dapat juga mereka menampung sedikit sebanyak kos untuk mengekalkan server game gacha itu.
Untuk mendapatkan berita menarik tentang game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post