Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unreal Engine 5 dilancarkan secara rasmi untuk semua developer di Epic Games Store

safwan by safwan
April 6, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, PC
0 0
0
Unreal Engine 5 dilancarkan secara rasmi untuk semua developer di Epic Games Store
Share on FacebookShare on Twitter

Unreal Engine 5 telah dilancarkan secara rasmi untuk semua game developer di seluruh dunia selepas hampir setahun dalam akses awal. Unreal Engine telah menjadi salah satu enjin game yang paling banyak digunakan buat masa sekarang.

Pada tahun 2020, mereka telah mengeluarkan demo yang luar biasa dengan menunjukkan sebahagian game yang sedang dibangunkan iaitu Lumen and the Land of Nanites dan berjanji untuk menjadi yang lebih hebat dalam teknologi game.

Dalam game tersebut, kita dapat melihat yang Unreal Engine 5 beraksi dengan menggunakan teknologi pencahayaan yang dinamik sambil menunjukkan tekstur dan objek yang sangat mirip dengan dunia sebenar. Sepanjang dua tahun, mereka juga telah melancarkan teknologi tambahan yang akan membolehkan developer untuk mencipta watak-watak manusia dengan animasi yang realistik dalam tempoh masa yang pendek berbanding sebelum ini.

Semasa akses awal, game developer mendapat enjin game ini terlebih dahulu dan telah mempamerkan kemahiran mereka sambil mempelajari enjin baharu ini pada masa yang sama. Hanya beberapa bulan yang lalu, kita dapat bermain Matrix Awakens yang menggunakan Unreal Engine 5. Apa yang menarik tentang demo ini, kita dapat melihat kecanggihan teknologi game yang akan datang.

Di samping Unreal Engine 5, Epic juga menyediakan demo untuk game Lyra. Seperti demo shooter game daripada Unreal Engine 4, Lyra kini menjadi sebagai titik permulaan yang sangat baik untuk game developer bagi membuat projek-projek baru, serta sumber pembelajaran.

Game ini mempunyai dua mode iaitu Expanse (team deathmatch) dan Convolution (control point). Anda boleh mengawal dua model sama ada Manny ataupun Quinn yang bersenjatakan pistol ataupun senapang. Ianya mempunyai satu level, di mana ianya terletak di bangunan pejabat futuristik.

Sekali lagi saya ingatkan, game Lyra hanyalah demo sahaja tetapi jika anda berminat, boleh download bersama Unreal Engine 5 di sini.

Buat masa ini, terdapat banyak studio yang sedang bekerja untuk membangunkan game baharu yang dikuasakan oleh Unreal Engine 5, dan hari ini Crystal Dynamics telah mengumumkan sekuel Tomb Raider yang seterusnya juga akan menggunakan enjin game ini.

Apa pendapat anda tentang Unreal Engine 5? Anda boleh tinggalkan pendapat pada ruangan komen. Jika mahu lebih banyak berita tentang Epic games, sila klik pautan ini.

Sumber: YouTube

Tags: Unreal Engine 5
Previous Post

Crunchyroll Dubs menawarkan anime percuma setiap minggu di Youtube!

Next Post

Twitter mendedahkan game & pasukan esports paling popular pada awal 2022

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Twitter mendedahkan game & pasukan esports paling popular pada awal 2022

Twitter mendedahkan game & pasukan esports paling popular pada awal 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd