Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UNIQLO Umum Kolaborasi Sulung Bersama Pokémon Trading Card Game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2025
in Artikel, Berita, Fesyen
0 0
0
UNIQLO Umum Kolaborasi Sulung Bersama Pokémon Trading Card Game!
Share on FacebookShare on Twitter

UNIQLO telah mengumumkan kolaborasi UT (UNIQLO T-shirt) pertamanya bersama siri permainan kad popular, Pokémon Trading Card Game (TCG), serta aplikasi Pokémon Trading Card Game Pocket. Koleksi eksklusif yang diinspirasikan daripada francais kegemaran ramai ini bakal dilancarkan pada 11 Ogos 2025.

Menyusuli kejayaan kolaborasi sebelum ini dengan jenama Pokémon, koleksi kali ini memfokuskan kepada ilustrasi yang diilhamkan daripada TCG.

Ia menampilkan watak Pokémon kegemaran ramai seperti Pikachu pada kemeja-T dan pakaian untuk dewasa serta kanak-kanak, mengadunkan rekaan grafik yang ceria dengan keselesaan untuk pemakaian seharian.

Koleksi Pokémon UT ini merangkumi:

  • Kemeja-T Lelaki: 5 jenis rekaan, dijual pada harga RM59.90 setiap satu. Saiz yang ditawarkan adalah dari XS hingga 4XL.

  • Kemeja-T Kanak-kanak: 5 jenis rekaan, dijual pada harga RM39.90 setiap satu. Saiz yang ditawarkan adalah dari 100cm hingga 160cm.

Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, UNIQLO akan mengedarkan majalah UT edisi khas secara eksklusif di semua cawangannya mulai 11 Ogos 2025. Majalah edisi terhad ini turut disertakan dengan playmat kertas Pokémon TCG eksklusif berhiaskan rekaan Pikachu.

Di bahagian belakang playmat tersebut, peminat boleh membaca temu bual original bersama dua ilustrator kad Pokémon TCG terkemuka, yang merupakan pelukis di sebalik karya seni kad Slowpoke dan Omanyte yang juga dipaparkan dalam koleksi UT ini.

Majalah UT ini boleh didapati di cawangan UNIQLO seluruh negara, tertakluk pada ketersediaan stok.

Barang-barang akan tersedia di semua kedai UNIQLO dan melalui kedai dalam talian uniqlo.com. Untuk maklumat lanjut, peminat boleh melawat laman web kerjasama khas di SINI.

Tags: Pokémon Trading Card Gameuniqlo
ShareTweetSend
Previous Post

Xiaomi Bakal MemBuka Kedai Flagship Terbesar Di The Exchange TRX!

Next Post

EA SPORTS FC 26 Jelaskan Rombakan Gameplay Besar-besaran, Memisahkan Pengalaman Online & Offline!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
EA SPORTS FC 26 Jelaskan Rombakan Gameplay Besar-besaran, Memisahkan Pengalaman Online & Offline!

EA SPORTS FC 26 Jelaskan Rombakan Gameplay Besar-besaran, Memisahkan Pengalaman Online & Offline!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd