Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unicorn Overlord – Hero Yang Bakal Temui & Ciri-Ciri Eksplorasi Dalam Game

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2023
in Artikel, Berita, JRPG, Nintendo Switch, PS4, PS5, Real time strategy, Taktikal, Xbox Series X|S
0 0
0
Unicorn Overlord – Hero Yang Bakal Temui & Ciri-Ciri Eksplorasi Dalam Game
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah berkongsi maklumat baharu tentang Unicorn Overlord—game baharu daripada ATLUS dan VANILLAWARE— yang akan dikeluarkan pada 8 Mac 2024, untuk Playstation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch dan Xbox Series X|S. Belajar lebih lanjut tentang tanah Fevrith, watak unik yang akan anda temui, dan bagaimana anda boleh menerokai peta yang luas.

Kredit: Atlus

Secara am, game Unicorn Overlord menampilkan pertempuran strategik inovatif, penerokaan terbuka dan grafik dan watak resolusi tinggi oleh VANILLAWARE, temui rakan baharu dan hadapi kejahatan besar dalam pengembaraan klasik ini. Unicorn Overlord menggabungkan yang baru dan yang lama untuk menjadi pengalaman yang unik. Terokai landskap yang mengasyikkan dengan sistem pertempuran tersendiri yang menggabungkan elemen ala zaman kegemilangan gaming 16-bit, sambil menikmati pertempuran online melalui Coliseum.

Kredit: Atlus

Rakan-Rakan Pada Masa Depan

Travis

Kredit: Atlus

Seorang pengintip Cornia Liberation Army. Sebagai perisik, dia ditugaskan dengan mengumpul intel, tetapi apabila Alain mengarak Liberation Army ke medan perang, dia memilih untuk menyertai mereka…

Yahna

Kredit: Atlus

Seorang witch muda yang tinggal di Witches’ Hamlet. Apabila tentera Zenoira menyerbu Witches’ Hamlet dan mula menangkap semua witche, Yahna mengubah dirinya menjadi kucing dan berjaya melarikan diri.

Clive

Kredit: Atlus

Seorang kesatria suci dari Kingdom of Cornia yang jatuh. Dipuji daripada dulu lagi kerana kebijaksanaan dan keberaniannya, tidak lama sebelum dia mencapai gelaran kesatria. Dia telah menggunakan bakatnya dengan melaksanakan arahan Josef dan meletakkan asas untuk Liberation Army.

Chloe

Kredit: Atlus

Anak perempuan kepada kawan Josef. Selepas Chloe menyertai Liberation Army, dia belajar sebagai perantisnya, dan mempelajari cara-cara pertempuran. Walaupun berkawan rapat dengan Alain, Chloe sentiasa mengekalkan sikap yang sopan terhadapnya sebagai putera raja.

Hodrick

Kredit: Atlus

Bekas kesatria Cornia. Hodrick berkhidmat sebagai pengawal peribadi yang setia kepada Queen Ilenia, mendapatkan keyakinannya. Dia berjuang bersama Ilenia semasa pemberontakan, tetapi kalah dan kini menjadi tawanan Valmore.

Melisandre

Kredit: Atlus

Ketua kepada House Meillet di Cornia. Setelah kehilangan ibu bapa dan abangnya akibat penyakit pada usia muda, makcik dan pakciknya yang memberi tunjuk ajar yang diperlukan untuk menjadi ketua rumah.

Terokai Alam dan Mulakan Pengembaraan

Kredit: Atlus

Terokai kawasan Fevrith yang luas, menyelesaikan semua jenis pertikaian dan pekerjaan ganjil di sepanjang jalan. Anda dapat maju lebih jauh dengan mengalahkan musuh, membebaskan bandar dan menggunakan sumber mereka, dan menguatkan diri bersama rakan-rakan baharu.

Quest

Kredit: Atlus

Semasa meneroka peta, anda akan menemui quest yang berbeza. Quest akan membuka stage yang boleh anda selesaikan untuk memperoleh ganjaran. Setiap event yang timbul akan didaftarkan sebagai quest. Selesaikannya dalam apa jua cara susunan yang anda suka!

Membebaskan bandar

Kredit: Atlus

Apabila membebaskan bandar dan kubu Fevrith dengan mengalahkan Imperial Army secara berperingkat, anda akan membuka kedai dan fasiliti lain, dan eksplorasi akan menjadi lebih mudah apabila musuh berhenti meronda di kawasan itu.

Membina semula bandar

Kredit: Atlus

Bandar usang di bawah pemerintahan Imperial Army boleh dibina semula dengan menghantar bahan, yang akan menambah fasiliti dan ciri yang berguna.


Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Unicorn Overlord
ShareTweetSend
Previous Post

Hitman: Blood Money — Reprisal Bakal Tiba ke iOS & Android pada 30 November Ini!

Next Post

Granblue Fantasy: Relink – Gameplay, Naratif & Watak Utama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Granblue Fantasy: Relink –  Gameplay, Naratif & Watak Utama!

Granblue Fantasy: Relink - Gameplay, Naratif & Watak Utama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd