Anda minat Godzilla? Rata-rata ramai juga peminat yang menyukai kaiju hebat ini. Dalam sesi unboxing kali ini, kami akan perkenalkan kepada anda salah satu S.H.MonterArts Godzilla iaitu Godzilla Ultima! Nama pun sudah gempak, jadi jom kita lihat rupa figura ini.
Daripada siri anime televisyen “Godzilla Singular Point,” bentuk ketiga Godzilla, Godzilla Ultima, menyertai S.H.Figuarts! Diawasi oleh pereka kaiju Singular Point, Eiji Yamamori, dan diukir oleh Kenji Ando yang terkenal, ia dengan setia mereplikasi gradasi warna tersendiri pada sirip, dada dan lengan.
Ekor bersaiz gergasi ini mempunyai ukuran sepanjang 440mm, memberikan kehadiran yang mengagumkan! Saiz keseluruhan figura ini adalah 165 mm dan dihasilkan dengan bahan ABS dan PVC yang banyak digunakan untuk penghasilan patung figura.
Mulut Godzilla Ultima ini juga boleh dibuka dan ditutup untuk meniru pernafasan api oleh kaiju tersebut.
Patung mini Jet Jaguar dan Jet Jaguar Z yang tidak diwarnakan juga akan menyertai koleksi kaiju anda!
Figura kaiju ini telah dilancarkan pada November 2021 dengan harga sekitar RM 640 – RM 1000. Kalau anda bernasib baik, dapatlah jumpa Godzilla yang murah. Kalau anda ingin melihat unboxing lain daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Tamashii Nations
@gamersantaimy
Discussion about this post