Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Unboxing] Monster Hunter Rise: Sunbreak – “Metallic Red Rare Amiibo”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 4, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Review, Steam, Unboxing
0 0
0
[Unboxing] Monster Hunter Rise: Sunbreak – “Metallic Red Rare Amiibo”
Share on FacebookShare on Twitter

Para gamer Nintendo Switch kini dapat menggunakan amiibo terbaru Monster Hunter Rise Sunbreak selepas pelancaran game ini pada 30 Jun 2022 lalu. Ini bukan sahaja tambahan yang baik kepada mereka yang gemar mengumpul amiibo, malah ia juga menawarkan beberapa bonus in-game pada masa yang sama.

Rupa Amiibo biasa

Bonus utama yang kita akan dapat daripada setiap Amiibo ialah set Layered Armour baharu. Buat mereka yang tidak tahu apakah fungsi Layered Armour dalam Monster Hunter, ia sepenuhnya adalah perisai kosmetik yang hanya menggantikan rupa pakaian tetapi bukan statistik kepada set sedia ada anda.

Kembali ke topik asal, terdapat tiga amiibo Monster Hunter Rise: Sunbreak yang dikeluarkan di mana ia akan unlock beberapa Layered Armor istimewa yang boleh dipakai oleh para Hunter dan rakan haiwan masing-masing.

Dalam artikel ini, kita akan unboxing setiap amiibo Monster Hunter Rise: Sunbreak ini tetapi apa yang lebih istimewa adalah ia datang dalam bentuk varian “Metallic Red” yang hanya boleh didapati di Jepun sahaja. Terima kasih Capcom!

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah unboxing kami untuk Monster Hunter Rise: Sunbreak – Metallic Red Rare Amiibo.

Malzeno amiibo

Daripada apa yang saya lihat, Malzeno adalah salah satu amiibo paling tinggi yang pernah dikeluarkan oleh Nintendo setakat ini. Dengan “pose” yang mengancam, ditambah lagi dengan tekstur terperinci pada semua bahagian, Malzeno adalah antara amiibo paling menonjol dalam siri. Jika korang seorang pengumpul tegar amiibo, jangan terlepas figura ini.

Apabila diimbas, amiibo ini akan unlock set layered armor khas Malzeno untuk Hunter lelaki dan wanita.

Felyne Malzeno Palico amiibo

Amiibo ini menunjukkan Palico dalam perisai Malzeno seperti kesatria sambil memegang pedang dalam pose yang penuh keberanian. Garang tapi bergaya!

Apabila diimbas, ia akan unlock layered armor khas yang memberikan topi atas dan jubah mewah kepada Palico kesayangan.

Canyne Malzeno Palamute amiibo

Amiibo ini menunjukkan Palamute dalam perisai Malzeno yang berat. Bahagian paling menarik adalah di bahagian kaki di mana kita dapat melihat sayap Malzeno di sisi.

Apabila diimbas, ia akan unlock layered armour khas yang memberikan pakaian hitam dan juga jubah mewah kepada Palamute.

Apa yang menarik tentang varian “Metallic Red?”

Asalnya didedahkan oleh akaun Twitter rasmi Monster Hunter Rise JP, amiibo ini hanya eksklusif di Jepun sahaja sebagai promosi kempen peringatan untuk berpuluh-puluh orang sahaja (jumlah tepat saya tidak pasti). Jadi varian ini terbukti sangat-sangat rare.

「体験版」配信キャンペーン実施中!
【フォロー&対象ツイートをRTで参加可能】

RT対象ツイートをRTした方の中から、特別カラーamiibo(メタリックレッド)3種の中から1つを抽選で10名様にプレゼント!

RT対象ツイートはこちら⇒https://t.co/rgWr6qXkMm#モンハンライズ #MHサンブレイク pic.twitter.com/EfJLPgR7GH

— モンスターハンターライズ:サンブレイク公式 (@MH_Rise_JP) June 25, 2022

Walau bagaimanapun, varian normal untuk Amiibo di atas masih tersedia dan boleh dibeli secara berasingan. Jika korang membeli varian Collector’s Edition untuk Monster Hunter Rise: Sunbreak, korang akan automatik memperoleh amiibo Malzeno.

Itu sahaja untuk unboxing ini – untuk baca segala liputan kami tentang Monster Hunter Rise: Sunbreak, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Tags: AmiiboMetallic Red Rare AmiiboMonster Hunter Rise: SunbreakUnboxing
Previous Post

The DioField Chronicle dilancarkan pada 22 September 2022 di semua konsol dan PC

Next Post

Pandangan pertama anime Trigun Stampede, rupa protagonis tukar 100%

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Pandangan pertama anime Trigun Stampede, rupa protagonis tukar 100%

Pandangan pertama anime Trigun Stampede, rupa protagonis tukar 100%

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd