‘Go Go Power Rangers” ~ Lagu itu masih berkumandang itu dalam kepala saya sehingga hari ini walaupun dewasa, jadi bayangkan betapa terujanya kami di Gamer Santai apabila mendapat peluang untuk membuat unboxing bagi figura White Ranger (Mighty Morphin Power Rangers) oleh threezero. Figura ini khas diberi oleh kawan-kawan kami dari Gamer Break, jadi jangan lupa untuk lawat laman web mereka menggunakan pautan yang saya sediakan di hujung artikel.
Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan unboxing Mighty Morphin Power Rangers: White Ranger ini!
Hasbro dan threezero bekerjasama sekali lagi untuk mencipta satu lagi figura berskala Mighty Morphin Power Rangers 1:6 . Sebelum ini, mereka telah menghasilkan figura bagi setiap Power Rangers Mighty Morphin termasuk Green Ranger, tetapi kali ini kita akan dapat sesuatu yang lebih unik.
Sebagai evolusi kepada Green Ranger original, White Ranger mengambil peranan sebagai ketua kepada seluruh pasukan dan dianggap oleh orang ramai sebagai salah satu Power Ranger terhebat sepanjang zaman. Dengan ketinggian kira-kira 30 cm (sekitar 12 inci), figura ini boleh membuat pelbagai pose kerana mempunyai sebanyak 34 sendi yang boleh digerakkan.
Kebanyakan figura mempunyai kekurangan di mana bahagian yang boleh bergerak (bahagian artikulasi) terdedah dan mengurangkan kesan realisme. Tetapi figura ini memang dibuat dengan sangat cantik di mana pakaian fabrik telah dibuat khusus bagi menyembunyikan titik sendi tersebut dan menjadikan penampilan keseluruhan lebih menakjubkan. Bukan itu sahaja, fabrik ini juga memberikan rupa yang berkilat seperti yang kita lihat di dalam TV.
Selain pakaiannya, White Ranger tidak akan lengkap tanpa pedang uniknya yang bernama Saba! Sama seperti aksesori-aksesori lain, pedang tersebut juga dibuat secara terperinci dan memberi rupa yang lebih lengkap. Satu lagi penambahn kecil tetapi menarik adalah pedang Saba siap boleh disimpan dalam sarung tali pinggang White Ranger. Perghhh, memang bergaya habis~
Berikut adalah isi kandungan untuk figura White Ranger oleh threezero:
Kostum
- Satu topi keledar Mighty Morphin
- Satu baju perisai
- Sepasang pendakap lengan
- Satu pakaian fabrik
- Satu ‘utility belt’
- Satu sarung pedang
- Sepasang but
Aksesori
- Satu pedang Saba
- Tiga pasang tangan yang boleh ditukar: Sepasang penumbuk, Sepasang yang sedang santai, sepasang untuk memegang pedang
Bagi mereka yang berminat, figura White Ranger kini tersedia pada nilai harga RM 528 dan boleh dibeli di SINI. Untuk mainan atau figura lain, Gamer Break juga menawarkan pelbagai lagi produk dari francais anime, komik dan juga game Nintendo Switch serta PlayStation – korang hanya perlu lawat laman web rasmi untuk melihat senarai penuh.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menambahkan figura White Ranger ini pada koleksi Mighty Morphin Power Rangers anda!
@gamersantaimy
Discussion about this post