Tidak banyak “Collector’s Edition” yang mampu membawa anda terus ke dalam dunia permainan, tetapi Media Kit Metaphor: ReFantazio melakukannya dengan penuh gaya dan keunikan.
Ia lebih daripada sekadar kotak barangan biasa—ia adalah sebuah peti harta karun yang menjadi portal ke United Kingdom of Euchronia, dunia penuh keajaiban, politik, dan pengembaraan epik.
Dari saat kita membuka kit ini, jelas bahawa setiap perinciannya direka dengan begitu teliti untuk membawa peminat lebih dekat dengan dunia permainan. Mari kita lihat lebih dekat mengapa media kit ini benar-benar istimewa.
Media kit ini disimpan dalam sebuah peti yang seolah-olah diambil terus dari cerita game. Rekaan kayu yang sudah berusia dengan hiasan tembaga memberikan sentuhan antik, manakala kunci hiasannya menambah elemen dramatik pada proses pembukaan.
Ini bukan sekadar pembungkusan, tetapi juga menetapkan suasana untuk pengalaman yang menakjubkan.
Buku Fantasi dan juga Casing
Di dalam peti, terdapat sebuah buku tebal dengan rekaan rumit. Namun, ini bukan sekadar buku biasa—ia adalah kotak penyimpanan game Metaphor: ReFantazio. Halaman yang berlubang membawa tema fantasi dengan reka bentuk fizikal yang kreatif.
Beg Kulit Bergaya milik Protagonis
Beg kulit (beg sama yang dimiliki sang protagonis) berwarna biru dan coklat ini dihiasi bingkai logam emas serta tali bahu boleh laras. Item praktikal ini bukan sahaja cantik tetapi juga mencerminkan gaya yang sinonim dengan dunia fantasi permainan.
“Pouch“ Autentik
Pouch kelabu muda dengan tali kulit kuning ini menonjolkan gaya zaman pertengahan, menyerupai dompet syiling klasik. Walaupun kecil, ia memperkayakan tema keseluruhan kit ini. Malah, kita pun boleh juga simpan duit syiling sebenar di dalam.
Loket Hiasan
Loket berbingkai emas dengan ilustrasi “putera tanpa nama” melambangkan kesetiaan dan hubungan—tema penting dalam permainan. Reka bentuknya menjadikannya lebih daripada sekadar hiasan, tetapi juga artefak dengan makna naratif, memandangan putera itu mewakili bahagian penting dalam game dan juga teman rapat kepada protagonis.
Keychain Gallica
Keychain ini memaparkan Gallica, sahabat pari-pari protagonis. Boleh dianggap sebagai maskot di dalam game, watak ini sesuai menjadi koleksi yang boleh dipadankan di mana-mana beg atau barang berharga.
Pelekat Bounty
Pelekat ini diinspirasikan oleh misi sampingan dalam game, yang memaparkan cabaran memburu raksasa unik. Setiap pelekat mencerminkan raksasa unik, menjadikannya elemen menarik untuk dipamerkan.
Pelekat “Royal Candidate“
Satu set pelekat yang menggambarkan 15 peserta Royal Tournament, setiap satunya menunjukkan personaliti unik watak-watak yang bertanding. Sama seperti pelekat Bounty, set ini memberi pandangan untik tentang dunia permainan yang penuh dengan watak pelik dan aneh.
Peta Dunia Euchronia
Sebagai ciri wajib setiap dunia fantasi, peta ini memaparkan tiga wilayah utama—Kingdom of Euchronia, Principality of Oceana, dan Principality of Montario. Peta ini bukan sahaja cantik tetapi juga penting untuk meneroka dunia luas permainan atau digantung di bilik anda.
Light Stand Berbingkai
Lampu ini menerangi seni visual permainan, dengan bingkai kayu elegan yang menjadikannya item koleksi yang menawan dan berfungsi.
T-Shirt Bertema
T-shirt dengan rekaan grafik dramatik yang diinspirasikan oleh adegan utama di awal game ini. Peminat boleh menunjukkan kecintaan mereka terhadap Metaphor: ReFantazio dengan penuh bangga.
Media Kit Metaphor: ReFantazio adalah sebuah kejayaan dari segi reka bentuk dan penceritaan. Setiap elemen dalam kit ini mencerminkan kekayaan kisah dan visi artistik dalam game. Ia lebih daripada sekadar koleksi; ia adalah pengalaman lengkap.
Dari detik membukanya, kami terasa seperti melangkah ke dalam dunia Euchronia. Ia adalah pintu kepada pengembaraan, bukan sekadar memorabilia.
Jika berminat, anda boleh dapatkan Metaphor: ReFantazio sekarang di Xbox Series X|S, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, dan Steam!
Dibuat oleh Studio Zero milik ATLUS, pencipta kreatif di sebalik Persona 3, Persona 4, dan Persona 5, game ini terjual sebanyak satu juta salinan pada hari pelancaran di semua platform dan menerima pujian meluas.
Maklumat lanjut di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post