Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Unboxing] Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles, Nintendo Switch Limited Edition

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 6, 2022
in Action, Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Unboxing, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Unboxing] Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles, Nintendo Switch Limited Edition
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC, game Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles akhirnya tiba di platform Nintendo Switch pada bulan lepas dan apa yang lebih menggembirakan adalah Sega dengan baik hati menghantar salinan Nintendo Switch Limited Edition bagi game tersebut.

Jadi apa yang istimewa tentang Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles Limited Edition? Meh usya dalam unboxing ini!

Kami membuka pakej edisi terhad ini yang merangkumi casing, game itu sendiri dan “Figurine Device Stand” original.

Kotak luar adalah idaman para pengumpul atau peminat Demon Slayer dan menampilkan seni utama bagi Hinokami Chronicles yang dicetak di bahagian hadapan manakala semua “playable character” (watak yang boleh dimainkan) termasuk iblis dan para demon slayer berada di belakang.

Kotak itu dilindungi oleh sarung kadbod yang apabila ditanggalkan, akan menampakkan seni utama permainan yang lebih berkualiti tinggi dikelilingi oleh bingkai berwarna merah tua. Ia memberikan rupa yang agak premium dan pasti kelihatan cantik apabila disusun dengan koleksi lain.

Akhir sekali, kami mempunyai tarikan utama untuk Limited Edition iaitu “Figurine Device Stand” original.

Di sini kita mempunyai tiga watak utama, Tanjiro, Zenitsu dan Inosuke daripada siri, yang nampaknya sedang berlari dengan gembira. Di belakang watak-wataka ini adalah sebuah pokok yang penuh dengan “daun dan bunga mekar” berwarna ungu. Pokok itu berfungsi sebagai tempat/stand untuk meletakkan Nintendo Switch kita.

Figura-figura ini mempunyai gaya seni yang lebih ke arah chibi (kecil comel) tetapi reka bentuk masih kekal terperinci. Stand ini mempunyai pelbagai fungsi dan boleh digunakan untuk memegang Switch, apa-apa jenis controller atau telefon pintar anda. Tapak pun terasa kukuh, jadi korang tidak perlu risau jika barang jatuh.

Itu sahaja untuk unboxing ringkas kami bagi Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles versi Nintendo Switch Limited Edition. Isinya yang premium dan comel pasti akan menjadi tambahan yang sesuai untuk mana-mana koleksi Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Jika korang adalah peminat tegar, jangan terlepas peluang!

Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles Versi Nintendo Switch kini tersedia dalam Standard Edition dan Limited Edition. Selain itu, ia juga tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.

Untuk segala liputan kami tentang siri Demon Slayer termasuk review lengkap untuk game di atas, korang boleh baca di sini.

Lihat di sini
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan
Publisher: Aniplex
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Dalam Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hinokami Keppuutan, anda dapat mengalami semula kisah Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dalam "Solo Play Mode", dan bertarung sebagai watak-watak yang muncul dalam anime di Versus Mode, termasuk Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, dan banyak lagi.  
Tags: Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami ChroniclesLimited Editionnintendo switchUnboxing
Previous Post

Game action RPG, Valkyrie Elysium akan dilancarkan untuk PlayStation dan PC pada 2022!

Next Post

Yakuza 0, Kiwami & Kiwami 2 kembali dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Yakuza 0, Kiwami & Kiwami 2 kembali dalam  Xbox Game Pass bulan Julai 2022!

Yakuza 0, Kiwami & Kiwami 2 kembali dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd