Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin telah pun dilancarkan secara rasmi bermula hari ini! Siri spin-off dari Monster Hunter ini telah dibangunkan oleh Capcom dan kita sudah melihat banyak maklumat sebelum ia dilancarkan serta semasa acara E3 2021 lalu. Disebabkan terlalu teruja dengan game ini, jadi kami telah mendapatkan set Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin Collector’s Edition! Tanpa membuang masa, jom tengok apa yang ada dalam set koleksi ini!
Kotak bungkusan
Pakej ini datang dalam sebuah kotak yang dihiasi dengan gambar key visual rasmi Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin, yang menunjukkan watak dan Monster utama dalam game, iaitu Red dan Rathalos. Kotak pakej sahaja dah menarik perhatian kita, belum lagi kita tengok apa yang ada di dalam isinya.
Pouch Nintendo Switch tema Monster Hunter Stories 2
Benda pertama sekali yang keluar dari kotak ini adalah pouch untuk menyimpan Nintendo Switch anda berwarna hitam dengan logo game di luar permukaannya. Pouch ini didatangkan bersama dua tali dengan panjang yang berbeza untuk memudahkan fungsi “three way”.
Butang badge Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin
Koleksi ini juga didatangkan dengan tiga butang badge berbentuk seperti gambar dari kamera segera. Setiap butang badge ini menampilkan gambar watak-watak seperti Avinia (Ayuria untuk versi Jepun), Ena dan Kyle. Menarik tentang butang badge ini ialah ia mempunyai autograf nama setiap watak seolah-olah mereka yang menandatanganinya sendiri.
Set Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin Collector’s Edition turut didatangkan dengan acrylic stand yang menampilkan 11 watak penting dalam game. Acrylic stand ini boleh diletakkan pada meja gaming anda sebagai hiasan. Kawan-kawan yang datang ke bilik anda pasti akan cemburu melihat item ini.
Game fizikal untuk Nintendo Switch
Tidak lengkaplah koleksi anda kalau tidak ada bentuk fizikal game ini sendiri. Kini anda boleh memulakan pengembaraan bersama Monstie di Nintendo Switch!
Poster Red dan Rathalos
Akhir sekali, dalam kotak koleksi ini turut mengandungi poster key art game untuk dihiaskan pada dinding bilik. Barulah lebih semangat nak main game nanti!
Itu sahaja kandungan yang ada dalam bungkusan Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin Collector’s Edition. Item-item ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan untuk ruang gaming anda, dan menunjukkan semangat sebagai peminat siri Monster Hunter.
Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin telah pun dilancarkan hari ini untuk Switch dan PC. Anda boleh memulakan pengembaraan baru yang hebat di dunia Monster Hunter bersama Monstie kesayangan! Nantikan ulasan kami mengenai game ini akan datang tidak lama lagi. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post