Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ultraman Teo – Ultra Ke-36 Dalam Francais Tampil Dengan Rekaan Serba Biru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Tokusatsu
0 0
0
Ultraman Teo – Ultra Ke-36 Dalam Francais Tampil Dengan Rekaan Serba Biru!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Tsuburaya Productions telah mendedahkan wira terbaru dalam francais ikonik mereka, iaitu Ultraman Teo. Sebagai wira yang ke-36 dalam sejarah panjang Ultraman, siri ini akan ditayangkan bermula pada 4 Julai 2026.

Selain itu, Tsuburaya juga mengesahkan bahawa siri ini tidak hanya terhad untuk pasaran Jepun, malah akan disiarkan ke seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Kisah Ultraman Teo bermula jauh di luar sistem suria, di sebuah tempat yang dikenali sebagai Planet H12 (disebut “H-One-Two”). Walaupun planet tersebut digambarkan sangat mirip dengan Bumi, nasibnya berakhir dengan tragis selepas musnah dikerjakan oleh serangan sekumpulan kaiju angkasa ganas.

Teo merupakan satu-satunya makhluk yang berjaya menyelamatkan diri daripada kepupusan planet itu. Demi mencari perlindungan dan memulakan hidup baharu, dia melarikan diri ke Bumi dan cuba menyesuaikan diri dengan suasana di sini yang jauh lebih tenang.

Sepanjang berada di Bumi, Teo menyamar sebagai seorang manusia bernama Ibuki Mitsuishi. Dia merupakan pelajar tahun ketiga dalam bidang perubatan veterinar di Universiti Meishin. Berbeza dengan protagonis Ultraman sebelum ini yang selalunya menganggotai unit tentera elit, Ibuki memilih jalan hidup yang lebih damai.

Walau bagaimanapun, keamanan yang diinginkan Ibuki tidak kekal lama. Ancaman raksasa yang pernah memusnahkan Planet H12 kini tiba-tiba muncul di Bumi. Ini memaksa Ibuki untuk membuat pilihan besar… di mana rasa tanggungjawab untuk melindungi rumah baharunya akhirnya mengatasi ketakutan yang bersarang di hati.

Saat itulah, dia bangkit dan bertukar menjadi “gergasi cahaya biru”. Penampilan ini merupakan satu kelainan visual, memandangkan reka bentuk tradisional Ultraman sebelum ini lebih sinonim dengan warna merah dan perak.

Tags: Ultraman Teo
ShareTweetSend
Previous Post

Beast of Reincarnation – Boleh Pra-Tempah Sekarang, Pelbagai Ganjaran Eksklusif!

Next Post

Reviu Diablo IV: Lord of Hatred – Penutup Sempurna Untuk Saga Mephisto!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Reviu Diablo IV: Lord of Hatred – Penutup Sempurna Untuk Saga Mephisto!

Reviu Diablo IV: Lord of Hatred - Penutup Sempurna Untuk Saga Mephisto!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd