Blizzard bakal menamatkan saga “Age of Hatred”, dan cara mereka melakukannya cukup epik. Diablo IV: Lord of Hatred membawa pemain ke Skovos… sebuah kawasan mitos yang dikawal oleh kaum Amazon untuk pertarungan terakhir menentang Mephisto.

Akan dilancarkan pada 28 April 2026, expansion besar kedua ini bukan sekadar menutup jalan cerita; ia juga merombak keseluruhan sistem gameplay utama dari atas ke bawah. Daripada skill tree yang direka semula hinggalah kepada struktur endgame serba baharu, Lord of Hatred mewakili Diablo IV pada tahap paling “lengkap”.
Berikut adalah ulasan kami.
Pakatan Terdesak Dengan Lilith & Penamat Kisah Mephisto

Lord of Hatred berfungsi sebagai penamat kepada saga “Age of Hatred” yang bermula dari game asas. Menyambung terus selepas expansion Vessel of Hatred, kempen ini mebawa Wanderer (watak ciptaan kita) ke pertarungan akhir menentang Mephisto.
Sebagai Lord of Hatred, salah satu daripada tiga “Prime Evils” dan abang sulung kepada Diablo dan Baal, Mephisto sedang memutarbelitkan Sanctuary menjadi mimpi ngeri.

Tentera Hell mencurah masuk, dan apabila Mephisto semakin hampir merampas kuasa dari Pools of Creation, umat manusia berada di ambang kepupusan. Untuk menghalangnya, anda perlu bekerjasama dengan Lilith yang telah dihidupkan semula.
Ternyata ramalan terakhirnya sebelum mati memang benar, lantas membawa kepada satu pakatan yang dibina semata-mata atas dasar kelangsungan hidup dan bukannya kepercayaan.

Ini adalah perlumbaan masa untuk menghalang Mephisto daripada mengubah dunia buat selama-lamanya. Kami tidak akan memberi terlalu banyak spoiler, tetapi jalan ceritanya benar-benar diakhiri dengan sangat baik.
Tiada cliffhanger mengecewakan; hanya cerita yang penuh dengan kejutan, pengorbanan, dan detik-detik yang sangat beremosi. Plot kali ini juga memberikan tumpuan kepada Lorath.

Seperti yang dinyatakan oleh Penolong Pengarah Pengeluaran Barry Morales melalui “sesi Ask Me Anything”: walaupun francais sering bergantung pada kumpulan Horadric dan Tyrael untuk mengikat naratif lore, Lorath akhirnya mendapat perkembangan watak yang sangat peribadi di sini.
Sebagai mentor dan panduan kita sejak bermulanya Diablo IV, perjalanannya dalam expansion ini membongkar sejarah silamnya… termasuk hubungannya dengan Neyrelle dan Ratu Amazon, Adreona. (Bagi peminat lore, Morales mengesyorkan agar membaca bahan sampingan Lost Horadrim untuk benar-benar menghayati kisah silamnya!)
Menjelajah Skovos, Tanah Air Amazon

Kali ini, kita akan menuju ke Skovos. Ia merupakan kawasan paling purba dan legenda di Sanctuary, serta tempat lahirnya tamadun pertama dunia dari era Nephalem. Inarius dan Lilith pernah merayau di sini suatu ketika dahulu, dan lama selepas peristiwa Purge, bangsa Askari membina empayar mereka di atas asasnya.
Walaupun menghadapi peperangan dan pencerobohan tanpa henti selama berabad-abad, Skovos tidak pernah tumbang, sebahagian besarnya berkat pelindung mereka yang ganas: para Amazon.

Secara visual, ia memukau. Anda akan meneroka kawasan pantai, hutan yang dibadai ribut, dan runtuhan purba. Apa yang mengejutkan saya ialah betapa terang dan meriahnya warna di Skovos. Ini benar-benar satu kelainan berbanding kawasan paya dan padang pasir suram yang sering kita lalui dalam dunia Diablo IV.
Walau bagaimanapun, apabila melangkah masuk ke Corrupted Zone, warna ceria tersebut akan pudar, mengembalikan suasana suram klasik Diablo yang kita kenali.

Runut bunyi juga memainkan peranan besar. Komposer Kanan Ted Reedy menyebut bahawa walaupun muzik game asas sengaja dibiarkan terasa terbuka dan sebagai contoh awal, Lord of Hatred memerlukan sesuatu yang lebih gah. Memandangkan risikonya sangat tinggi, muzik perlu sepadan dengan intensiti emosi tersebut.
Memandangkan Skovos adalah tempat lahir umat manusia, tema muziknya berpusat sekitar konsep “Firstborns”. Pasukan muzik turut membawa masuk dua vokalis berbeza untuk mewakili dua Ratu Skovos yang memerintah (Oracle dan Amazon).

Apabila menggabungkan vokal tersebut dengan orkestra penuh, koir, dan instrumen budaya seperti lyre, aulos, dan biola elektrik, anda mendapat ‘soundscape’ yang gah, unik, dan sesuai dengan skala ceritanya.
Pertahanan Kebal Paladin vs Tentera Iblis Warlock

Memandangkan Skovos ialah tanah air bagi kaum Amazon, anda mungkin tertanya-tanya mengapa pembangun memberikan kelas Warlock berbanding Amazon. Penolong Pengarah Game Zaven Haroutunian menjelaskan bahawa semuanya bergantung kepada sinergi tema.
Kelas Paladin dan Warlock bertindak ibarat dua sisi syiling yang sama; Angel dan Demon. Bersama, mereka mencerminkan Eternal Conflict yang memacu dunia Diablo serta plot expansion ini.
Tambahan pula, dengan adanya Paladin yang memenuhi elemen nostalgia, pasukan tersebut benar-benar ingin menawarkan playstyle serba baharu untuk dicuba oleh pemain.

Apabila ditanya sama ada mengetepikan kelas Amazon terasa seperti satu peluang yang disia-siakan memandangkan lokasinya di Skovos, Haroutunian tidak bimbang. Beliau menyatakan bahawa Paladin ialah kelas yang paling banyak diminta oleh komuniti, dan bersama Warlock, kedua-duanya lebih menepati matlamat reka bentuk utama game ini.
Yang paling penting, beliau menjelaskan bahawa pintu belum tertutup untuk kelas Amazon pada masa akan datang. Hakikat bahawa kita meneroka satu kawasan sekarang tidak bermakna kita tidak akan melihat kelas yang dikaitkan dengannya dalam kemas kini masa hadapan.
Paladin

Paladin kembali dari Diablo II dan hadir bersama pelancaran Lord of Hatred (namun jika membuat pra-tempahan, anda boleh bermain kelas ini lebih awal dalam game asas). Seperti yang dijangkakan, kelas ini menggabungkan perisai dan senjata berat dengan “holy magic”.
Anda akan melancarkan aura berkuasa, menyeru senjata ethereal untuk menghancurkan iblis, dan bertindak sebagai Tank yang hampir mustahil dibunuh. Setelah mencuba Paladin semasa Season 12, saya boleh sahkan ia berada di tahap S-tier. Kelas ini sangat kuat untuk speed farming, menjadikan proses grinding pantas dan lancar.
Warlock

Sebaliknya, kita mempunyai Warlock. Pengguna magic berasaskan Willpower ini menarik keluar iblis dari Hell untuk mematuhi arahan mereka. Oleh sebab mereka menggunakan ilmu demonology, magic api, dan shadow, ini adalah kelas yang lebih kompleks untuk dikawal berbanding Paladin.

Anda perlu menguruskan dua sumber utama: Wrath (untuk melancarkan spell) dan Dominance (untuk menyeru minion anda). Kitaran gameplay sangat memfokuskan kepada combo. Anda akan sentiasa menyeru iblis, memberi buff kepada mereka, dan kemudian mengorbankan atau meletupkan mereka untuk menguatkan serangan seterusnya.
Ultimate Warlock pulah membolehkan anda berubah menjadi iblis buat sementara.

Salah satu ciri paling menarik ialah sistem ‘Soul Shard’, yang membolehkan pemain mengikat rakan iblis kekal berdasarkan build; contohnya, sentiasa mempunyai iblis Abodian jika anda banyak memfokuskan pada Hellfire.

Haroutunian menyatakan bahawa walaupun Warlock ini berkongsi akar cerita yang sama dengan versi dahulu, pasukannya tidak hanya menyalin seratus peratus atau sengaja mengelak apa yang telah ada. Mereka cuma mahu membina versi Warlock yang terbaik untuk Diablo IV.
Jika anda ingin mencubanya, Penolong Pengarah Reka Bentuk Game Colin Finer mengesyorkan agar bermula dengan build Demonology. Dengan menggabungkan skill Demonology bersama “Ae’grom” (iblis Legion Soul Shard), anda boleh membanjiri skrin dengan gelombang iblis tanpa henti.
Setelah memberi buff kepada tentera yang berkerumun itu dengan skill seperti Command Fallen dan Bombardment, lalu menggunakan ultimate Fiend of Abaddon, kelas ini hampir mustahil untuk dihalang.
Perubahan Sistem Utama & Tahap Kesukaran Baharu

Walaupun tidak membeli expansion ini, Lord of Hatred membawa rombakan sistem besar-besaran kepada kesemua lapan kelas.
‘Level cap’ telah dinaikkan, kawasan endgame kini merangkumi sehingga tahap Torment 12 (yang anda boleh buka dengan menyelesaikan tahap Pit tertentu), dan ‘skill tree’ untuk semua kelas telah direka semula sepenuhnya.
The Pit juga ditambah baik dengan persekitaran baharu, boss tambahan, lebih banyak raksasa, serta ‘rare encounter’ yang lebih menguntungkan. Tambahan pula, kita mendapat sistem Talisman untuk mendapatkan bonus ala-set, dan sistem crafting baharu yang diinspirasikan oleh Horadric Cube.
Rombakan Penuh Skill Tree Bagi Setiap Kelas

Mari kita bincang tentang ‘skill tree’, kerana ini merupakan perubahan terbesar. Blizzard telah membuang nod stat biasa dan menggantikannya dengan nod khusus yang mengubah dan menguatkan skil tertentu secara langsung. Hasilnya ialah sistem yang jauh lebih terbuka dan fleksibel.
Jika ingin bermain sebagai Hellfire Warlock, anda kini boleh menukar hampir semua ‘core skill’ untuk dipadankan dengan elemen damage tersebut tanpa dihalang oleh skil yang tidak sepadan.

Kebebasan ini terpakai untuk semua kelas; Druid boleh memfokuskan sepenuhnya pada gaya Werewolf, Werebear, atau Human, manakala Barbarian pula boleh mencuba build ‘summoner’.
War Plans

“War Plans” ialah tarikan terbaharu. Ia membolehkan pemain menyusun sesi grinding sendiri dengan menetapkan hingga lima aktiviti dalam apa jua susunan… seperti The Pit, Infernal Horde, Helltide, Nightmare Dungeon, Lair Boss, dan Kurast Undercity.
Anda boleh meletakkan modifier pada aktiviti-aktiviti ini untuk mengubah jenis musuh, mekanik, dan ganjaran.

Sebaik sahaja War Plan ditetapkan, anda hanya perlu teleport terus dari peta ke objektif. Selepas menyelesaikannya, ia akan memajukan ‘War Plans progression tree’, yang mana anda boleh mendapat nod skill, ganjaran, dan kawalan penuh terhadap pengalaman endgame.
Colin Finer mengetengahkan War Plans sebagai satu kemenangan besar untuk pemain baharu dan juga veteran tegar, kerana ia akhirnya menjawab persoalan besar: “Apa yang patut saya buat hari ini?”. Daripada sesi cubaan, saya bersetuju.

Ia melancarkan proses grinding, menjadikannya mudah untuk masuk ke dalam game walau untuk masa singkat, namun masih ada kemajuan watak yang bermakna.
Perubahan Kuasa Item dan Horadric Cube

Horadric Cube kembali! Ia akan dibuka pada akhir kempen (anda akan menemuinya di Temis berhampiran Waypoint), dan Cube ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada nasib RNG semata-mata. Ia membolehkan pemain menambah ‘affix’, mengubah suai sifat item, dan mencipta gear yang jauh lebih baik.
Ini adalah alat yang wajib digunakan untuk endgame tahap tinggi dan bereksperimen dengan build baharu.

Sistem itemization secara keseluruhan juga telah berubah besar. Barang ‘Unique’ kini akan mempunyai roll stat rawak yang lebih tinggi, walaupun mujurlah, anda masih boleh reroll Unique Power mereka. Barang ‘Legendary’ juga membenarkan kita reroll stat, tetapi masih perlu bergantung kepada RNG untuk mendapat barang paling sempurna.

Sebaik sahaja mempunyai gear yang diinginkan, anda boleh menggunakan sistem ‘Transfigure’. Ia akan menambah dua ‘affixes’ pada barang ‘Mythic Unique’, atau satu affix pada barang Unique biasa atau Legendary. Namun ada syarat: sebaik sahaja menggunakannya, item itu akan terkunci selamanya.
Anda tidak boleh membuat perubahan lanjut, termasuk Tempering dan Masterworking. Fungsi lain seperti menaik taraf kepada Legendary dan proses crafting Rune juga wujud di bawah sistem kemajuan ini. Tambahan lagi, beberapa kuasa Mythic Unique telah diimbangi semula, di samping pelarasan pada Codex of Power.
Dengan segala perubahan ini, sesetengah pemain agak bimbang tentang membuang “rune” yang paling kuat, kerana takut ia menuarkan sistem Runeword sekadar menjadi peranan sokongan yang bosan.

Colin Finer menjelaskan hal ini dengan menyatakan bahawa mereka terpaksa menapis rune untuk membuang anomali melampau—sama ada rune yang langsung tidak berkesan atau terlalu kuat (OP) yang akhirnya membunuh variasi build.
Untuk mengimbangi penyingkiran ini, Horadric Cube memudahkan pemain memburu rune tertentu yang mereka perlukan. Memandang ke hadapan, rune akan kekal sebagai sistem yang sentiasa berkembang dengan Cube menjadi pusat utama untuk ekosistem item.
Sistem Charm & Talisman

Anda kini boleh meletakkan (socket) Charm terus ke dalam Talisman untuk mencetuskan efek khas. Jika berjaya memadankan kombinasi yang tepat, anda akan mengaktifkan bonus yang fungsinya seakan sama dengan set gear Diablo III, cumanya dengan lebih banyak fleksibiliti.

Yang paling best ialah ia tidak memakan ruang gear armor atau senjata sebenar. Jadi, jika anda terdesak nak cari duit, anda boleh pasang kombinasi charm yang meningkatkan kadar kutipan gold.
Echoing Hatred

Bagi golongan pemain hardcore, wujudnya Echoing Hatred. Ini merupakan satu aktiviti mencabar yang sangat rare, dicetuskan oleh item drop khas. Di dalamnya, anda berdepan musuh yang sentiasa berevolusi, di samping tahap kesukaran dan ganjaran yang meningkat mendadak.
Ia direka sebagai ujian ketahanan untuk build yang paling padu. Boleh dikatakan ia serupa dengan Vault (Greed Realm) dalam Diablo III, tetapi disambungkan pada sistem aktiviti yang lebih solid. Ia hanya boleh dicuba pada kesukaran Torment 1 atau lebih tinggi.
Portal Sightless Eye Disciple yang membawa pemain ke Echoing Hatred terletak di bahagian utara waypoint Temis. Untuk masuk, anda perlu dapatkan item “Trace of Echoes” yang dijatuhkan oleh musuh di Skovos.
Loot Filter

Akhirnya. Sistem ‘loot filter’ kini dimasukkan secara rasmi. Ini adalah satu peningkatan Quality-of-Life besar yang membolehkan pemain menonjolkan terus gear yang anda nak cari sambil menyorokkan/mengabaikan barangan lain yang tidak berguna.
Perubahan Penting dari VOH kepada LOH

Ada juga senarai panjang penyesuaian mekanikal antara Vessel of Hatred dan Lord of Hatred yang akan mengubah cara pemain menyusun build watak:
- Mekanik bagi Overpower, Resolve, dan Berserk telah dirombak secara asas.
- Anda kini boleh menggunakan sistem Temper pada gear Unique dan Mythic.
- Passive di dalam skill tree telah dibuang. Ini bermakna langkah untuk mengumpulkan Critical Hit Chance, Cooldown Reduction, dan Attack Speed kini menjadi lebih sukar. Secara asasnya, anda hanya akan bergantung kepada dua sumber untuk mendapatkannya: melalui gear atau Paragon Board.
- Senjata tidak lagi mempunyai stat khusus yang melekat pada jenis senjata (contohnya, Axe secara automatik memberi Damage Over Time). Selain ‘swing speed’, hampir semua jenis senjata kini berfungsi serupa antara satu sama lain.
- Affix jenis Damage Type Multiplier kini akan benar-benar meningkatkan hasil damage am.
- Meletakkan gem ke dalam senjata kini memberikan Damage Type Multiplier berbanding sebelum ini yang memberikan Critical Damage atau Vulnerable Damage.
- Senjata telah kehilangan stat peratusan “% chance for [Skill] to deal double damage”.
- Sebagai ganti, senjata telah mendapat stat baharu menerusi pilihan Temper iaitu Critical Hit Chance.
- Sebaik sahaja mencapai level 70, anda tidak lagi terpaksa meletakkan point ke dalam ‘primary skill’ semata-mata untuk membuka tier yang lebih tinggi pada skill tree.
- Banyak Legendary Aspect (termasuk beberapa Unique) telah diserap terus ke dalam skill tree baharu yang dirombak ini.
Pendapat
Diablo IV: Lord of Hatred merupakan satu rombakan gergasi yang benar-benar memberi nafas baharu ke dalam game ini, membawanya lebih dekat kepada pengalaman Diablo tulen yang didambakan pemain.
Reka bentuk skill tree baharu menjadikan build sangat fleksibel, memastikan pemain tidak kerugian hanya kerana ingin mencuba gaya mainan off-meta. Laluan kemajuan juga lebih seronok untuk dikejar kini dengan pelbagai randomized stat pada item unique.

Satu-satunya kelemahan ketara ialah pengecilan/kekangan stat. Disebabkan status-status terpenting seperti critical strike chance telah dibuang keluar dari skill tree, anda terpaksa bergantung sepenuhnya pada gear dan Paragon untuk mendapatkannya.
Keadaan ini memaksa kita terpaksa membuat pelbagai kompromi ketika melakukan rolling untuk item affix.

Dari segi cerita, memang memuaskan. Ia menyatukan penceritaan dunia tanpa meninggalkan persoalan tergantung yang meleret-leret.
Dengan menggabungkan inovasi terbaik daripada patch sebelum ini serta tambahan ciri baharu seperti War Plans bagi melancarkan proses grinding, ini sudah pasti merupakan masa paling tepat untuk bermain Diablo IV… tidak kira sama ada anda pemain yang baru bermula atau veteran yang kembali main.

Persoalannya, apakah yang seterusnya? Penghujung Lord of Hatred benar-benar terasa seperti satu pengakhiran.
Apabila ditanya sama ada saga “Age of Hatred” telah tamat sepenuhnya dan adakah fokus nanti akan beralih kepada penjahat baharu, Barry Morales menjelaskan bahawa istilah “penamat” agak sukar diguna pakai dalam dunia Diablo—lagipun siri ini telah berulang kali melawan musuh-musuh Prime Evils.

Sungguhpun begitu, beliau mengesahkan plot expansion DLC ini sememangnya disasarkan untuk menjadi penamat bagi pengembaraan pemain terhadap Mephisto, sekaligus menyimpulkan naratif yang bermula daripada Vessel of Hatred lalu bertembung secara terus dengan Mephisto di dalam Lord of Hatred.
Expansion ini tersedia untuk PC (Battle.net dan Steam), PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta konsol generasi dahulu pada 28 April 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
The Review
Diablo IV: Lord of Hatred
Lord of Hatred menyimpulkan saga Mephisto di Skovos dengan memperkenalkan kelas Warlock serta rombakan besar pada skill tree, struktur endgame (War Plans), dan sistem crafting (Horadric Cube). Bersama ciri loot filter dan penambahbaikan mekanik yang mantap, DLC ini menjadikan Diablo IV pengalaman terbaik buat pemain baharu mahupun veteran.
PROS
- Jalan cerita memberikan penamat yang muktamad dan sangat memuaskan untuk saga Age of Hatred, tiada cliffhanger yang meleret
- Skill tree yang dirombak sepenuhnya memberikan kebebasan untuk bereksperimen dan menjadi pakar bagi satu-satu playstyle
- Sistem War Plans menyelesaikan masalah lazim "Apa patut aku main harini?", mengukuhkan endgame dengan cukup cemerlang untuk pemain baharu dan juga otai
- Horadric Cube adalah satu tambahan bagus, memberi kawalan dalam proses penghasilan gear sendiri dan bukan lagi bergantung kepada takdir buta RNG semata-mata
- Sistem Loot Filter merupakan Quality-of-Life yang sudah lama dinanti-nantikan semua
CONS
- Barangan Unique kini di-roll dengan nilai stat yang terlalu rawak; walaupun kuasa Unique Power boleh di reroll, bebanan farming sistem RNG masih terlalu tebal
- Memindahkan stat paling penting seperti Critical strike chance keluar sepenuhnya daripada skill tree dan diletakkan ke gear memaksa pemain untuk banyak berkorban pada ruang item affix









Discussion about this post