Dengan grafik yang diilhamkan oleh anime dan wataknya yang unik, Guardian Tales boleh disamakan seperti pengembaraan anime yang membawa anda ke arah nostalgia. Dibangunkan oleh Kakao Games, Guardian Tales baru-baru ini dilancarkan secara global dan selepas menerima perhatian tinggi, kami memutuskan untuk mencuba Guardian Tales dan inilah ulasan saya.
Latar belakang
Plot permainan ini agak mudah untuk faham. Hero (iaitu anda) akan melawan kuasa jahat tetapi untuk mengimbangi jalan ceritanya yang linear, permainan mengambil cara yang lebih ringan dengan tidak meletakkan plot yang terlalu serius. Sepanjang cerita, terdapat pelbagai rujukan humor dan budaya pop di seluruh permainan yang menjadikannya lebih menarik dan menghiburkan.
Gameplay & kawalan
Gameplay yang terdapat dalam Guardian Tales mengingatkan saya kepada RPG lama seperti klasik GameBoy Legend of Zelda di mana anda melawan musuh serta menyelesaikan teka-teki untuk maju dalam jalan cerita.
Anda mempunyai susunan kawalan tipikal dengan d-pad di sebelah kiri skrin dan butang aksi penting (seperti Sprint, Attack & Weapon) di sebelah kanan. Sekiranya tidak menyukai sususan kawalan, anda boleh memilih untuk mengubah kedudukan kawalan melalui tetapan.
Secara keseluruhan, kawalan sangat mudah digunakan berkat susun atur UI yang ringkas dan rapi kerana elemen yang tidak perlu telah dibuang kerana hanya akan menganggu ruang skrin. Pertempuran juga sangat menyeronokkan berkat kawalan yang mudah dipelajari. Butang terasa sangat responsif dan pertempuran terasa agak “fast-paced” di mana anda mengeluarkan kombo bersama dengan visual yang menjadikan pertempuran seronok untuk bermain.
Estetika permainan
Seni utama Guardian Tales berkisar pada seni piksel. Secara peribadi, saya memang peminat seni piksel, dan yakin semua orang boleh bersetuju bahawa seni dalam permainan amat baik. Daripada watak-watak sprite dan latar belakang, hingga ke reka bentuk watak, Guardian Tales benar-benar menarik secara estetik dan menyerlahkan lagi daya tarikan yang sedia ada.
Reka bentuk peta & tahap (level design)
Bab-bab cerita yang disusun di peta permainan adalah jalan cerita progresif yang menampilkan peta misi utama dan juga peta misi sampingan. Ia dibuka dengan bercakap dengan NPC dalam peta misi utama.
Peta misi utama boleh dibahagikan kepada dua jenis, peta panjang dan peta pendek. Seperti namanya, peta panjang mempunyai waktu bermain yang lebih lama daripada segi ukuran saiz peta dan misi yang perlu dilakukan manakala kebanyakan peta pendek seperti “filler” dengan tujuan semata-mata untuk meneruskan cerita tanpa terus-menerus bertarung.
Jalan ceritanya memang linear kerana tidak ada cerita bercabang yang akan membawa anda ke penamat berbeza (tetapi ada sistem karma di mana saya akan menerangkan lebih lanjut kemudian) Walaupun linear, saya masih sarankan anda untuk memeriksa setiap perkara demi barang-barang tersembunyi yang mungkin anda terlepas.
Sistem Gacha
Permainan ini juga mempunyai sistem Gacha. Terdapat dua jenis Gacha: satu adalah Hero Summoning dan yang kedua ialah Equipment Summoning. Nilai untuk satu x1 Summon adalah 300 Gem dan nilai x10 Summon adalah 2700 Gem. Sebagai perbandingan harga, anda boleh mendapatkan Monthly Pack yang merangkumi 4000 Gem pada harga RM 63.00 atau Daily Pack yang merangkumi 200 Gem pada harga RM 4.20.
Tema umum sistem Gacha sangat unik. Dalam kebanyakan permainan, anda memanggil unit melalui portal/gerbang ajaib dari dimensi lain tetapi di Guardian Tales, anda memanggil unit melalui laman parodi Amazon yang digelar “Kamazon“. Setelah menandatangani pakej (perlu melukis sesuatu semasa adegan), unit anda akan datang dalam bentuk mainan kotak!
Selain itu, adakah kadar summoning bagus? Kadar SSR (watak 3 bintang) adalah 2%. Kadar SR (watak 2 bintang) adalah 19% dan kadar R (watak 2 bintang) adalah 79%. Walaupun nilai berada di sisi rendah spektrum, permainan ini sebenarnya memberi anda sejumlah unit SR yang cukup baik dan 1 unit SSR yang cukup kuat untuk menghadapi kandungan PvE. Salinan watak yang sama memberikan Hero Crystal di mana anda boleh menukarnya dengan membeli Evolution Stone atau “limit-break” untuk memperkuatkan watak.
Weapon Summoning pula mempunyai kadar yang sedikit berbeza berbanding dengan Hero Summoning. Kadar SSR (senjata eksklusif watak) adalah 3%. Summon ini agak berisiko kerana semua jenis senjata dan statistik senjata adalah rawak. Ini bermaksud bahawa senjata yang anda seru mungkin mempunyai statistik yang lebih rendah daripada biasa.
Ciri-ciri permainan
Guardian Tales mempunyai banyak mekanik tambahan yang menjadikan keseluruhan permainan lebih menyeronokkan. Ciri-ciri itu merangkumi:
- Town Building
Setelah menyelesaikan World 1, menu utama berubah menjadi simulator pembangunan bandar. Aspek pembinaan bandar memerlukan jenis mata wang berbeza iaitu “pink hearts” yang boleh digunakan untuk membina bangunan berbeza dan meningkatkan saiz bandar. Walaupun ia sepenuhnya optional, terdapat mini-game comel yang anda boleh cuba sambil menunggu stamina pulih.
- FaceBreak
Merupakan versi Facebook di dalam dunia permainan, “FaceBreak” adalah aplikasi media sosial yang anda guna untuk melihat kemaskini lucu daripada NPC yang ditemui sepanjang perjalanan. Pada kebanyakkan masa, NPC akan memuat naik posting rawak untuk hiburan anda, atau kadang-kala memberitahu tentang butiran kedai mereka.
- Pilihan dialog & Sistem Karma
Pada bahagian-bahagian tertentu, anda akan diberi pilihan untuk memilih jenis-jenis tindakan mengikut senario tertentu. Dengan memilih salah satu pilihan dialog ini, keputusan yang dibuat mungkin mempengaruhi karma anda.
Matahari bermaksud bahawa anda lebih cenderung kepada karma yang baik manakala bulan menunjukkan karma buruk. Walaupun belum ada petunjuk yang jelas tentang apa yang dilakukan oleh sistem karma, ia mungkin memainkan peranan penting dalam jalan cerita pada masa depan.
- Hero Progression
Hero progession dalam Guardian Tales cukup mendalam dan komprehensif. Dengan ciri level-up dan “limit-break“, permainan ini juga mempunyai fitur seperti Hero Evolution dan Awakening. Walaupun kedua-duanya meningkatkan statistik watak, Hero Evolution adalah tempat anda mengambil salinan watak untuk meningkatkan tahap bintang manakala Awakening adalah fitur yang meningkatkan pasif watak (Contohnya: peningkatan Atk pasif, Lifesteal, dll).
Salah satu kelemahan ciri ini ialah anda perlu banyak melabur dalam satu watak untuk membuka potensi penuh mereka. Ini bermaksud bahawa perubahan komposisi pasukan memerlukan sedikit masa.
- PVP
PVP dalam Guardian Tales ialah masa nyata dan hanya berlaku dalam jangka masa 1 jam. Dalam tempoh 1 jam itu, anda dapat bermain sebanyak mana perlawanan PVP tetapi hanya 5 perlawanan pertama yang dikira untuk hadiah arena. Walaupun begitu, perlawanan selepas itu tetap akan mempengaruhi pemarkahan arena. Kemenangan perlawanan memberi anda 20 mata manakala kekalahan akan kurang 10 mata. Pada hujung minggu, ganjaran diberikan berdasarkan skor anda. Dalam permainan ini, statistik menentukan hasil PVP jadi pemain “pay-to-win” pasti akan mempunyai kelebihan besar berbanding pemain F2P.
Pendapat
Baik:
- Sistem pertempuran boleh bikin tagih dengan kawalan yang mudah dikendalikan.
- Estetika visual permainan adalah sesuatu yang pasti disukai oleh peminat seni piksel. Latar belakang amat sesuai dengan keseluruhan dunia Kanterbury dan adegan Gacha sangat menyeronokkan untuk dilihat.
- Jalan cerita menghiburkan dan watak-watak mempunyai daya tarikan tertentu kepada pemain yang menikmati aspek lucu permainan.
Buruk
- Setelah menyelesaikan jalan cerita utama, kandungan permainan akhir tidak begitu menarik kerana kebanyakannya hanya filler.
- Mengubah komposisi pasukan amat menyakitkan kerana setiap watak individu perlu perhatian yang banyak.
- PVP menghendaki anda bermain pada waktu tertentu yang membatasi kebebasan pemain. Pertarungan pula berpunca daripada pasukan yang mempunyai jumlah statistik tertinggi. Ini menjadikan PVP kurang menarik.
Secara keseluruhan, Guardian Tales memerlukan perhatian penuh anda, dan bukan sesuatu yang main setiap kali ingin berehat. Ia masih berbaloi untuk mencuba dan saya harap pasukan pemaju akan menambahkan lebih banyak kandungan cerita dalam masa terdekat. Memandangkan semuanya begitu rumit dan dirancang dengan baik, saya sehingga tidak percaya Guardian Tales adalah permainan “free-to-play” dan dicipta khas untuk mobile, selepas melihat usaha yang dimasukkan.
Untuk maklumat lebih lanjut, lihat laman web rasmi mereka untuk mengetahui perkembangan terkini.
@gamersantaimy
The Review
Guardian Tales
Secara keseluruhan, Guardian Tales memerlukan perhatian penuh anda, dan bukan sesuatu yang main setiap kali ingin berehat. Ia masih berbaloi untuk mencuba dan saya harap pasukan pemaju akan menambahkan lebih banyak kandungan cerita dalam masa terdekat.
Discussion about this post