Setiap pertarungan ikonik Goku pasti telah direka semula dalam pelbagai genre game seperti RPG, action adventure, dan fighting. Tetapi hari ini lain.. Sangat lain. Hari ini menandakan keluaran game action RPG Dragon Ball terbaru oleh penerbit Bandai Namco Entertainment dan developer CyberConnect2. Diberi nama Dragon Ball Z: Kakarot dan boleh dimainkan di PS4, Xbox One dan PC, game ini akan bermula dari awal permulaan manga dan anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.
Dragon Ball Z: Kakarot akan mengulangi peristiwa paling penting dalam jalan cerita manga dan anime. Jalan cerita utama yang diumumkan untuk game ini adalah Saiyan Saga, Frieza Saga, Cell Saga, dan Buu Saga. Untuk menghormati keaslian anime, suara klasik narator di anime juga akan membaca tajuk setiap episod di awal setiap bab.
Bersama dengan jalan cerita yang dianggap canon dalam siri, game ini akan menampilkan unsur-unsur non-canon. Sebagai contoh, anda boleh mencuba Side Quest yang mengharuskan pemain mengalahkan sekumpulan robot yang mengamuk. Salah satu Side Quest menarik adalah episod di mana Goku dan Piccolo ingin memperoleh lesen memandu mereka. Adegan ini akan berubah kepada sebuah mini-game memandu. Watak-watak tertentu dalam permainan akan muncul dengan episod asal mereka sendiri. Sebagai contoh, Android 16 dan Teen Gohan mempunyai episod mereka sendiri semasa Cell Saga. Saya tidak ingin membocor terlalu banyak. Ingin tahu lebih? Main saja game ini.
Secara asasnya, Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG yang menakjubkan. Sebagai Goku, anda akan teroka dunia luas ini menggunakan awan “Flying Nimbus” atau terbang selepas Goku belajar jurus ini. Seperti kebanyakan action RPG, anda boleh meningkatkan level watak, sibukkan diri dengan Side Quest, berbual dengan NPC ikonik, atau bertarung dalam aksi pertempuran yang sengit.
Sistem pertempuran game ini mengambil sedikit mekanik yang dilihat dalam siri Dragon Ball Xenoverse. Setiap playable character mempunyai akses kepada melee combo asas, Ki Charge/ Ki Blast, dan Super Move khusus.
Untuk melakukan Super Move, anda perlu menekan R1 dan tekan salah satu butang khusus di controller. Masa akan dilambatkan apabila anda menekan R1, jadi ini membolehkan pemain untuk memilih pergerakan mana yang sesuai mengikut situasi. Pertahanan diletakkan pada butang R2. Dengan menahan serangan musuh, anda dapat mengurangkan damage yang dilakukan oleh musuh, dan jika jari cukup pantas, anda boleh menekan R2+Square untuk menyerang balas musuh atau menekan R2+X untuk menyerang balas musuh dengan gaya Instant Transmission. Malangnya, jurus ini memerlukan sejumlah Ki yang besar.
Akhir sekali, anda boleh mengubah kepada apa-apa bentuk yang dibuka dengan menekan L2+R2 dan salah satu butang asas. Jika anda bermain sehingga penghujung permainan, ini bermaksa anda mempunyai akses kepada 4 transformasi yang berbeza dalam pertarungan!
Sebelum menamatkan topik sistem pertempuran, saya ingin menjelas satu lagi perkara penting. Senarai abiliti pertama Goku ialah “Kamehameha,” “Scissors Paper Rock: Rock,” “Body Blow” dan “Meteor Smash“. Kemudian, anda dapat menggunakan serangan yang lebih kuat melalui transformasi khusus mereka. Apa yang membezakan Kakarot daripada game DBZ yang lain adalah penekanannya pada RPG. Gameplay-nya sangat konsisten dengan jalan cerita anime, dan ini bermaksud Goku tidak bermula dengan serangannya yang paling kuat.
Kami tahu bahawa Dragon Ball Z: Kakarot adalah sebuah RPG, tetapi character progression-nya lebih mendalam daripada yang dijangka. Terdapat lima cara yang berbeza untuk menguatkan watak iaitu: makan, bertarung, mencari Ki orb, latihan, dan mewujudkan “Community.”
Kaedah yang unik dalam sistem character progression ialah Community Board. Terdapat beberapa jenis komuniti yang anda boleh membangunkan, masing-masing diuruskan oleh ketua sendiri. Goku di carta Z-Fighters memberi peningkatan dalam serangan; Chi-Chi pada carta Memasak akan meningkatkan kadar sukses dan potensi makanan, carta Dewasa yang dikendalikan oleh Master Roshi memberikan harga beli dan jual yang lebih baik; King Kai pada carta Dewa memberikan lebih banyak wang dan barangan; Encik Popo di carta Latihan akan memberikan kadar pertahanan dan EXP yang lebih baik; Bulma di carta Pembangunan akan memberikan kadar kejayaan Machine yang lebih tinggi dan mengurangkan kos Zeni.
Anda memajukan carta-carta di atas dengan mengisi pelbagai ‘Soul Emblem‘ milik karakter ke dalam slot. Jika Soul Emblem disusun dengan strategik, ia boleh mengaktifkan kombo untuk bonus yang lebih besar. Sebagai contoh, apabila Goku dan Gohan disusun bersebelahan antara satu sama lain, mereka akan mendapat kombo Father Son dan mendapat level tambahan sementara kombo itu masih aktif. Anda boleh meningkatkan hubungan dengan watak individu dengan memberi hadiah yang anda perolehi melalui penerokaan. Tindakan ini akan meningkatkan Level mereka. Oleh kerana hubungan anda dengan watak menjadi lebih baik, mereka akan memberikan barang-barang istimewa dan kuat pada waktu-waktu tertentu.
Eksplorasi adalah satu lagi aspek yang sangat penting. Orb yang anda temukan di dalam permainan adalah nilai mata wang utama untuk memajukan Skill Tree. Perkara yang anda boleh beli termasuk kebolehan pasif seperti peningkatan damage pada musuh-musuh yang terkena stun, kiraan combo yang lebih besar atau penjanaan sumber yang lebih baik. Anda juga boleh meningkatkan tahap Super Move untuk memberi lebih banyak damage.
Selain itu, ada macam-macam perkara lain yang boleh dilakukan dalam dunia Dragon Ball Z: Kakarot. Anda boleh bermain mini game kreatif yang membolehkan Goku menangkap pelbagai jenis ikan dengan menggunakan ekornya, melihat dunia luas permainan sambil mengumpul mata wang “Z Orbs“, membunuh haiwan untuk mengumpul daging, memasak makanan, melombong jenis-jenis bijih tertentu, memburu dinosaur, dan berdagang dengan NPC. Pada masa yang sama, terbang setinggi mungkin ke udara untuk melihat peta dunia permainan, yang memberikan anda gambaran keseluruhan untuk lokasi-lokasi bersekitaran. Sebagai contoh, anda boleh terbang ke Lucca Village dan menghadapi Raditz dalam pertarungan epiknya dengan Goku dan Piccolo. Barulah anda tidak sesat!
Goku bukanlah satu-satunya watak yang anda boleh kawal di Dragon Ball Z: Kakarot. Anda boleh menggunakan beberapa “Z Fighters“, dan memanggil untuk bantuan watak-watak terkenal lain. Selain daripada jenis-jenis watak tersebut, anda juga akan berinteraksi dengan pelbagai NPC, BOSS yang kuat dan kuncu-kuncu jahat. Akira Toriyama juga mencipta sebuah watak baru bernama Bonyu, yang merupakan bekas ahli terkenal “Ginyu Force.” Penampilannya melibatkan sebuah misi latihan khas untuk gamers yang sudah membuat pra-pesanan.
Berikut adalah senarai watak yang membuat kemunculan di dalam permainan:
Playable
• Goku
• Gohan (Kid, Teen, & Adult)
• Vegeta
• Piccolo
• Future Trunks
• Gotenks
• VegitoSupport
• Krillin
• Tien Shinhan
• Chiaotzu
• Yamcha
• Goten (Post-Game Unlock)
• Kid Trunks (Post-Game Unlock)
• Android 18 (Post-Game Unlock)Karakter Boss
• Raditz
• Nappa
• Vegeta (Base, Great Ape)
• Cui
• Zarbon (Base, Monster Form)
• Dodoria
• Ginyu Force (Guldo, Burter, Recoome, Jeice & Captain Ginyu)
• Frieza (1st Form, 2nd Form, 3rd Form, Final Form, 100-Percent Full Power, and Mecha-Frieza)
• Cell (Imperfect, Semi-Perfect, Perfect, & Super Perfect)
• Majin Buu
• Evil Buu
• Super Buu (Base, Absorbed Gotenks, & Absorbed Gohan)
• Kid BuuNPC
• Bulma
• Master Roshi
• Android 8
• Launch
• Nam
• Yajirobe
• Cynthia
• Yuzukar
• Android 16
• Videl
• Supreme Kai
• Babidi
• DaburaKarakter Musuh
• Askar mecha RR
• Skull Robo Type 3
• Android 17
• Android 18
• Android 19
• Dr. Gero
• Pui Pui
• Yakon
• Musuh Pirate-Robot
• Dinosaur
• Appule
• Dua ahli dari suku Appule
• Frieza Force Machinery RobotKarakter baru
• Bonyu
• Alien (askar Frieza Force)
Cita-cita Dragon Ball Z: Kakarot untuk mencipta semula adegan-adengan ikonik melalui perspektif RPG yang luas adalah sangat mengagumkan, namun pengalaman anda mungkin sedikit tertekan kerana mekanik dan teknologi permainan ini.
Dragon Ball Z: Kakarot adalah pengalaman yang cantik dan mempunyai visual yang menawan serta aksi pertempuran dan jalan cerita yang hebat, tetapi elemen-elemen lain terasa agak hambar. Itu tidak bermaksud game ini teruk atau membosankan, cuma ia boleh memberi impak yang lebih kuat! Sebagai seorang peminat anime, saya mengesyorkan bahawa Dragon Ball Z: Kakarot adalah permainan video yang seronok dan memberi nafas baru kepada francais Dragon Ball. Bagi mereka yang ingin mengalami dunia Dragon Ball paling tulen, ini adalah game paling sesuai untuk anda! Dragon Ball Z: Kakarot kini sudah ada di pasaran untuk pelantar PS4, Xbox One, dan PC. Jangan tunggu lama-lama! Takut nanti di-KAMEHAMEHAAA!
@gamersantaimy
The Review
Dragon Ball Z: Kakarot
Sebagai seorang peminat anime, saya mengesyorkan bahawa Dragon Ball Z: Kakarot adalah permainan video yang seronok dan memberi nafas baru kepada francais Dragon Ball.
PROS
- Dunia Dragon Ball paling tulen.
- Visual yang menawan.
- Jalan cerita yang hebat.
CONS
- Mekanik yang tidak mendalam.
- Aspek RPG yang sedikit lemah.
Discussion about this post