Dengan World of Warcraft: Shadowlands secara rasmi ditangguhkan, tidak banyak permainan video “real time strategy” untuk peminat cuba dalam masa terdekat. Bagi mereka yang bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, cubalah Kingshunt! Permainan ini bersifat RTS tetapi digabungkan dengan genre MOBA dan “tower-defense“. Ujian alpha-nya baru sahaja tamat dan ia kini tersedia di Steam oleh Vaki Games, dengan tarikh pelepasan yang dijadualkan pada Spring 2021. Sebelum ujiannya tamat, kami sempat mencuba permainan. Jadi, apa yang menarik sangat? Mari saya simpulkan dalam ulasan awal ini!
Gameplay & mekanik asas
Seperti yang disebutkan di atas, Kingshunt menggabungkan pelbagai genre dalam perlawanan 5v5. Versi alpha hanya memiliki satu peta, yang terdiri daripada dua fasa dan empat watak, dengan setiap fasa berlangsung sehingga maksimum 12 minit. Pemain pula dibahagikan kepada pasukan Defender dan Attacker.
Setiap pemain akan mempunyai akses ke menu Utilities, serta rune yang boleh memberi pelbagai buff (kelebihan). Anda akan memperoleh “token” utiliti apabila mencapai kriteria-kriteria tertentu yang boleh diperiksa di sebelah kiri skrin:
- Masa: Token akan diberikan selepas jangka masa tertentu.
- Kecederaan (damage) pada minion/wira: Lakukan sejumlah kecederaan kepada minion atau musuh untuk mendapatkan token.
- Kill: Jumlah “bunuh” bagi pemain.
Memenuhi semua kriteria ini akan memberi token kepada semua ahli pasukan. Selain itu, Runes boleh didapati daripada masa ke masa dan berfungsi sebagai skill point untuk meningkatkan wira anda. Sekiranya anda membunuh atau bantu membunuh, tempoh masa untuk dapatkan Runes akan dikurangkan.
Empat watak dengan tiga playstyle
Watak yang ada sekarang mampu mengelak dan berlari (kedua-duanya menggunakan stamina), mempunyai empat abiliti istimewa dan serangan biasa mereka. Alpha hanya mengehadkan dua watak yang sama dalam satu pasukan, tetapi saya tertanya jika pasukan pemaju akan menambah lebih banyak watak dalam masa terdekat supaya menambah variasi. Semua watak mempunyai HP, armour dan stamina, di mana armour akan turun dahulu sebelum HP jika dipukul. Pemain lain boleh menyembuhkan nyawa kita, atau anda boleh memilih bebola HP dari lokasi-lokasi tertentu di peta. Setiap watak secara amnya dikategorikan dalam peranan Damage, Tank dan Support.
Damage
Demigod adalah untuk mereka yang suka menyerang daripada jarak dekat, dan menggunakan kapak dalam abiliti untuk menangani kecederaan pada musuh dalam ruang AOE kecil. Dia mampu menarik musuh untuk mengejutkan mereka, atau menyerang secara depan untuk melancarkan serangan. Kapaknya juga dapat digunakan untuk menghentak tanah bagi menjauhkan musuh sambil melakukan kecederaan besar.
Enchantress pula adalah watak jarak jauh, dan mampu mengecas anak panahnya untuk menangani lebih banyak kecederaan. Dia juga dapat melakukan mengawal musuh sekeliling dengan memperlahankan mereka menggunakan sebuah bebola ajaib, atau meningkatkan kepantasan serangan dan pergerakannya rakan sekutu. Di samping itu, dia dapat menyeru meteor di kawasan yang dipilih oleh pemain untuk melakukan kerosakan AOE yang luas.
Tank
Knight adalah watak kebal yang menyerang daripada jarak dekat. Dengan Frenzied Combo, dia dapat menyerang dengan mengayunkan pedangnya sebanyak tiga kali di mana pemain perlu “timing” dengan tepat. Abiliti yang tidak menyerupai tank kan? Ini juga sama dengan abiliti Valiant Leap, yang melihatnya melompat ke kawasan tertenut untuk stun dan mencederakan unit musuh. Namun, dia mampu menggunakan abiliti Impenetrable Shield untuk mempertahankan dirinya daripada semua serangan depan, dan Aegis memberikan perlindungan maksimum kepada semua rakan-rakan yang berdekatan, yang akan semakin pudar daripada masa ke masa.
Support
Legena adalah watak sokongan yang serang daripada jarak jauh, dengan kemampuan untuk menyembuhkan pemain lain dan juga dirinya. Dia juga dapat membutakan dan mencederakan unit musuh, serta mencuri sebahagian daripada HP mereka untuk diagihkan kepada rakan-rakan yang cedera.
Proses perlawanan – serang & bertahan
Seperti namanya, Defender harus mempertahankan Guardian dalam setiap fasa, dan membina menara dan struktur untuk menyokongnya. Anda akan bermula dengan 8 token utiliti untuk membina atau menambah menara dengan sewajarnya. Menara ini akan dikendalikan oleh AI dan sekiranya AI semua dikalahkan, maka menara juga akan runtuh. AI mempunyai perisai untuk melindunginya daripada serangan jarak jauh, yang akan berkurang dalam pertempuran.
Terdapat menara yang boleh menangani kecederaan AOE daripada jarak jauh, menara yang boleh menangani kecederaan daripada jarak dekat untuk sasaran tunggal, barricade untuk menghalang musuh dan buff untuk memberi kesihatan dan perisai kepada unit dalam satu kawasan tertentu. Ia agak terhad, tetapi ini baru sahaja versi alpha. Guardian yang perlu dilindungi oleh Defender juga dapat melindungi dirinya sendiri, dan menyerang musuh di dalam kawasan dengan abilitinya sendiri. Sekiranya Defender diserang oleh pemain lain dalam lingkungan Guardian, Guardian juga akan menyerang musuh itu. Menghancurkan Guardian akan memindahkan perlawanan ke fasa seterusnya.
Pada masa yang sama, Attacker akan berusaha untuk menghancurkan Guardian, dan menjatuhkan menara di sepanjang jalan bersama. Anda akan bermula dengan 7 token utiliti, dengan akses ke menu utiliti untuk menyeru dan memberi buff pada minion. Untuk memastikan minion tidak mudah ditewaskan, anda boleh menyeru Banner Minion untuk melindungi mereka daripada tembakan menara. Minion ini tidak boleh melakukan sebarang kerosakan, tetapi dapat melindungi pasukan lain sekiranya minion yang ditugaskan semua mati.
Orc Minion mempunyai perisai yang boleh diisi semula, dan lebih kuat daripada minion biasa di mana kelajuan dan perisai mereka boleh ditingkatkan dengan token. Mereka akan bergerak secara automatik ke arah Guardian dan akan menyerang musuh yang berdekatan di laluan yang ditugaskan. Anda tidak boleh membanjiri satu laluan, kerana setiap laluan mempunyai had kapasiti. Attacker sendiri boleh membawa Banner untuk menghalang tembakan menara. Sekiranya Banner dijatuhkan, Defender dapat membuang banner dengan berdiri di dekatnya untuk dihantar kembali ke markas Attacker.
Pendapat
Apabila anda bermain dengan rakan-rakan, permainan ini memang menyeronokkan dengan banyak potensi. Namun, seperti permainan “team-based” lain, ia akan menjadi sedikit tertekan apabila rakan sepasukan AFK atau meninggalkan permainan, kerana ia agak sukar untuk menang dengan kekurangan satu pemain. Memandangkan sinergi berkait dengan kemahiran, abiliti membina dan menjaga minion, KERJASAMA adalah sangat penting!
Defender mungkin dengar seperti kerja mudah, tetapi sebenarnya ia teramat susah. Setiap watak juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, yang saya rasa cukup seimbang setakat ini. Anda tidak boleh memilih untuk menyerang atau bertahan ketika berada di lobi, tetapi fitur ini mungkin akan berubah pada masa depan. Sebagai info terakhir, membina menara amat memakan masa, sama seperti permainan “tower defense” biasa, jadi anda mungkin ingin mencari tempat yang selamat untuk melakukan aktiviti ini.
Setakat ini, permainan agak baik dan seronok. Sekiranya ia menarik minat anda, maka pergilah ke halaman Steam mereka untuk mendapatkan permainan, dan jangan lupa untuk semak bila tarikh ujian seterusnya sebelum pelancaran permainan.
GS Gameplay:
@gamersantaimy
Discussion about this post