Saya memang suka game bercita-cita tinggi yang dibuat oleh studio-studio indie dan di sini, ingin memperkenalkan Ary and the Secret of Seasons. Banyak usaha jelas dikeluarkan dalam pembikinan game ini dan bagi beberapa pemain, ia mungkin nampak menyeronokkan. Malangnya, kami ada beberapa isu yang perlu diketengahkan. Saya cuma berpendapat bahawa game ini terlalu cepat dilancarkan. Dengan lebih banyak masa dan usaha, Ary and the Secret of Seasons boleh menjadi game yang bagus. Namun, ia tidak cukup jauh semasa pembangunan untuk sampai ke tahap itu.
Berasal daripada Belgium, studio indie eXlin ingin menyampaikan game action/adventure 3D yang lengkap dengan gaya sinematik, watak menarik, dan jalan cerita yang seronok. Untuk aspek-aspek berikut, saya rasa pasukan berjaya dalam usaha mereka. Mereka cuma gagal dalam beberapa perkasa asas yang menahan unsur-unsur positif permainan. Mari kita selami ulasan ini dengan lebih mendalam.
Latar belakang
Ary and the Secret of the Seasons berlaku di dunia Valdi. Dunia ini dipisahkan kepada empat wilayah yang berbeza, masing-masing dengan musim sendiri. Protagonis kami ialah Aryelle (atau nama pendeknya Ary), adalah anak perempuan kepada Gwenn, si Guardian of Winter, dan tinggal di bandar Yule. Abangnya, Flynn sebenarnya didapati hilang semasa berlatih sebagai Guardian seterusnya dan dipercayai mati. Diselebungi kesedihan, Gwenn tidak dapat menjalankan tugasnya, jadi Ary terpaksa selamatkan keadaan.
Suatu hari, kristal-kristal misteri jatuh daripada langit dan jatuh di atas Yule, lalu mengubah cuaca bersalji bandar kepada musim panas. Wilayah-wilayah lain juga terjejas dengan cara yang sama, di mana bandar musim panas Lammestide ditimpa badai salji. Semasa dalam perjalanan untuk jumpa para Guardian lain, raksasa hyena menyerang Yule, salah satunya memegang pedang Flynn. Bertekad untuk mendedahkan misteri mengenai abangnya dan kristal aneh, Ary memberanikan diri menjelajah dunia Valdi yang ajaib.
Persekitaran, raksasa & reka bentuk
Gaya seni Ary and the Secret of the Seasons berbentuk kartun comel yang sesuai dengan nada keseluruhan permainan. Setiap bandar mempunyai gaya tersendiri, yang mewakili musim mereka yang dinamik. Namun, saya kecewa kerana tidak ada banyak variasi makhluk. Ada manusia, hyena, panda, cendawan, dan slime. Itu sahaja variasi makhluk atau musuh yang anda akan nampak selain daripada bos. Sekurang-kurangnya manusia yang kita temui mempunyai banyak dialog lucu dan personaliti yang unik.
Untuk sebahagian besar jalan cerita, misi utama sepenuhnya linear, di mana Ary harus terokai Valdi. Valdi memang besar dan penuh dengan NPC yang memberi misi sampingan yang terdiri daripada kita mencari barang atau objek untuk NPC tersebut. , Selepas bahagian ini, permainan beralih sepenuhnya dan anda harus pergi melawat setiap “season temple” dan kalahkan bos di sana.
Fitur paling gempak: Season Sphere
Gameplay utama berpusat pada cara kita menggunakan season sphere untuk menghasilkan musim tempatan bagi mengalahkan musuh, menyelesaikan teka-teki, dan merentasi bahagian platform yang sukar. Sebagai contoh, musim sejuk dapat mencipta platform ais terapung dan membekukan air, musim bunga dapat mengisi air di tasik dan sungai atau menghasilkan dahan anggur yang dapat didaki dengan serta-merta. Bagi musim panas dan musim luruh, ia sebenarnya tidak buat apa-apa yang unik, cuma musim panas boleh mencairkan ais.
Salah satu cara inovatif yang kita boleh guna kebolehan musim apabila Ary memerlukan pertolongan daripada salah satu warga Lammestide yang sedang membeku, tetapi dia terlalu sejuk untuk bercakap. Di sini, kita boleh mengeluarkan summer sphere untuk mewujudkan persekitaran yang hangat bagi mendapatkan bantuannya. Jadi, seelok-eloknya anda mahirkan keempat-empay musim untuk maju melalui “dungeon” yang semakin rumit dan selesaikan bilik teka-teki yang mencabar.
Walau bagaimanapun, kebolehan ini hanya berfungsi di kawasan sfera yang kecil di sekitar Ary dan ia tidak kekal. Ary hanya dapat mengaktifkan salah satu daripada setiap jenis elemen pada satu masa yang sama dan setiap musim tidak boleh bertindih sesama sendiri. Ini bermaksud kita mesti bersikap strategik di mana untuk meletakkannya dan elemen mana yang harus digunakan.
Sistem pertempuran
Ary juga dapat menggunakan season sphere semasa bertarung, walaupun pertempuran adalah sistem yang paling lemah dalam permainan. Kamera lock-on sering tumpu pada sasaran yang salah, dan tidak ada ganjaran seperti EXP atau item selepas kita memenangi pertarungan. Kalau boleh, ia lebih baik untuk melarikan diri dari musuh selain daripada pertarungan bos yang memerlukan kita untuk fikir strategi dan eksperimen demi mendedahkan kelemahannya.
Di samping itu, Ary dapat memakai sejumlah senjata seperti pedang kayu, pedang besi, kayu, tongkat, dan juga cawan. Musuh pula terdapat dalam beberapa jenis (sudah dijelaskan di atas), dengan kelemahan pada musim-musim tertentu. Sebagai contoh, kita akan jumpa hyena yang memakai perisai ais. Perisai ais ini akan cair apabila kita menggunakan kuasa musim panas.
Bagi pertempuran, Ary dapat menyerang, mengelak, atau menangkis serangan yang kemudian menjadi serangan balas. Satu ciri unik ialah dia juga dapat menggunakan kebolehan solstis apabila mengumpul kombo yang cukup tinggi. Tekan R3 dan dia akan keluarkan gelombang musim yang mencederakan musuh berdekatan. Bagi sesiapa yang bimbang, permainan ini dibuat khusus untuk kanak-kanak dan musuh akan menyerang dalam cara yang lebih kurang. Kalau HP kita kosong pun, Ary hanya akan respawn beberapa meter jauh, jadi tiada alasan untuk kita risau.
Pendapat
Ary and the Secret of Seasons adalah game yang sangat bercita-cita tinggi. Ia cuba memberikan pengembaraan yang epik untuk bersaing dengan permainan-permainan AAA lain. Dalam aspek idea dan kreativi, ia berjaya. Dunia Valdi terasa cukup besar, jalan ceritanya menarik, dan “dungeon” juga memberi pengalaman aksi 3D yang mencabar. Walau bagaimanapun, kejayaan ini membawa beberapa isu bersamanya, dan Ary sering menghadapi masalah dengan aspek grafik dan bug.
Screen tear yang kerap dan pertemuan bug yang banyak dalam permainan telah merosakkan pengalaman Ary saya. Saya paling terhibur apabila salah satu misi sampingan rosak di mana dialog satu NPC tidak diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Walaupun begitu, saya masih akan mengesyorkan game ini kepada keluarga yang ingin bermain dengan kanak-kanak mereka.
Ia sama sekali bukan satu game yang sempurna, kerana penuh dengan bug dan masalah grafik, tetapi ia cukup menawan jika anda tidak mempedulikannya isu-isu seperti itu. Ary and the Secret of Seasons mempunyai jalan cerita yang menarik, watak yang unik, persekitaran yang dinamik, dan sistem permainan yang unik dengan season sphere. Kita boleh nampak yang para pemaju benar-benar bersemangat untuk menghasilkan game ini, maka cuba lah Ary and the Secret of the Seasons jika berminat.
Ary and the Secret of Seasons sudah dilancarkan di seluruh dunia untuk pelantar Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, dan PC.
Video gameplay:
@gamersantaimy
The Review
Ary and the Secret of Seasons
Ary and the Secret of Seasons mempunyai jalan cerita yang menarik, watak yang unik, persekitaran yang dinamik, dan sistem permainan yang unik dengan season sphere.
Discussion about this post