Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44-R1AZ): Harga paling bajet tapi cukup memuaskan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2020
in Artikel, Berita, Review, Review Produk
0 0
0
Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44-R1AZ): Harga paling bajet tapi cukup memuaskan!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Nitro 5 adalah keluaran terbaru Acer untuk untuk siri PC gaming bajet, dan pasti memuaskan keperluan gaming mudah alih anda. Ini adalah komputer riba gaming untuk pemain yang dalam bajet yang ketat, lantas menjadikannya pilihan komputer riba murah yang dapat menangani permainan video dengan grafik yang lebih berat.

Dengan sistem penyejukan kipas yang boleh dikawal, kad grafik Nvidia GeForce GTX dan pemproses AMD Ryzen 7, Acer Nitro 5 pasti akan memberikan prestasi yang diperlukan pada harga yang lebih rendah. Acer kemudian melengkapkannya dengan skrin 1080p dan papan kekunci yang cukup selesa untuk dimainkan selama berjam-jam.

Semua itu pada nilai nilai harga serendah RM4299, memang tidak dapat dinafikan bahawa Acer Nitro adalah salah satu komputer riba bajet paling terbaik di pasaran. Walau bagaimanapun, beberapa pengorbanan harus dilakukan. Bagaimana kompromi ini mempengaruhi prestasi keseluruhan komputer riba ini, dan adakah kekurangan ini akan mempengaruhi pengalaman anda? Mari baca ulasan kami untuk tahu.

Spesifikasi

Siri Acer Nitro 5
Model AN515-44-R1AZ
Pemproses AMD Ryzen 7 4800H
OS Windows 10 Home (64bit)
GPU NVIDIA® GeForce® GTX1650 GDDR6 4GB
Paparan 15.6″” 144Hz display with IPS (In-Plane Switching) technology, Full HD 1920 x 1080, Acer ComfyView LED-backlit TFT LCD
16:9 aspect ratio, 45% NTSC color gamut, Wide viewing angle sehingga 170 darjah
RAM 8GB DDR4 3200Mhz RAM
Storan 512GB PCIe NVMe SSD (with 1 extra M.2 Slot)
Wi-Fi / Bluetooth Intel® Wireless Wi-Fi 6 AX201 802.11a/b/g/n/acR2+ax wireless LAN
Menyokong Dual Band (2.4 GHz and 5 GHz) 2×2 MU-MIMO
I/O 1 x USB 3.2 Gen 2 port dan power-off USB charging
2 x USB 3.2 Gen 1 port
HDMI® 2.0 port with HDCP support
Ethernet (RJ-45) port
USB Type-CTM port: USB 3.2 Gen 2 (up to 10 Gbps)
USB charging 5 V; 3 A
3.5 mm headphone/speaker jack, built-in microphone
Bateri 57.5 Wh 4-cell Li-ion bateri
Sehingga 9 hours (berdasarkan ujian MobileMark®️ 2014)
Audio DTS®️ X:Ultra Audio, featuring optimized Bass, Loudness, Speaker Protection with up to 6 custom content modes by smart amplifier
Saiz 363.4 (W) x 255 (D) x 23.9 (H) mm
Berat 2.40 kg
Waranti 2-Years Acer Warranty
Harga RM4,299

Reka bentuk

Untuk penampilan, banyak yang saya inginkan untuk Acer Nitro 5. Bukan nak mengatakan bahawa rekaannya bosan tetapi sebenarnya ada banyak perkara yang saya hargai.

Saya menyukai penampilan gamer yang tidak terlalu menyerlah, dengan hiasan merahnya pada papan kekunci, RGB, touchpad dan keseluruhan badan. Peranti ini terasa kukuh, dan jumlah port pun banyak. Lebih penting lagi, komputer riba ini mempunyai papan kekunci yang selesa, dan sistem penyejukan yang dapat dikendalikan oleh pengguna. Saya akan terangkan ini dengan lebih lanjut nanti.

Walaubagaimanapun, reka bentuk Acer Nitro 5 juga tidaklah hebat sangat. Ia sedikit mengecewakan, dan hakikat bahawa ini adalah komputer riba bajet pasti menunjukkan tanda-tanda murah. Contohnya, penutup skrin terasa seperti mudah patah dan keseluruhan peranti akan meninggalkan cap jari yang menjengkelkan.

Papan Kekunci & Sambungan I/O

Satu perkara yang bagus tentang Acer Nitro 5 adalah papan kekunci. Walaupun tiada yang istimewa tentangnya, saya merasa selesa dan juga boleh dipercayai. Ia pantas dan responsif, dan saya tidak mengalami sebarang delay, atau salah tertekan. Sama ada anda menaip atau bermain permainan, itu yang penting. Yang kurangnya ialah RGB-nya tidak begitu menyerlah, jadi kekunci agak sukar untuk dilihat dalam gelap apabila kita sedang menggunakan peranti pada waktu malam. Secara keseluruhan, ini hanyalah papan kekunci biasa yang responsif dan selesa tanpa penampilan yang canggih.

 

1 of 2
- +

Daripada segi sambungan, di sebelah kiri Acer Nitro 5 mempunyai 2x USB 3.2 Gen 1, jek headset dan mikrofon 3.5mm, dan Ethernet (RJ-45). Di sebelah kanan, terdapat antara USB 3.2 Gen 2 yang menyokong pengecasan USB, soket HDMI 2.0 dan USB Type-C. Sambung pengecasan kuasa pula berada di bahagian belakang Acer Nitro 5.

Audio & Paparan

Bunyi Nitro 5 sedikit tinggi pada aspek bergema, tetapi pengguna boleh mengubah suai dengan equalizer di perisian Dolby Audio. Pendek kata, ini juga komputer riba dengan audio yang tidak beberapa memuaskan hati.

Akhir sekali ialah paparan 15.6 inci 1080p dengan refresh rate setinggi 144Hz serta fungsi Acer ComfyView yang menahan silau dan pantulan. Walaupun gambar masih tajam dan jelas, ia tetap terasa gelap (walaupun saya meletakkan tetapan pada yang paling terang yang mungkin tidak sesuai buat kawan-kawan content creator.

Prestasi

Anda semua harus ingat yang ini adalah komputer riba gaming bajet, jadi anda janganlah terlalu mengharapkan prestasi yang tinggi daripada Acer Nitro 5. Batasan pada RAM, CPU dan GPU bermaksud bahawa permainan AAA yang lebih baru kemungkinan besar sukar untuk berjalan lancar pada tetapan tertinggi.

Tetapi jangan pandang rendah! Ini hanya jangkaan saya untuk permainan video akan datang (seperti Cyberpunk 2077) kerana permainan yang saya cuba masih berjalan lancar pada tetapan tertinggi. Inilah prestasi Acer Nitro 5 dalam ujian benchmark saya:

3DMark - 3045

1 of 4
- +

PCMark 10 - 3592

1 of 4
- +

Cinebench R20 - 3087

1 of 1
- +

Keputusan ujian permainan video:

PlayerUnknown's Battlegrounds

1 of 5
- +

Antara keputusan yang jelas dalam sesi permainan saya di PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) ialah FPS secara konsisten berada di anggaran 30 FPS pada tetapan ultra. Semasa saya bermainan, terdapat unsur “screen tear”, tekstur yang tidak di-render dan penurunan kualiti secara keseluruhan. Bagi pendapat saya, untuk pengalaman terbaik, lebih baik kita letakkan tetapan pada Medium untuk pengalaman gaming yang idealnya.

Horizon Zero Dawn

1 of 4
- +

Oleh kerana saya sudah hasilnya di PUBG, saya ingin mengujinya lebih teliti dengan Horizon Zero Dawn yang lebih menuntut grafik tinggi. Meskipun ia masih berjalan pada tetapan ultra, saya tetap mengalami penurunan frame rate yang menghasilkan beberapa animasi tidak lancar.  Sudah tentu, perkara seperti kehilangan tekstur dan isu-isu lain masih wujud, cuma saya agak terkejut pada prestasi PC semasa bermain Horizon Zero Dawn kerana ia agak cemerlang dan masalah yang timbul pun hanya kadang-kala sahaja.

Project Cars 3

1 of 3
- +

Permainan terakhir yang saya cuba ialah Project Cars 3. Secara jujurnya, ia berfungsi dengan lebih baik dalam permainan ini berbanding yang lain saya cuba dan tiada masalah besar timbul. Pada tetapan tertinggi, Project Cars 3 berjalan lancar tanpa penurunan frame rate atau masalah prestasi.

Pemain bajet boleh mendapatkan dan masih menggunakan Nitro 5 untuk mencuba permainan video yang benar-benar menuntut grafik tinggi, tetapi pada keadaan yang lebih rendah. Mereka pasti akan mendapat frame rate yang lebih baik tanpa masalah prestasi, tetapi pengalaman permainan anda mungkin bukan yang terbaik, kerana permainan pun tidak kelihatan begitu baik.

Sistem Pengudaraan & Penyejukan

Satu lagi perkara bagus tentang Acer Nitro 5 ialah sistem pengudaraan dan penyejukan kipas dwi-kipasnya, di mana ventilasi terletak di bahagian belakang komputer riba. Bunyinya masih kuat, tetapi tidak menganggu seperti kebanyakan komputer riba gaming lain. Lebih baik lagi, ia dapat diubah suai, sampai suatu batas tertentu, dengan perisian Acer NitroSense di mana pengguna dapat mengubah kepantasan kipas untuk CPU dan GPU. Anda juga dapat menggunakannya untuk mengaktifkan CoolBoost, yang meningkatkan kelajuan maksimum kipas untuk sesi gaming yang berat.

Jangka Hayat Bateri

Anehnya, hayat bateri Acer Nitro 5 lebih baik daripada komputer riba bajet lain di pasaran. Komputer riba gaming, secara amnya, terkenal dengan jangka hayat bateri yang teruk, dan saya tidak terkejut bahawa Nitro 5 pun hanya bertahan sehingga 3 jam lebih ketika saya mengujinya dengan menonton video tanpa henti. Walau bagaimanapun, ini masih satu pencapaian bagus, dan menyakinkan Nitro 5 mempunyai bateri yang agak lama untuk menyokong kerja seharian anda di luar.

Pendapat

Saya harus bersikap adil di sini. Ini bukanlah komputer riba gaming impian anda dengan beberapa kekurangan nyata tetapi dengan nilai harga kurang daripada RM5000, sejujurnya kita pun tidak boleh meminta banyak tentang soal komponen komputer. Nvidia GeForce GTX 1650 sahaja pun sudah agak bernilai dan Nitro 5 sudah cukup bagus dengan memberi sistem penyejukan kipas yang bagus, papan kekunci yang selesa dan boleh dipercayai, paparan beresolusi tinggi dan hayat bateri yang lebih lama daripada yang anda jangkakan.

Sekiranya anda seorang gamer tegar dengan tuntutan yang tinggi, maka ini bukan peranti pilihan dna. Tetapi jika anda mempunyai bajet yang ketat- atau baru ingin memasuki dunia gaming PC – dan bersedia berkompromi dengan beberapa kekurangan, Nitro 5 merupakan pilihan yang anda perlu pertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di sini atau baca segala liputan kami tentang Acer di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAcer Nitro 5AN515-44-R1AZgaming laptopNitro 5Produkreviewulasan
Previous Post

“Alami zaman Yunani dalam cara yang lebih segar & baru” – Temuramah eksklusif bersama pemaju Immortals Fenyx Rising!

Next Post

Vault Hunters bersedia! Nampaknya Borderlands 3 akan datang ke Konsol Nex-Gen!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Vault Hunters bersedia! Nampaknya Borderlands 3 akan datang ke Konsol Nex-Gen!

Vault Hunters bersedia! Nampaknya Borderlands 3 akan datang ke Konsol Nex-Gen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd