Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian beta terakhir Devil May Cry Mobile diumumkan bersama gameplay epik dari Vergil!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 19, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Ujian beta terakhir Devil May Cry Mobile diumumkan bersama gameplay epik dari Vergil!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah membuka pra-pendaftaran baru-baru ini di halaman aplikasi App Store China, nampaknya game Devil May Cry Mobile akhirnya akan mengadakan ujian beta terakhir. Malangnya, ujian beta ini hanya disediakan di China di mana netizen sana boleh mencuba game ini pada 25 Mac.

Bagi mereka yang tertanya untuk platform apa game ini akan keluar, DMC Mobile akan tersedia untuk pengguna Android dan iOS, jadi jangan risau. Selain dari mengumumkan tarikh ujian beta terakhir, mereka juga menunjukkan gameplay beberapa watak lain, termasuk Vergil dan Lady.

Ia tidak jelas jika ketiga-tiga watak dapat dimainkan dalam beta Devil May Cry Mobile, kerana trailer tidak mendedahkan begitu banyak maklumat. Dari apa yang saya lihat, corak serangan Vergil adalah berdasarkan penampilan terkininya di DMC V, di mana dia menggunakan teknik Embed Sword. Walaupun begitu, dia tidak akan memiliki Concentration Meter (kerana pemaju ingin mengekalkan konsep yang lebih minimalis untuk telefon pintar).

Selain itu, Vergil masih memiliki pelbagai abiliti unik seperti Summoned Sword, dan kemampuan untuk melancarkan pedang dari langit bagi melambatkan pergerakan musuh. Ia tidak diketahui jika dia akan mendapat senjata lain, memandangkan trailer hanya menunjukkan dia menggunakan Yamato sahaja.

Seterusnya, corak pertempuran Lady adalah berdasarkan penampilannya di DMC 4, walaupun tidak banyak gameplay yang ditunjukkan. Trailer di atas pun tidak menunjukkan Lady menggunakan mekanik uniknya seperti “grappling hook” atau pistolnya yang boleh dicas. Lebih banyak info tentang watak ini mungkin akan didedahkan apabila game ini semakin dekat pada tarikh pelancaran.

Untuk segala liputan kami tentang Devil May Cry Mobile, sila tekan pautan ini.

Sumber – TapTap

Pra-daftar di sini
Devil May Cry: Pinnacle of Combat
Release Date TBC
iOS
Devil May Cry yang bebas dan fleksibel, gaya bertarung yang cantik dan tidak terkawal, dan pada masa yang sama, ia juga memberikan pemain pengalaman kombo mendalam dengan teknologi tangkapan gerakan terkemuka di industri
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaDevil May Cry MobileGameplayujian beta
Previous Post

Mini Boss akan ditambah! Pembangun Valheim mendedahkan perincian roadmap terbaru mereka

Next Post

Hampir tiba dengan Season 2, Activision mengongsikan kemaskini Call Of Duty: Black Ops Cold War!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Hampir tiba dengan Season 2, Activision mengongsikan kemaskini Call Of Duty: Black Ops Cold War!

Hampir tiba dengan Season 2, Activision mengongsikan kemaskini Call Of Duty: Black Ops Cold War!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd