Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Uchiha Sarada rasmi naik pangkat ke Chunin, Boruto masih level Genin

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 29, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Uchiha Sarada rasmi naik pangkat ke Chunin, Boruto masih level Genin
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan episod terkini dalam anime, Boruto: Naruto Next Generations telah secara rasmi menaikkan pangkat Uchiha Sarada ke level Chunin! Kita flashback balik ya. Selepas menewaskan Otsutsuki Isshiki, salah satu idea yang dikemukakan oleh Naruto adalah untuk mengadakan Peperiksaan Chunin baru bagi mengukuhkan kuasa secara lebih luas serta mempersiapkan para shinobi untuk menghadapi ancaman besar seterusnya.

Apa yang membuatkan ramai orang hype untuk arc ini adalah kita dapat melihat Sarada dan seluruh Team 7 (termasuk Boruto dan Mitsuki) mara ke peringkat akhir Peperiksaan Chunin di mana mereka terpaksa berlawan satu sama lain untuk naik pangkat.

Dalam episod 226, dua perlawanan akhir untuk Peperiksaan Chunin akhirnya telah tamat. Selepas Sarada memenangi pertarungan menentang Cho-Cho dalam episod sebelum, ramai yang tidak sabar untuk melihat Boruto melawan Mitsuki dalam pertarungan seterusnya. Tetapi disebabkan kedua-duanya sibuk menyiasat Amado dan tidak sempat pulang semasa nama dipanggil, Boruto dan Mitsuki terpaksa disingkirkan. Peperiksaan Chunin terus bersambung ke perlawanan terakhir iaitu Denki melawan Tsubaki di mana Denki digelar sebagai pemenang.

Secara keseluruhan, ini bermakna Wasabi, Houki, Denki, dan Sarada telah secara rasmi dianugerahkan pangkat Chunin.

Juga merupakan ketua untuk Team 7, Sarada kini satu langkah lebih dekat untuk mencapai impian menjadi Hokage pada suatu hari nanti. Tidak seperti Boruto dan Mitsuki, yang ingin menjadi Chunin hanya untuk menyertai misi lebih sukar, Sarada menganggap promosi ke Chunin sebagai langkah penting ke hadapan untuk akhirnya mengetuai seluruh kampung Konoha.

Image
Image

Untuk peminat Boruto, giliran dia masih belum tiba dan mungkin protagonis kita akan mengikuti jejak langkah ayahnya, yang juga lambat naik pangkat~

Apa pendapat anda? Adakah Sarada cukup kuat sekarang untuk digelar Chunin? Jom kongsikan pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Sumber – Boruto Fandom

Tags: animeBorutochuninSarada
Previous Post

Akhirnya identiti “pengkhianat Hero” di UA Academy didedahkan!

Next Post

Review Mobile Suit Gundam Battle Operation: Code Fairy – Berperang untuk pihak Zeon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Review Mobile Suit Gundam Battle Operation: Code Fairy – Berperang untuk pihak Zeon!

Review Mobile Suit Gundam Battle Operation: Code Fairy - Berperang untuk pihak Zeon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd