Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft kenalkan ‘Fair Play Program’, alat baru untuk membendung gamer toksik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2022
in Aplikasi, Artikel, Berita, Industri, Teknologi
0 0
0
Ubisoft kenalkan ‘Fair Play Program’, alat baru untuk membendung gamer toksik
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan pelancaran “Fair Play program”, platform baharu dalam ekosistem Ubisoft Connect yang direka untuk mempromosikan interaksi positif dalam game dan melawan sikap toksik.

Secara lebih khusus, platform ini menampilkan kapsul pembelajaran kendiri yang direka supaya pemain memahami tingkah laku toksik dalam game dengan lebih baik dan kesannya terhadap pengalaman pemain lain.

Inisiatif ini adalah kesinambungan daripada usaha besar Ubisoft untuk mencipta struktur gaming yang memupuk pengalaman sosial lebih bermanfaat dan mengelakkan interaksi berbahaya melalui pelbagai pendekatan seperti projek penyelidikan “Zero Harm in Comms” yang diumumkan baru-baru ini dengan Riot Games.

Direka oleh pakar pembelajaran digital, beta bagi platform ini menampilkan 5 kapsul pembelajaran yang mengandungi fakta dan statistik tentang ciri-ciri toksik dalam game online, penjelasan tentang perkara-perkara yang membuatkan pemain “mudah marah” dan penilaian kendiri untuk pemain memahami situasi yang boleh mendorong mereka ke arah lebih baik, nasihat daripada pemain profesional dan petua tentang cara terbaik untuk bertindak balas terhadap tingkah laku yang mengganggu.

“Di Ubisoft, objektif utama kami adalah untuk mencipta game yang memupuk pengalaman dalam talian yang positif dan memastikan pemain berkembang dalam komuniti yang selamat.

Tingkah laku yang mengganggu dalam game adalah isu yang kami ambil serius dan kami percaya harus ditangani melalui pelbagai pendekatan. Kami percaya bahawa pendidikan dan promosi permainan positif adalah penting untuk mendorong perubahan positif dalam pengalaman pemain.”

kata Jérémy Marchadier, Pengarah Keselamatan Pemain di Ubisoft.

Ubisoft Fair Play Program dilancarkan hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di SINI.

Untuk segala liputan kami tentang Ubisoft, sila tekan pautan ini.

Tags: Fair Play Programubisoft
Previous Post

[UPDATE] Elden Ring ‘Colosseum Update’ akan tiba 7 Disember, tersedia sekarang!

Next Post

NVIDIA GeForce Now rasmi akan hadir di Malaysia melalui YES 5G!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
NVIDIA GeForce Now rasmi akan hadir di Malaysia melalui YES 5G!

NVIDIA GeForce Now rasmi akan hadir di Malaysia melalui YES 5G!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd