Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Elden Ring ‘Colosseum Update’ akan tiba 7 Disember, tersedia sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2022 - Updated on December 8, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[UPDATE] Elden Ring ‘Colosseum Update’ akan tiba 7 Disember, tersedia sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, penerbit Bandai Namco dan pemaju FromSoftware telah mengumumkan “Colosseum Update” untuk Elden Ring yang boleh dimuat turun secara percuma. Apa yang lebih menggembirakan adalah update ini akan dilancarkan pada 7 Disember (hari ini), jadi pemain tidak perlu menunggu lama!

Walaupun tidak banyak info didedahkan, sebuah trailer telah dikeluarkan untuk menunjukkan kandungan Colosseum Update yang nampaknya memfokuskan pada pertempuran PvP. Anda boleh tonton video bawah:

Berikut adalah deskripsi trailer:

“Marilah, para pahlawan, dan nikmati kemuliaan Colosseum. Colosseum Limgrave, Leyndell, dan Caelid akan membuka pintu gerbang, membolehkan pemain terlibat dalam pertempuran seperti duel, free-for-all dan team fight. Buktikan nilai anda dalam Colosseum Update percuma.”

UPDATE:

Setiap arena mempunyai set peraturan sendiri. Pertama, Limgrave Colosseum mempunyai dua mode: United Combat dan Combat Ordeal.

  • Dalam United Combat, pemain akan dibahagikan kepada dua pasukan untuk bertarung sesama sendiri dengan kelebihan dapat respawn tiap kali mati. Setiap kematian dan respawn memberikan mata kepada musuh, di mana pasukan dengan markah tertinggi adalah pemenang.
  • Dalam Combat Ordeal, pemain tidak berpasukan dan perlu bertarung seorang diri. Jika mati, pemain boleh respawn sehingga masa tamat. Sesiapa yang mempunyai mata terbanyak akan menjadi pemenang.

Royal Colosseum, pula terletak di Leyndell, dan menampilkan Duel Mode. Dua pemain harus berhadapan hingga salah seorang mati, tanpa boleh respawn.

Akhir sekali adalah Caelid Colosseum yang menampilkan semua mode yang disebutkan di atas dengan tambahan boleh memanggil Spirit Ashes untuk bertarung di sisi pemain.

Seperti yang anda boleh lihat, kita akan masuk ke dalam bilik bulat gergasi ala arena bersama pemain lain dan dipaksa bertarung hingga mati. Semasa adegan aksi, saya boleh lihat mereka menggunakan Spirit Ashes dan menyeru bos seperti Mad Pumpkin Head untuk mengalahkannya pihak lawan – yang secara tidak langsung, menambah unsur PvE pada pertempuran.

Tetapi kita tidak perlu berlawan 1-v-1 tiap kali. Pemain juga boleh berganding bahu dengan sehingga tiga pemain lawan dalam mode 3v3.

Lebih banyak maklumat akan didedahkan apabila Colosseum Update dikeluarkan secara rasmi di Elden Ring. Buat mereka yang berminat, Elden Ring kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 25 Februari.

Tags: Bandai NamcoElden RingElden Ring 'Colosseum Update'PvP
Previous Post

DLC Far Cry 6: Lost Between Worlds kini tersedia, dapatkan sekarang!

Next Post

Ubisoft kenalkan ‘Fair Play Program’, alat baru untuk membendung gamer toksik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Ubisoft kenalkan ‘Fair Play Program’, alat baru untuk membendung gamer toksik

Ubisoft kenalkan 'Fair Play Program', alat baru untuk membendung gamer toksik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd