Ubisoft Forward kini kembali sekali lagi dengan showcase terbaru 10 September 2020 (11 September waktu Malaysia) ini dimana anda dapat menonton siaran langsung live strea, di laman web rasmi Ubisoft Forward dan nantikan pelbagai pengumuman besar, permainan baru dan kejutan yang akan didedahkan di siaran lansung itu!
Kunci tarikh anda di Ubisoft Forward pada 11 September 2020 jam 2:00AM waktu Malaysia untuk Matchup Brawhalla yang menampilkan pasukan Ubisoft News dan pembangun Blue Mammoth, juga kemaskini dari pasukan disebalik pembangunan Roller Champions, For Honor, The Division 2 dan Ghost Recon Breakpoint. Dapatkan ganjaran dalam permainan dengan log-masuk pada akaun Ubisoft anda ketika stream berlansung dan lebih banyak ganjaran untuk didapati jika anda menonton lebih lama!
Acara utama akan bermula pada jam 3:00AM waktu Malaysia tarikh yang sama, anda akan melihat beberapa permainan popular seperti Watch Dogs: Legion, Hyper Scape dan Rainbow Six Siege, serta kemas kini yang sangat dinanti-nantikan di IP baru Ubisoft, Immortals Fenyx Rising, yang sebelumnya dikenali sebagai Gods & Monsters dan banyak lagi kejutan yang belum diketahui. Sekiranya anda rasa masih belum mencukupi, ikuti rancangan utama untuk melihat lebih mendalam dua tajuk yang belum diterbitkan, eksklusif untuk edisi Ubisoft Forward ini.
Semuanya akan didedahkan 11 September ini! Jadi jangan lupa tonton di laman web rasmi Ubisoft Forward, YouTube dan Twitch juga termasuk sosial media Ubisoft! Jangan lupa sertai segala perkongsian dengan menggunakan #UbiForward! Untuk lebih lagi berita dan kemaskini bagi edisi terakhir Ubisoft Forward, anda juga boleh terus ke laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post