Kalau korang pernah tengok trailer Borderlands, korang mesti tahu bahawa beberapa watak dari game Telltale Tales series Borderlands akan membuat penampilan untuk sequel ketiga Gearbox, termasuk salah satu watak protagonis utama, iaitu Rhys, CEO untuk Atlas dan tuan rumah yang tidak diingini untuk intipati digital Jack Handsome. Namun, ada khabar angin mengatakan yang suara latar untuk Rhys, Troy Baker menolak tawaran untuk meneruskan suara latar bagi watar tersebut.
You’ll have to ask Troy. I was told by the audio director that he turned it down. Fortunately, with how Rhys appears in the game, I don’t think it actually matters at all. You’ll see for yourself when the game comes out and you may disagree with me on that or not.
— Randy Pitchford (@DuvalMagic) April 10, 2019
Troy Baker, pelatar suara permainan video terkenal yang terkenal dengan karyanya dalam The Last of Us, Batman: Arkham Knight, Infamous: Second Son, dan banyak lagi mengesahkan berita tersebut. Baker mengesahkan berita itu di Q & A konvensyen di Melbourne, Australia pada hujung minggu lepas. Menjawab soalan peminat di Twitter, CEOGearbox, Randy Pitchford berkata bahawa ia adalah pilihan Baker yang menolak tawaran tersebut. Beberapa peminat Troy Baker bahkan meluahkan perasaan dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan membeli Borderlands 3 memandangkan ketiadaan suara beliau untuk watak tersebut.
Borderlands 3 baru diumumkan pada bulan lepas dan akan hadir untuk semua platform pada 13 September tahun ini, namun bagi pemain di PC, ia akan keluar di Epic Games Store, iaitu satu-satunya tempat untuk membelinya di PC sehinggalah April 2020. Oleh sebab ini, ramai pemain PC menyuarakan pendapat tak puas hati mereka dan memboikot game tersebut!
Sumber: Game Byte
@gamersantaimy
Discussion about this post