Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trivia menarik yang ada dalam Map Nuketown Call of Duty Mobile yang pasti buat korang tertarik!

Agak korang apa yang menarik tu eh?

Nyny.A by Nyny.A
October 15, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Android, Artikel, Berita, Emulator, Fakta & Trivia, iOS, Mobile
0 0
0
Trivia menarik yang ada dalam Map Nuketown Call of Duty Mobile yang pasti buat korang tertarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam banyak-banyak peta di Call of Duty: Mobile, banyak yang mempunyai kelebihannya sendiri. Peta Nuketown kini menjadi salah satu minat para pemain COD Mobile terutama dalam mod Multiplayer oleh kerana perjalananya yang kecil dan penuh dengan kegentaran! Korang tahu tak disebalik peta yang kecil itu, terdapat rahsia dan fakta yang ramai orang tidak tahu?

Berterima kasih pada Dunia Games yang mengongsikan fakta dan rahsia yang tersirat yang ada di peta Nuketown yang sememangnya kami rasa patut dikongsikan kepada korang semua! Tanpa melengahkan masa, jom lihat apa yang menarik dalam peta Nuketown!

Jumlah Penduduk di Nuketown

Memang agak lawak bila tahu mengenai fakta ini! Kalau korang perasan sendiri berdekatan dengan rumah yang berwarna hijau itu terdapat papan tanda ‘Welcome to Nuketown’. Dekat bawah sekali ada menyatakan jumlah populasi penduduk hanyalah 12 orang! Eh kejap, kan pemain hanya ada 5v5? Mana pula datang lagi dua ye? Okay fikir positif, mungkin orang yang jaga kamera perlawanan dengan jatuhkan drop kot~ke stalker?

Jam Nuklear

Okay lepas ini korang pergi ke rumah kuning, terdapat menara misteri dengan jam dimana ia menunjukkan akan ada serangan nuklear di kawasan ini. Jadi jika jam tersebut cecah kepada nombor 0. kemungkinan besar Nuketown akan diserang dengan maut bom nuklear! Elok sangatlah, nama pun jam Nuklear dekat peta Nuketown, macam ada kaitan yang besar je kan. Hmmm…

Nombor misteri di TV?

Tengah main tu apa kata korang singgah jap dalam rumah dan lihat TV kat situ! Nanti bolehlah nampak nombor 847.01 di kaca TV. Aik kod pelik apa pulak yang ada ini? Nampak seperti kod radio ataupun kod kerajaan megenai peperangan? Kalau rajin pergi kaji kod itu, tapi jangan sampai hack apa-apa lah pula nanti ye!

Bunker perlindungan

Terdapat sebuah Bunker, ala-ala kubu kecil dikawasan belakang rumah jika korang perasan. Kami memang perasan terutama selepas ada loot yang terletak disebelah bunker tu dan membuatkan kami terselit ketika bermain! Dilihat Bunker tersebut adalah seperti tempat perlindungan dari serangan Nuklear. Nampaknya peta Nuketown tersangatlah bersedia untuk serangan bom nuklear ini ye?

Diinspirasikan oleh filem Indiana Jones?

Siapa yang suka siri filem Indiana Jones? Siapa sangka peta Nuketown rupanya berinspirasikan oleh salah satu filem terkenal Indiana Jones! Kalau yang dah biasa tengok siri filem ini, pasti korang tahu dan rasa macam pernah lihat peta Nuketown ini. Iya, peta ini boleh dilihat didalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull dimana Jones menemui tapak ujian nuklear yang akan dimusnahkan oleh bom nuklear.

Rumah replika dari siri sitcom di Amerika!

Ditepi pagar dawai kalau anda perasan ada rumah berwarna merah jambu, dan sebenarnya ia adalah sebuah rumah replika dari siri sitkom komedi zaman 60-70an Brady Bunch di siaran ABC A.S. Anda boleh lihat banyak rujukan rumah Brady Bunch memang nampak serupa sepeti rumah merah jambu di Nuketown!

Sumber: HGTV


Okay, itu serba sedikit yang kami dapat kongsikan dan apa pendapat anda mengenai trivia, fakta dan pekara misteri di peta Nuketown ini. Tak percaya? Korang boleh bermain sendiri Call of Duty: Mobile dan kaji lagi taw! Kot-kot ada lagi pekara pelik yang anda nampak dan boleh juga kongsikan pada bahagian komen Facebook kami! Apa-apa pun bersiap sedialah dengan serangan bom nuklear di Nuketown! Hehe~

Sumber: Dunia Games

Tags: Call of duty mobileCOD MobileFaktaFakta dan TriviaFakta NuketownNuketownTrivia games
Previous Post

Raikan Ulang Tahun ke-10 Borderlands disambungkan dengan acara “Show Me The Eridium” di Borderlands 3!

Next Post

LIMA Jinchūriki paling KUAT dalam Sejarah Siri NARUTO!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
LIMA Jinchūriki paling KUAT dalam Sejarah Siri NARUTO!

LIMA Jinchūriki paling KUAT dalam Sejarah Siri NARUTO!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd