Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trilogi original GTA 3, Vice City, & San Andreas rasmi dibuang dari kedai digital konsol/PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2021
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Trilogi original GTA 3, Vice City, & San Andreas rasmi dibuang dari kedai digital konsol/PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Ketiga-tiga game GTA yang termasuk dalam trilogi original iaitu GTA 3, Vice City dan San Andreas kini telah dibuang dari kedai digital konsol/PC untuk mempersiapkan kedatangan versi Remaster!

Setelah berbulan-bulan khabar angin, Rockstar akhirnya mendedahkan versi remaster untuk GTA 3, Vice City, dan San Andreas yang bakal disatukan dan dijual sebagai sebahagian dari koleksi baru berjudul Grand Theft Auto (GTA): The Trilogy – The Definitive Edition. Sebelum menerima remaster, versi original untuk ketiga-tiga permainan, termasuk bundle trilogi, telah tersedia di kebanyakan kedai digital seperti selama bertahun-tahun. Malangnya, anda kini tidak boleh membeli mana-mana game tersebut kerana setiap satu sedang mengalami proses “pembuangan” bermula hari semalam.

Di halaman sokongan web rasmi, Rockstar Games kata:

Dengan pengumuman pada 8 Oktober 2021 tentang Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, dan Rockstar Games Launcher, versi dan bundle lama yang menampilkan judul-judul ini akan dikeluarkan dari pengedar digital konsol dan PC bermula minggu 11 Oktober 2021.

Pemain yang membeli judul tersebut sebelum ini masih boleh memuat turun dan memainkannya di platform pembelian masing-masing.

Walaupun begitu, ketiga-tiga game di atas (termasuk bundle trilogi lama) masih boleh didapati di Steam. Halaman sokongan hanya menyebut Rockstar Launcher dalam posting terbarunya untuk platform PC. Pada saat ini, sesiapa yang berminat masih boleh membeli judul-judul ini melalui Steam pada nilai harga RM23 hingga RM56.

Grand Theft Auto: The Trilogy on Steam

Sekiranya anda ingin mendapatkan game trilogi original GTA pada harga yang murah, inilah masanya sebelum ia dibuang dari kedai digital. Masih tidak diketahui jika versi Remaster akan menerima sambutan yang tinggi tetapi berdasarkan kejayaan berterusan GTA 5, dan perasaan nostalgia untuk entri lalu dalam francais ini, mungkin ramai juga yang sanggup membeli versi remastered.

Sekali lagi saya ingatkan, Grand Theft Auto (GTA): The Trilogy – The Definitive Edition akan keluar untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, dan Rockstar Games Launcher di PC. Selain itu, GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan hadir ke peranti iOS dan Android pada separuh awal tahun 2022.

Tags: GTA 3GTA San AndreasGTA Trilogygta vice cityPCPS4Xbox One
Previous Post

Epic Games mungkin hasilkan filem untuk permainan popular, Fortnite!

Next Post

Digimon Ghost Game debut evolusi pertamanya, Gammamon berubah menjadi Betel Gammamon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Digimon Ghost Game debut evolusi pertamanya, Gammamon berubah menjadi Betel Gammamon!

Digimon Ghost Game debut evolusi pertamanya, Gammamon berubah menjadi Betel Gammamon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd