Jalan-jalan di Los Santos kini telah dibanjiri dengan perang geng alien berbahaya di GTA Online. Asal-usul konflik ini berpunca oleh sekumpulan pemain, yang berpakaian makhluk asing hijau. Mereka mula memburu pemain lain sebelum memukul mereka dengan ganas menggunakan pemukul besbol. Isu ini dengan cepat menjadi viral, dan tidak lama kemudian kumpulan makhluk asing lain dibentuk untuk mengakhiri keganasan kumpulan alien hijau. Pada seminggu yang lalu, pelbagai geng-geng makhluk asing baru telah terbentuk, dan ini mewujudkan komuniti rumit yang terdiri daripada geng-geng alien dan bukan-alien yang saling berperang sesama sendiri untuk mengawal Los Santos.
You came to the wrong planet foo from r/gtaonline
Musuh terbesar kepada alien hijau adalah alien ungu, yang tidak seberapa aktif menyerang pemain rawak. Sebaliknya, mereka biasanya fokus untuk berperang dengan geng alien hijau. Bagi sesetengah orang, alien ungu adalah penjaga keamanan untuk Los Santos, namun, bagi yang lain mereka adalah geng liar yang bersaing untuk kuasa.
Walaupun alien ungu dan alien hijau adalah geng terbesar di Los Santos, mereka bukanlah satu-satunya. Selain mereka, geng seperti pasukan putih, yang memakai kostum putih juga sedang naik dalam populariti. Selain itu, ada juga pemain yang berpakaian sebagai ejen FIB (versi FBI dalam permainan) yang ingin menyingkirkan makhluk asing yang mereka lihat. Terdapat juga geng monyet merah, yang ingin menyatukan geng alien hijau dan alien ungu.
My crew and I were harassing people in alien suits with pool cues when another crew threw on some suits and challenged us to a classic street fight. Best online moment to date from r/gtaonline
Buat masa ini, masih tidak jelas siapa yang akan menangi perang ini, atau bila ia akan berakhir. Yang saya jelas nampak ialah trend baru ini kekal untuk untuk sementara waktu. Ia bukan sahaja menjadi trend yang mengambil alih dunia GTA Online, malah banyak kumpulan baru nampaknya terbentuk kerana trend tersebut.
@gamersantaimy
Discussion about this post