Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Transformers: EarthSpark – Expedition diumumkan, Bakal dilancarkan tahun ini!

safwan by safwan
June 23, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Baru, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Transformers: EarthSpark – Expedition diumumkan, Bakal dilancarkan tahun ini!

Kredit: Outright Games

Share on FacebookShare on Twitter

Siri animasi Transformers: EarthSpark bakal menerima sebuah game pada tahun ini dengan bertajuk Transformers: EarthSpark – Expedition yang bakal dilancarkan pada 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam.

Kredit: Outright Games

Dikeluarkan oleh Tessera Games dan Outright Games, game ini merupakan game action adventure di mana pemain akan mengawal Bumblebee sebagai watak utama. Game ini bertujuan untuk mencipta semula persekitaran dan perasaan siri animasi tersebut dengan setia, ketika Bumblebee memulakan pengembaraannya sendiri untuk menghadapi ancaman misteri dari masa lalunya dan menghentikan penjahat siri Dr. Meridian, aka “Mandroid,” daripada mengutip semula kepingan teknologi purba yang hilang.

Di dalam game ini, pemain akan meneroka tiga biomes dan menyelesaikan quest yang diterima daripada Terran, robot Transformers pertama yang dilahirkan di bumi dan watak original daripada siri TV tersebut. Bumblebee akan dibantu oleh Optimus Prime, Grimlock, Skullcruncher, Nova Storm dan Skywap semasa dalam pertarungan.

Kredit: Outright Games

Berikut adalah ciri-ciri penting menurut Steam:

  • Sertai Autobots – Bertarung dan teroka sebagai Bumblebee dalam pengembaraan untuk menghentikan musuhnya, Mandroid, daripada menjadi cyborg jahat yang tidak akan dapat dikalahkan!
  • Battle Evil Mandroid – Bumblebee sedang menghadapi misi terbesarnya – menuntut semula teknologi Cybertronian purba yang tersebar di seluruh dunia sebelum Mandroid dan henchbot-nya boleh menggunakannya untuk memusnahkan bandar-bandar di Bumi.
  • Supercharge Bumblebee – Dengan bimbingan Optimus Prime, Bumblebee akan menjadi cukup kuat untuk menentang tentera musuh robot dalam pertempuran tanpa logam, mencari teknologi yang hilang dan membuka kombo dan kebolehan serangan baharu yang hebat di sepanjang jalan!

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Transformers: EarthSpark -Expedition akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam pada tahun ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: TransformersTransformers: EarthSparkTransformers: EarthSpark -Expedition
ShareTweetSend
Previous Post

Interview Story of Seasons: A Wonderful Life – Cabaran bawa remake ke dunia moden

Next Post

Call of Duty: Warzone original akan ditutup, Activision gesa semua pindah ke Warzone 2!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Call of Duty: Warzone original akan ditutup, Activision gesa semua pindah ke Warzone 2!

Call of Duty: Warzone original akan ditutup, Activision gesa semua pindah ke Warzone 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd