Hari ini, Activision membuat pengumuman mengejut bahawa game Call of Duty: Warzone original akan ditutup secara rasmi. Secara lebih khusus, Call of Duty: Warzone Caldera akan ditutup pada 21 September di mana Activision menggesa semua orang untuk berpindah ke Warzone 2.
Mungkin ramai yang baru sahaja mula bermain di Call of Duty: Warzone 2 atau telah melupakan Warzone Caldera, jadi untuk mengingatkan anda semua; ini merupakan game Warzone original yang dimainkan pada peta lama oleh mereka yang tidak tidak mahu beralih kepada Warzone 2.
Walaupun 21 September menandakan pengakhiran game original, Activision berjanji bahawa “lebih banyak lagi kandungan Warzone” sedang dibikin untuk para gamer pada masa hadapan.
Jadi apa akan terjadi apabila Warzone Caldera ditutup? Pertama, semua yang ditawarkan di dalam game termasuk peta, perkhidmatan dalam talian, inventori, item, kosmetik dan bundle yang dikumpul oleh pemain selama ini tidak boleh dipakai lagi.
Namun, setiap skin dan kosmetik lain masih boleh digunakan dalam game Call of Duty yang berkaitan, seperti Modern Warfare, Black Ops Cold War dan Vanguard. Tetapi memandangkan ramai orang masih ingin bermain versi battle royale F2P, saya faham jika ramai peminat tidak gembira dengan berita ini.
Call of Duty: Warzone original mula muncul pada tahun 2020 sebagai pengalaman free-to-play yang dilancarkan bersama reboot Call of Duty: Modern Warfare 2019. Semasa mula dikeluarkan, game ini menerima sambutan yang meriah di seluruh dunia di mana ramai orang memuji peta Verdansk dan inovasi gameplay yang menarik seperti tambahan Gulag.
Tahun lepas, sekuelnya Warzone 2/Warzone 2.0 telah dikeluarkan. Activision mula memberi lebih banyak perhatian pada versi ini dan secara beransur-ansur, mereka mula memanggilnya sebagai “Call of Duty: Warzone” tanpa tambahan “2” atau “2.0” (sebagai pengganti Warzone original). Selepas beberapa bulan kemudian, Warzone original terus dilupakan.
Jadi jika anda masih belum beralih ke sekuelnya, inilah masa yang bagus.
Selain berita penutupan Warzone asli, Activision juga menyentuh sedikit tentang Call of Duty: Warzone Mobile. Bak kata mereka:
“Pemain harus bersedia untuk lebih banyak kandungan Warzone di konsol dan PC, serta era baharu Battle Royale on-the-go dengan pelancaran Call of Duty: Warzone Mobile, yang termasuk Battle Pass (yang dikongsi) dan cross-progression. Pasukan dan studio Call of Duty tidak sabar-sabar untuk berkongsi butiran lanjut tidak lama lagi.”
Call of Duty: Warzone (original) akan tersedia untuk PC, PS4, dan Xbox One sehingga 21 September. Baca segala berita kami tentang Call of Duty di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post