Hasbro dan penerbit Outright Games telah mengumumkan Transformers: Battlegrounds yang bakal dilancarkan pada pada 23 Oktober untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC. Dibangunkan oleh Coatsink, game ini menampilkan mod single player dan multiplayer di mana Autobots dan Decepticons bertarung sesama sendiri. Selain itu, masih banyak lagi yang belum didedahkan tentang game ini tetapi trailer di atas menjelaskan bahawa ia lebih menggunakan gaya animasi berbanding reka bentuk daripada francais filem.
Sinopsis rasmi:
“Ketika MEGATRON mendekati Allspark, BUMBLEBEE dan Autobots memerlukan komander baru untuk menyelamatkan Bumi – iaitu kamu! Kumpulkan skuad anda dan bersiap sedia untuk peperangan yang akan berlangsung dari Central City hingga Cybertron.”
Terry Malham, CEO di Outright Games menerangkan bahawa:
“Francais TRANSFORMERS adalah salah satu francais yang paling tahan lama dan dikenali di dunia hiburan. Ia adalah suatu kehormatan untuk bekerjasama dengan siri dan watak ikonik tercinta ini untuk menghasilkan permainan konsol TRANSFORMERS baru dan menarik yang boleh dinikmati oleh keluarga bersama-sama.”
Seperti yang dinyatakan di atas, Transformers: Battlegrounds akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC pada 23 Oktober.
@gamersantaimy
Discussion about this post