Assassin’s Creed Valhalla akan melemparkan pemain ke abad ke-9 England, sebuah zaman di mana kerajaan Inggeris saling berperang sesama sendiri bersama Viking. Sebagai seorang askar Viking bernama Eivor, pimpin klan anda untuk membina petempatan baru di tengah-tengah kemaraan kuasa penjajah Inggeris. Dilancarkan pada Holiday 2020 untuk PS5 dan Xbox Series X, serta PS4, Xbox One, PC, dan Stadia, Assassin’s Creed Valhalla membolehkan pemain untuk menyerang, menakluk, dan memperjuang untuk kejayaan di tanah baru yang penuh misteri dan kekejaman.
Di Assassin’s Creed Valhalla, hampir setiap keputusan yang anda buat akan memberi kesan yang berkekalan di seluruh dunia. Keganasan bukanlah satu-satunya taktik untuk mendapatkan apa yang anda mahukan; mulut yang berpetah juga sangat efektif ketika mencari petempatan baru bagi rakyat anda. Jatuhkan keseimbangan kuasa penjajah Inggeris dan memperluaskan pengaruh anda melalui diplomasi akan membuahkan hasil yang lebih aman. Setiap pakatan politik yang anda cipta, strategi pertempuran yang anda gunakan, dan pilihan dialog yang anda buat akan mengubah perjalanan pemain.
Tidak sahlah kalau jadi Viking tapi tidak menyerbu orang kan? Assassin’s Creed Valhalla membolehkan anda menyerang hendap kapal perang untuk merampas wilayah musuh demi mendapatkan sumber yang diperlukan, atau lancarkan serangan besar-besaran pada kubu pertahanan Saxon. Setiap serbuan mempunyai lebih banyak aksi dan kekejaman berbanding mana-mana judul Assassin’s Creed sebelum ini, berkat sistem pertempuran baru yang membolehkan anda memukul, memotong, dan menghancurkan musuh anda. Eivor boleh menggunakan dua kapak, pedang, dan juga perisai untuk menentang pelbagai jenis musuh yang pernah wujud di siri Assassin’s Creed. Dan jika anda mahu mencampur aduk kombinasi ini, kepulangan Hidden Blade membolehkan Eivor membunuh sasaran dengan ketepatan yang diinginkan.
Boleh diimainkan sebagai wanita atau lelaki, Eivor akan memimpin sekelompok rakyat Norse merentasi Laut Utara yang sejuk untuk melarikan diri daripada peperangan dan sumber-sumber yang semakin berkurangan di Norway. Jika ingin bertahan hidup, mereka harus membina petempatan baru di tanah berbahaya England. Di sana, anda harus menjaga diri sendiri dan rakyat anda dengan membina, mengubah suai, dan meningkatkan petempatan dengan bangunan baru sambil merekrut anggota baru untuk mengembangkan klan anda.
Assassin’s Creed Valhalla akan keluar pada Holiday 2020 untuk pelantar Xbox Series X, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4, Stadia and PC. Pra-bayar sekarang di Epic Games Store atau Ubisoft Store. Pautan disediakan di bawah.
@gamersantaimy
Discussion about this post