Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer GTA 6 Akan didedahkan Pada Awal Disember Ini — Umum Rockstar Games!

Maira by Maira
November 8, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Game
0 0
0
Trailer GTA 6 Akan didedahkan Pada Awal Disember Ini — Umum Rockstar Games!

Sumber: Rockstar Games

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas banyak khabar angin yang berlegar pada hari ini, Rockstar Games akhirnya mengumumkan sendiri bahawa entri baharu Grand Theft Auto 6 atau pun GTA 6 bakal mendapat dapat rasmi pada awal bulan Disember 2023. Kalau anda ingin tahu, Disember ini merupakan ulang tahun ke-25 Rockstar Games, jadi memang tidak pelik mengapa Rockstar memilih bulan depan sebagai tarikh pendedahan entri Grand Theft Auto yang telah dinanti-nantikan ramai.

Sumber: Rockstar Games

Berikut adalah mesej yang dikongsikan oleh Sam Houser, Presiden Rockstar Games yang dikeluarkan melalui laman web mereka yang telah diterjemah:

“Bulan depan menandakan ulang tahun ke-25 Rockstar Games.

Terima kasih kepada sokongan luar biasa pemain kami di seluruh dunia, kami mempunyai peluang untuk mencipta game yang kami benar-benar minati — tanpa anda, semua ini tidak akan dapat dicapai, dan kami amat berterima kasih kepada anda semua kerana berkongsi perjalanan ini dengan kami.

Pada tahun 1998, Rockstar Games telah diasaskan atas idea bahawa game video boleh menjadi penting kepada budaya seperti mana-mana bentuk hiburan lain, dan kami berharap kami telah mencipta game yang anda sukai dalam usaha kami untuk menjadi sebahagian daripada evolusi itu.

Kami sangat teruja untuk memberitahu anda bahawa pada awal Disember, kami akan mengeluarkan trailer pertama untuk Grand Theft Auto seterusnya.

Kami berharap untuk berkongsi pengalaman ini bertahun-tahun lagi dengan anda semua.”

Sumber: Rockstar Games

Kami pasti anda juga tidak sabar untuk melihat entri baharu GTA untuk dunia gaming moden ini. Memandangkan trailer tersebut akan didedahkan pada awal Disember, ada kemungkinan besar ia akan didedahkan semasa acara The Game Awards yang akan berlangsung pada 7 Disember nanti. Sudah pasti ada banyak lagi pengumuman hebat yang akan menanti peminat pada hari itu. Bolehlah simpan dahulu tarikh tersebut!

Apa yang anda ingin lihat dalam GTA 6 nanti? Boleh kongsikan idea anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Grand Theft Auto 6Grand Theft Auto VIgta 6GTA VIrockstar games
ShareTweetSend
Previous Post

Trailer Rasmi BoBoiBoy Galaxy Sori Didedahkan! Bakal Tayang Awal Disember Ini!

Next Post

Tales of Arise – Beyond the Dawn (PS5) Review — Pengembangan Menarik Dalam Dunia Selepas Konflik!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Tales of Arise – Beyond the Dawn (PS5) Review — Pengembangan Menarik Dalam Dunia Selepas Konflik!

Tales of Arise - Beyond the Dawn (PS5) Review -- Pengembangan Menarik Dalam Dunia Selepas Konflik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd