Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer baru Spider-Man: No Way Home menampilkan Sinister Six, akan keluar di Malaysia pada 16 Dis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Trailer baru Spider-Man: No Way Home menampilkan Sinister Six, akan keluar di Malaysia pada 16 Dis!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Studios dan Sony Pictures Malaysia akhirnya telah mengeluarkan treler kedua untuk Spider-Man: No Way Home, yang bukan sahaja menawarkan rakaman eksklusif baru tentang filem, malah memberi gambaran yang lebih terperinci untuk penjahat-penjahat utama, iaitu Sinister Six (baru lima yang ditunjukkan). Satu-satunya perkara yang kita tidak lihat dalam treler ialah Andrew Garfield dan Tobey Maguire yang “sepatutnya akan muncul sekali dalam filem” menurut khabar angin.

Treler bermula dengan menunjukkan keadaan Spider-Man aka Peter Parker (Tom Holland) selepas identitinya didedahkan. Seterusnya, Peter meminta bantuan Dr. Strange ( Benedict Cumberbatch) supaya dunia melupakan identiti sebenar Spider-Man, tetapi tanpa sengaja telah membawa beberapa “pelawat” yang tidak diundang kerana”kesilapan sihir”.

Adegan selepas itu mengesahkan bahawa Multiverse sebenarnya wujud di mana penjahat-penjahat daripada filem lama Spider-Man telah tiba ke dunia Parker (Holland). Doc Ock lakonan Alfred Molina malah kelihatan terkejut apabila melihat wajah Peter, kerana dalam dunianya -Tobey Maguire adalah Spider-Man.

Image

Dr. Strange kemudian menjelaskan kepada Peter bahawa semua penjahat yang datang ke dunia mereka sebenarnya telah mati di tangan Spider-Man dari dimensi mereka, kerana “itulah takdir mereka.” Sudah tentu, Peter tidak mahu perkara ini terjadi dan akan cari cara untuk membetulkan segala yang berlaku.

Ada juga satu adegan menarik dalam treler iaitu apabila MJ jatuh dari jambatan, dan Peter cuba menyelamatkannya. Memang sama dengan adegan daripada filem Spider-Man lakonan Maguire, yang keluar pada tahun 2002.

Seperti yang anda lihat dalam treler di atas, Spider-Man: No Way Home akan menampilkan Doc Ock, Green Goblin, Sandman, Electro dan The Lizard buat masa ini. Kita tidak tahu siapakah akan menyertai geng Sinister Six sebagai anggota ke-6.

Image

Walaupun ramai yang teruja dapat melihat Doctor Strange dan Doc Ock, peminat dari seluruh dunia sebenarnya berharap watak lain akan muncul. Pelbagai teori di dalam internet mengatakan bahawa Tobey Maguire dan Andrew Garfield akan kembali sebagai Spider-Man alternatif untuk bantu Peter Parker versi MCU. Disebabkan itu, ramai juga yang sangka kedua-duanya akan membuat cameo dalam treler kedua. Malangnya, itu tidak berlaku.

Buat masa ini, Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 Disember 2021. Untuk segala liputan kami tentang Spider-Man, sila tekan pautan ini.

Source: Sony Pictures Malaysia

Tags: MalaysiaSinister SixSpider-ManSpider-Man: No Way Home
Previous Post

Banyak cheat code asal GTA tidak boleh digunakan dalam Definitive Edition!

Next Post

Top Clans 2021 Winter Invitational bermula hari ini, mengandungi Dota 2, Naraka, & lain-lain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Top Clans 2021 Winter Invitational bermula hari ini, mengandungi Dota 2, Naraka, & lain-lain!

Top Clans 2021 Winter Invitational bermula hari ini, mengandungi Dota 2, Naraka, & lain-lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd