Capcom telah melancarkan sebuah trailer baru untuk Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin semasa acara Monster Hunter Digital Event. Di dalam acara tersebut, mereka telah mengumumkan game ini akan dilancarkan secara global bermula 9 Julai 2021! Anda boleh lihat trailer baru ini dibawah.
Di awal trailer tersebut, kita diperlihatkan dengan sebuah gaung yang bercahaya yang dikenali sebagai “rage rays”. Cahaya ini boleh menyebabkan monster berdekatan menjadi lebih ganas dan cahaya ini telah muncul di seluruh dunia. Di masa yang sama, terdapat kejadian di mana banyak Rathalos telah hilang, monster menjadi hilang kawalan disebabkan cahaya dari gaung dan kelahiran Razewing Ratha. Semua kejadian aneh yang berlaku ini akan menguji hubungan pemain dengan Ratha mereka.
Selain itu, seorang Rider bernama Avinia muncul bersama dengan monstie-nya, iaitu seekor Frostfang. Avinia pernah keluar dalam installment sebelum ini, tetapi kini ia muncul dengan rupa lebih dewasa dan akan menyertai pemain sebagai Battle Buddy dalam pengembaraan dengan menghulurkan bantuan menggunakan Hunting Horn beliau.
Antara beberapa info terbaru mengenai Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruins adalah:
Telur Monster untuk Monstie baru
Anda boleh menjumpai telur monster di dalam Monster Den yang akan muncul secara rawak, dan akan ada beberapa jenis sarang yang rare untuk pemain dapatkan telur monster yang mengandungi gen yang sukar ditemui. Anda akan membawa telur ini ke stable untuk menetaskannya bagi mendapatkan Monstie baru.
Rite of Channeling
Rite of Channeling merupakan ritual yang membolehkan pemain untuk menghantar gen Monstie ke Monstie yang lain. Jadi, melalui sistem ini, Monstie anda akan menerima kemahiran baru dari gen tersebut. Semasa ritual ini juga, anda boleh memilih Monstie yang mana untuk akan menyalurkan gen mereka dan Monstie yang akan mewarisinya serta slot mana gen ini akan ditempatkan. Pemain boleh membesarkan Monstie yang unik dengan menghasilkan skil dan kebolehan baru melalui beberapa kombinasi.
Gen
Setiap Monstie mempunyai pelbagai gen yang ditandakan dengan warna untuk mewakili elemen dan corak gen mewakili jenis serangan mereka. Dengan menjalinkan tiga warna atau tiga corak yang sama dalam satu baris, anda akan menerima Bingo Bonus untuk memberikan Monstie anda lebih berkuasa.
Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan tersedia di Nintendo Switch anda pada 9 Julai nanti! Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi permainan atau tekan sahaja pautan ini, untuk membaca liputan kami mengenai game tersebut.
@gamersantaimy
Discussion about this post